Monday, 25 July 2022

Drama Jepun yang best di Netflix

 Koniciwa, moshi-moshi....meh layan drama Jepun ni di Netflix...

 Perfect World (2019)

Jumlah episod : 10

Drama mengisahkan hero bernama Ayukawa Itsuki, seorang arkitek yang berkerusi roda kerana lumpuh disebabkan kemalangan yang dialaminya pada tahun akhir pengajian. Itsuki semasa di sekolah ialah seorang yang popular sebab dia pelajar cemerlang yang aktif bermain bola keranjang. Heroinnya bernama Tsugumi Kawana ialah rakan sekelas Ayukawa. Tsugumi dalam diam jatuh cinta dengan Ayukawa tapi cuma admire dari jauh. 
 
Mereka bertemu semula setelah 10 tahun di sebuah restoran semasa Tsugumi hantar dokumen kepada bos dia. Tsugumi tegur Ayukawa tak main bola keranjang lagi ke? Dia sebenarnya tak tahu Ayukawa berkerusi roda sebab masa tu mereka semua duduk diatas lantai, makan di meja rendah..
 

Esoknya Tsugumi jumpa Ayukawa untuk minta maaf dan bermulalah hubungan mereka, mulanya sebagai kawan dan kemudian, sebagai kekasih. Ayukawa sebenarnya sudah putus asa untuk bercinta bila kena tinggal kena girlfriend bila dia lumpuh.
 
Second couple ialah adik Tsugumi, Shiori yang berkawan dengan Haruto, seorang OKU juga. Haruto guna kaki palsu.
 
Percintaan Tsugumi dan Ayukawa mendapat tentangan dari keluarga Tsugumi terutama dari bapa Tsugumi. Mereka bertahan tapi disebabkan satu kemalangan, mereka berpisah dan kemudian sambung semula hubungan.

Drama ni banyak memaparkan masalah yang dihadapi oleh OKU berkerusi roda serta sikap dan penerimaan masyarakat terhadap OKU. Drama yang banyak beri motivasi dan life lesson.

Atelier (2015)
 
  Jumlah episod: 12

Drama Atelier ni tajuk lainnya bila riki-riki di internet ialah 'Underwear'. Ya ampun, kok namanya gitu..ya bener..drama berkisar industri buat baju dalam dan seluar dalam wanita. Bukan yang ready made tapi custom made, yang high-end lingerie. Siap ada runway show, tunjuk rekaan set baju dan seluar dalam. Kita yang nengok pun rasa segan tengok model-model separa naked..tapi cantik-cantik rekaannya..drama yang kena tengok sorang-sorang, takleh tengok dengan parents or budak kecik..haha...

Drama mengisahkan Mayuko, seorang pelajar bidang textile (fabrik) dapat kerja di sebuah butik-cum-studio lingerie bernama Emotion di Ginza, kawasan komersil high-class di Tokyo.
 
Mayuko seorang yang naif (mula-mula tu rasa annoying je karakter dia ni). Kerja dalam bidang fesyen, tapi pakai suit office attire. Boss Emotion bernama Nanjo, seorang yang sangat mementingkan kualiti dan penampilan. Fesyen dia memang high-class...

Mayuko & Nanjo

Plot drama drama ni memang menarik. Suka tsundere (character development) dan the business part dalam drama ni. Bukan saja untuk Emotion tapi juga fashion magazine, Conscious, yang banyak buat coverage untuk fashion lingerie. 
 
Bagaimana niche business seperti Emotion bertahan dalam persaingan dengan mass-production lingerie yang ada di pasaran. Drama ni juga memaparkan 'generation gap' diantara Mayuko dan Nanjo mengenai konsep kecantikan lingerie (pakaian dalam).
 
Mayuko mewakili generasi muda yang lebih mementing keselesaan. Nanjo pula more towards lingerie yang cantik dan berkualiti (work of art) walaupun orang lain tak nampak apa yang dipakai.

Kisah hidup Nanjo sebelum dia berjaya juga menarik. Scene masa anak lelaki dia nak jumpa sebelum dia berkahwin dan pergi ke London, memang sangat mengharukan. Si anak nak berkongsi perasaan bahagia dengan ibu kandungnya tapi ibunya suruh mereka act as strangers. What lah! hati kering..

Recommended for viewing.

Thursday, 21 July 2022

Coklat yang sesuai untuk pesakit kencing manis

Assalamualaikum..

Berita baik untuk pesakit diabetes, sudah kutemui coklat yang tak manis, yang sesuai diambil oleh pesakit kencing manis...yang teringin makan coklat..

TADAA!! inilah coklatnya...

coklat jenama Benns, no sugar, 99.9% koko
dark chocolate, harga RM5.00

coklat ni ada dijual di outlet Noko di Sunway Putra Mall

outlet Noko di Sunway Putra Mall
 
dapat award - Superior Taste Award
 
ada tanda Halal JAKIM, produk Malaysia
 
dibungkus per piece
 
beginilah rupa parasnya
 
My verdict : pahit giler, pahitnya melekat kat tekak, baiklah tak payah makan..haha..jenuh nak perabihkan sebungkus ni..ada lebih kurang 10 bungkus kecik..
 
Tapi kalau nak rasa, boleh je makan..hihi...

Wednesday, 20 July 2022

WW #18 : Sampai 3 kuncinya

 

Tandas awam @ RTC Gopeng
 
sebenarnya, dua kunci yg dibawah tu dah rosak, dah tak berfungsi
ganaskah pompuan-pompuan yang guna tandas ni?
atau kunci berkualiti rendah?

entahlah, bila dah ramai yang guna, ginilah jadinya..
 
sayangi harta awam
 
#ingatkan nak buat 'wordless', terbanyak tulis pulak...hehe..