Monday, 5 September 2022

Ditatarias dengan bunga orkid dan buah koko, KL Hiton tampak berseri

Hari Jumaat lepas, ada majlis di Hilton Kuala Lumpur, KL Sentral. Bila gi hotel 5 bintang ni, suka tengok dekorasi. Bunga orkid jadi pilihan di Hilton Kuala Lumpur.

orkid dan gubahan daun gaya Bali
 
orkid Vanda
 
bunga orkid hiasan meja

nun di sana ada hiasan buah koko dalam bekas dan balang kaca

buah koko dicat pelbagai warna
 
jamu mata, sebiji RM8.00

waiting to exhale

Thursday, 1 September 2022

Kenangan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-65

Selamat Hari Kebangsaan ke65..Keluarga Malaysia, Teguh Bersama..

Baru nak wish..hehe..semalam tak berapa sihat...tapi still gagahkan diri pergi tengok perbarisan di Dataran Merdeka stesen LRT Bandaraya..

Keluarga adik & kakak dari Shah Alam, tidur di rumah sebab nak pi tengok perbarisan. Dah lama duduk di KL, baru tahun ni pi tengok live..huhu..saya dan mak keluar lepas solat Subuh, yang lain pukul 5 pagi dah keluar...semangat!!

pukul 5.30 pagi di Jalan Raja Laut, depan bangunan KWSP
Dataran Merdeka dah tak boleh masuk

kesesakan teruk di stesen LRT Sentul Timur
barisan beli tiket di kaunter, barisan beli tiket di mesin 
 
dari stesen LRT Bandaraya dah nampak ramainya umat manusia
memang takde harapan nak menyelit
 
kat tangga pun dah ramai
 
umat manusia di stesen LRT
 
berbondong-bondong keluar dari LRT
yang parking tepi jalan pun ramai
 
Kami pun tak keluar dari stesen, tengok dari atas je, jadilah..
 
tengok dari sini..sejuk je..
 
meriah!! dengan sorakan pengunjung
 
Pukul 10.00 pagi, bergerak pulang
 
perghh...
 
Sampai di rumah, dengar bunyi jet pejuang Sukhoi berdentum membelah angkasa..

Thursday, 25 August 2022

The Devil Wears 'Songket'?

Nihao...

Heboh dikalangan netizen yang pakaian watak utama dalam drama China 'Love between Fairy and Devil' ada corak songket. Baca tajuk je dah tahu plot drama ni kan. Watak 'Devil' bernama Dongfang Qingcang dalam drama ni dilakonkan oleh aktor Dylan Wang.

Sebab tak minat genre fairy, god, demon, evil spirit semua, drama ni memang tak masuk dalam list lah walaupun rating tinggi. Bila timbul isu macam ni, teman pun riki-riki di platform iqiyi. Curiosity killed the cat kekdahnya..


 Jom kita tengok betui ke idok...ada tiga baju warna hitam yang Dongfang ni pakai ada motif songket..
 
adalah sikit-sikit corak songket bunga tabur
 
 
perincian dihujung lengan baju ni ada corak songket juga

menawan sungguh si pemakainya, naik seri
 
Terbaik team wardrobe..baju devil ni lawa-lawa..