boleh ku bawa ke sekolah...vroom, vroom...
Tak sempat beli breakfast, order Happy Meal Mekdi, dapat toy ni....hihi..
Minions: The Rise of Gru
boleh ku bawa ke sekolah...vroom, vroom...
Tak sempat beli breakfast, order Happy Meal Mekdi, dapat toy ni....hihi..
Minions: The Rise of Gru
Kakak saya ke Tawau baru-baru ni, ada konvensyen koperasi sekolah. Share gambar-gambar di whatsapp..
Cantiknya Tawau..
Nihao..drama best, genre penyiasatan. Citer polis-polis..
Drama ni lain sikit dari drama polis yang lain sebab banyak menggunakan kepakaran forensic artist @ pelukis potret polis untuk menyelesaikan kes-kes jenayah...
Drama mengisahkan Shen Yi, seorang pelukis jalanan yang genius mula bekerja sebagai pelukis potrait untuk pasukan polis Beijiang Interpol. Tujuh tahun sebelumnya Shen Yi didatangi oleh seorang perempuan misteri. Perempuan tersebut minta Shen Yi lukis potrait lelaki dewasa berdasarkan gambar lelaki tersebut semasa kecil.
Lelaki tersebut ialah Kapten Lei, ketua pasukan Beijiang Interpol. Disebabkan lukisan potret Shen Yi, kumpulan penjahat dapat mengesan dan membunuh Kapten Lei. Bila disoalselidik dengan polis, Shen Yi tak ingat muka perempuan yang suruh dia lukis. Shen Yi mengalami mental block.
Bila Shen Yi join team Interpol, ketua pasukan Kapten Du Cheng rasa tak puas hati. Dia bengang dengan Shen Yi sebab bos dia mati. Tapi sebab Shen Yi ni genius, selain jadi pelukis potret, dia juga bertindak sebagai criminal profiler.
Gandingan Shen Yi dan Du Cheng dapat menyelesaikan kes-kes rumit ternasuklah kes pembunuhan Kapten Lei. Paling best kes rompakan kedai emas yang membawa mereka kepada perempuan misteri yang datang jumpa Shen Yi tujuh tahun lalu.
Memang best ler drama ni. Puas hati sebab proper closure untuk semua kes tapi endingnya menggambarkan semacam ada Season 2.
Highly recommended!