Friday, 9 September 2022

Himalaya Vajomba

Salam Jumaat...dah hampir Maghrib..

Sapa suka gula-gula Himalaya Salt ni..rasanya masam-masam manis..

Orang kata fungsi dia sama macam air isotonic, macam air 100plus, boleh ganti garam mineral dalam badan..yelahh, namapun sports candy kan..

Sekarang ni ada gula-gula Himalaya Vajomba pula...untuk sakit tekak (sore throat).


comel je dua-dua ni..warna packaging pun menarik
 
Beli dua sekali sebab cute..gula-gula mint..
 
 actiwhoosh mints
 
perghh..efek dia...boom pow wow zap zing Yasssss!
 
honey lime mints..sedap ni..
 
perghh...dapat bayangkan efek dia...nyaman sekali

 

sekarang ni tengah batuk2 dan sakit tekak, semoga mujarab gula-gula ni
 
Happy weekend semua!!

Monday, 5 September 2022

Ditatarias dengan bunga orkid dan buah koko, KL Hiton tampak berseri

Hari Jumaat lepas, ada majlis di Hilton Kuala Lumpur, KL Sentral. Bila gi hotel 5 bintang ni, suka tengok dekorasi. Bunga orkid jadi pilihan di Hilton Kuala Lumpur.

orkid dan gubahan daun gaya Bali
 
orkid Vanda
 
bunga orkid hiasan meja

nun di sana ada hiasan buah koko dalam bekas dan balang kaca

buah koko dicat pelbagai warna
 
jamu mata, sebiji RM8.00

waiting to exhale

Thursday, 1 September 2022

Kenangan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-65

Selamat Hari Kebangsaan ke65..Keluarga Malaysia, Teguh Bersama..

Baru nak wish..hehe..semalam tak berapa sihat...tapi still gagahkan diri pergi tengok perbarisan di Dataran Merdeka stesen LRT Bandaraya..

Keluarga adik & kakak dari Shah Alam, tidur di rumah sebab nak pi tengok perbarisan. Dah lama duduk di KL, baru tahun ni pi tengok live..huhu..saya dan mak keluar lepas solat Subuh, yang lain pukul 5 pagi dah keluar...semangat!!

pukul 5.30 pagi di Jalan Raja Laut, depan bangunan KWSP
Dataran Merdeka dah tak boleh masuk

kesesakan teruk di stesen LRT Sentul Timur
barisan beli tiket di kaunter, barisan beli tiket di mesin 
 
dari stesen LRT Bandaraya dah nampak ramainya umat manusia
memang takde harapan nak menyelit
 
kat tangga pun dah ramai
 
umat manusia di stesen LRT
 
berbondong-bondong keluar dari LRT
yang parking tepi jalan pun ramai
 
Kami pun tak keluar dari stesen, tengok dari atas je, jadilah..
 
tengok dari sini..sejuk je..
 
meriah!! dengan sorakan pengunjung
 
Pukul 10.00 pagi, bergerak pulang
 
perghh...
 
Sampai di rumah, dengar bunyi jet pejuang Sukhoi berdentum membelah angkasa..