Wednesday 17 August 2022

Drama China : Under The Skin (2022)

Nihao..drama best, genre penyiasatan. Citer polis-polis..

Drama ni lain sikit dari drama polis yang lain sebab banyak menggunakan kepakaran forensic artist @ pelukis potret polis untuk menyelesaikan kes-kes jenayah...

Jumlah episod : 20
platform : IQIYI and WeTV

 

Drama mengisahkan Shen Yi, seorang pelukis jalanan yang genius mula bekerja sebagai pelukis potrait untuk pasukan polis Beijiang Interpol.  Tujuh tahun sebelumnya Shen Yi didatangi oleh seorang perempuan misteri. Perempuan tersebut minta Shen Yi lukis potrait lelaki dewasa berdasarkan gambar lelaki tersebut semasa kecil.

 Lelaki tersebut ialah Kapten Lei, ketua pasukan Beijiang Interpol. Disebabkan lukisan potret Shen Yi, kumpulan penjahat dapat mengesan dan membunuh Kapten Lei. Bila disoalselidik dengan polis, Shen Yi tak ingat muka perempuan yang suruh dia lukis. Shen Yi mengalami mental block.

Bila Shen Yi join team Interpol, ketua pasukan Kapten Du Cheng rasa tak puas hati. Dia bengang dengan Shen Yi sebab bos dia mati. Tapi sebab Shen Yi ni genius, selain jadi pelukis potret, dia juga bertindak sebagai criminal profiler.

Gandingan Shen Yi dan Du Cheng dapat menyelesaikan kes-kes rumit ternasuklah kes pembunuhan Kapten Lei. Paling best kes rompakan kedai emas yang membawa mereka kepada perempuan misteri yang datang jumpa Shen Yi tujuh tahun lalu.

Memang best ler drama ni. Puas hati sebab proper closure untuk semua kes tapi endingnya menggambarkan semacam ada Season 2. 

Highly recommended!

16 comments:

  1. citer polis mmg seronok ditonton misteri ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama penyiasatan buat kita byk fikir...hehe..

      Delete
  2. Kisah misteri memang best untuk tontonan.

    ReplyDelete
  3. Menarik jalan ceritanya. Agaknya apa tujuan perempuan misteri tu ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perempuan tu geng org jahat, nak cari polis yg menyiasat mereka..

      Delete
  4. ada ternampak pasal drama ni sebelum ni, tak tahu pula cite dia pasal polis. nampak menarik juga jalan ceritanya :)

    ReplyDelete
  5. Waa.. menarik tu KakNO.. apa hubungan perempuan tu dengan Kapten Lei, sebab dia boleh ada gambar Kapten Lei masa kecik? 😲

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kata kawan dia...saja je kot, nak bagi dramatik sikit....haha..

      Delete
  6. macam menarik ni. lama tak binge watch drama. boleh lah layan

    ReplyDelete
  7. Sha dah tengok.. best drama nie..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!