Monday 25 July 2022

Drama Jepun yang best di Netflix

 Koniciwa, moshi-moshi....meh layan drama Jepun ni di Netflix...

 Perfect World (2019)

Jumlah episod : 10

Drama mengisahkan hero bernama Ayukawa Itsuki, seorang arkitek yang berkerusi roda kerana lumpuh disebabkan kemalangan yang dialaminya pada tahun akhir pengajian. Itsuki semasa di sekolah ialah seorang yang popular sebab dia pelajar cemerlang yang aktif bermain bola keranjang. Heroinnya bernama Tsugumi Kawana ialah rakan sekelas Ayukawa. Tsugumi dalam diam jatuh cinta dengan Ayukawa tapi cuma admire dari jauh. 
 
Mereka bertemu semula setelah 10 tahun di sebuah restoran semasa Tsugumi hantar dokumen kepada bos dia. Tsugumi tegur Ayukawa tak main bola keranjang lagi ke? Dia sebenarnya tak tahu Ayukawa berkerusi roda sebab masa tu mereka semua duduk diatas lantai, makan di meja rendah..
 

Esoknya Tsugumi jumpa Ayukawa untuk minta maaf dan bermulalah hubungan mereka, mulanya sebagai kawan dan kemudian, sebagai kekasih. Ayukawa sebenarnya sudah putus asa untuk bercinta bila kena tinggal kena girlfriend bila dia lumpuh.
 
Second couple ialah adik Tsugumi, Shiori yang berkawan dengan Haruto, seorang OKU juga. Haruto guna kaki palsu.
 
Percintaan Tsugumi dan Ayukawa mendapat tentangan dari keluarga Tsugumi terutama dari bapa Tsugumi. Mereka bertahan tapi disebabkan satu kemalangan, mereka berpisah dan kemudian sambung semula hubungan.

Drama ni banyak memaparkan masalah yang dihadapi oleh OKU berkerusi roda serta sikap dan penerimaan masyarakat terhadap OKU. Drama yang banyak beri motivasi dan life lesson.

Atelier (2015)
 
  Jumlah episod: 12

Drama Atelier ni tajuk lainnya bila riki-riki di internet ialah 'Underwear'. Ya ampun, kok namanya gitu..ya bener..drama berkisar industri buat baju dalam dan seluar dalam wanita. Bukan yang ready made tapi custom made, yang high-end lingerie. Siap ada runway show, tunjuk rekaan set baju dan seluar dalam. Kita yang nengok pun rasa segan tengok model-model separa naked..tapi cantik-cantik rekaannya..drama yang kena tengok sorang-sorang, takleh tengok dengan parents or budak kecik..haha...

Drama mengisahkan Mayuko, seorang pelajar bidang textile (fabrik) dapat kerja di sebuah butik-cum-studio lingerie bernama Emotion di Ginza, kawasan komersil high-class di Tokyo.
 
Mayuko seorang yang naif (mula-mula tu rasa annoying je karakter dia ni). Kerja dalam bidang fesyen, tapi pakai suit office attire. Boss Emotion bernama Nanjo, seorang yang sangat mementingkan kualiti dan penampilan. Fesyen dia memang high-class...

Mayuko & Nanjo

Plot drama drama ni memang menarik. Suka tsundere (character development) dan the business part dalam drama ni. Bukan saja untuk Emotion tapi juga fashion magazine, Conscious, yang banyak buat coverage untuk fashion lingerie. 
 
Bagaimana niche business seperti Emotion bertahan dalam persaingan dengan mass-production lingerie yang ada di pasaran. Drama ni juga memaparkan 'generation gap' diantara Mayuko dan Nanjo mengenai konsep kecantikan lingerie (pakaian dalam).
 
Mayuko mewakili generasi muda yang lebih mementing keselesaan. Nanjo pula more towards lingerie yang cantik dan berkualiti (work of art) walaupun orang lain tak nampak apa yang dipakai.

Kisah hidup Nanjo sebelum dia berjaya juga menarik. Scene masa anak lelaki dia nak jumpa sebelum dia berkahwin dan pergi ke London, memang sangat mengharukan. Si anak nak berkongsi perasaan bahagia dengan ibu kandungnya tapi ibunya suruh mereka act as strangers. What lah! hati kering..

Recommended for viewing.

28 comments:

  1. Wah...macma menarik je ni...selalu tengok citer korea..leh la layan citer Jepun plak...

    ReplyDelete
  2. Teringat masa jalan2 kat Jepun 5-6 tahun lepas, susah gak nak carik lif kat train station sana, klu ada nun hujung dunia. Memang payah jadi golongan OKU kat sana kan.

    Wah, underwear pun boleh buat drama Netflix kan hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. train station mereka dah lama, lokasi lif jauh2, tmpt tersorok..stesen yg baru ok sikit fasiliti nya...itulah, tajuk underwear..hihi..

      Delete
  3. cerita jepun dulu2 rajin tgk cam oshin tu

    ReplyDelete
  4. Wah, layan cerita Jepun pulak ye.

    ReplyDelete
  5. tak perasan pula drama jepun ni kat netflix

    ReplyDelete
  6. uniknya dua-dua drama ni. Yang second tu rasanya susah nak tengok sebab duduk serumah dengan parents

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg second tu kita yg tengok pun segan..hehe..mmg kena tengok dgn gegirl or sorang2..

      Delete
  7. Masih prefer cite Jepun banding Korea

    ReplyDelete
  8. Saya lebih suka cerita jepun dari korea. Cerita hantu dia pun lebih takut, saya rasa. Tergelak bila nohas sebut makna siri tu, underwear. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..cerita jepun lain sikit dari korea..cerita hantu..hihi...ha'ah, saya pun sebenar tak tahu tajuk sebenar drama ni ialah underwear...kat internet, banyak yg tunjuk tajuk ni....haha...

      Delete
  9. Belum tergerak hati untuk tengok siri Jepun. Kali terakhir tengok animasi Jepun. Itupun ada bahagian kurang elok yang rasa malas tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..dalam animasi pun kekdg depa selit..dulu dlm sinchan ada isu ni..

      Delete
  10. wahh, layanns jepun la fulakkks ;p

    ReplyDelete
  11. menarik ulasannya mesti ralit nontonnya

    ReplyDelete
  12. Masih setia dengan K drama tiberr...
    Atelier menarik bunyi nya sekali google hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...die hard fan ni...hihi....ha'ah bila google keluar yg lain..haha..

      Delete
  13. Kisah cinta luar biasa ni banyak dugaannya. Walaupun pasangan boleh terima kekurangan, tapi orang lain tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...bapa dia tak nak anaknya hidup susah, kena jaga org OKU...tapi mereka ok je..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!