Thursday, 25 August 2022

The Devil Wears 'Songket'?

Nihao...

Heboh dikalangan netizen yang pakaian watak utama dalam drama China 'Love between Fairy and Devil' ada corak songket. Baca tajuk je dah tahu plot drama ni kan. Watak 'Devil' bernama Dongfang Qingcang dalam drama ni dilakonkan oleh aktor Dylan Wang.

Sebab tak minat genre fairy, god, demon, evil spirit semua, drama ni memang tak masuk dalam list lah walaupun rating tinggi. Bila timbul isu macam ni, teman pun riki-riki di platform iqiyi. Curiosity killed the cat kekdahnya..


 Jom kita tengok betui ke idok...ada tiga baju warna hitam yang Dongfang ni pakai ada motif songket..
 
adalah sikit-sikit corak songket bunga tabur
 
 
perincian dihujung lengan baju ni ada corak songket juga

menawan sungguh si pemakainya, naik seri
 
Terbaik team wardrobe..baju devil ni lawa-lawa..

34 comments:

  1. Memang cantik dan saya rasa memag songket lah.. sebab dekat leherpun nampak corak pucuk rebung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, nampak corak songket di bhg leher..

      Delete
  2. Samalh kiter, kurang suka genre fantasi macam ni. Tak mampu nak pick up jalan cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening gak genre fantasi ni..byk character..

      Delete
  3. nampak ajer netizen. hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah...tajam betul mata depa...hehe..

      Delete
  4. Confuse… nak bangga ke tak sbb yg pakai tu devil haha! Tapi bangga je la sbb devil tu handsome.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...walopun devil, dia watak utama...tapi x semua tahu yg tu corak songket..

      Delete
  5. Promosi ke? Ada ke sebut songket?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde rasanya..cuma org m'sia je yg tahu..

      Delete
  6. Terus rasa nak tengok.. hehehe.. memang hype sungguh pasal songket dalam drama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai depa rekacipta baju2 devil ni...nmpk cantik..

      Delete
    2. satu kelebihan buat drama genre macam ini kalau busana dia cantik.. Menarik orang untuk menonton.. Kan..

      Delete
    3. genre mcm ni boleh cipta busana yg menarik, yg out-of-the-world...hehe..tapi kurang minat genre fantasi...yg boleh bertahan drama Eternal Love-Ten Miles Peach Blossom, itu pun byk forward..

      Delete
  7. corak songket unik n cantik devil pun minat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai designer ni reka baju2 devil ni..cantik2 belaka..

      Delete
  8. Macam pengantin la pulak pakai songket

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. pandai designer reka baju devil..cantik..

      Delete
  10. Ha ah, ada, ada, macam songket. Macam corak pada sampin, di bahagian leher pelakon tu.

    ReplyDelete
  11. dah jarang tgok cerita Cina skrg. lebih kpd Korea je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan drama yg best..korea dah kurang sikit..

      Delete
  12. Nampak macam songket. Cantik.
    Agaknya orang yang set pakaian pelakon ni tahu pasal songket?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga, buat research ttg songket kot..

      Delete
  13. Replies
    1. cantik2 bajunya...harap2 ramailah yg tau ttg songket...

      Delete
  14. indah sangat gaun yang dipakai actressnya kak...nampak anggun...dan drama mandarin memang selalu menarik diikuti sebab ada seni silatnya juga ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. indah kan...bagus designer nya...suka juga nonton drama mandarin tapi bukan plot cerita kayak gini..

      Delete
  15. betullah nampak mcm kain songket

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai designer nya...mnghasilkan costume gabungan pelbagai elemen..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!