Monday, 7 November 2022

Snek yang comel

 Salam semua, yuhuu, dah masuk bulan November..

bulan untuk mengundi...berdebor rasanya..

haritu gi BIG farmasi yang baru dibuka di kawasan rumah, ternampak snek brand Kintry ni, comel pula tengok gambar kat packaging dia, soo Malaysian..

yang ni cookies, gambar kedai runcit & bas sekolah

 gambar basikal zmn dulu & rumah kampung

gambar bai jual roti naik motosikal dan keluarga tengah makan

family tengah piknik background KLCC

Beli yang ni, yang ada gambar rumah kampung
medium size, harga RM4.99

 

kandungannya ada coconut flakes, pumpkin seeds, hazelnut & rolled oats disalut dengan pure chocolate powder


rupa parasnya
ok, sedap jg, coklat terasa mewah
 
cukuplah sekali rasa..hehe..
 

Friday, 28 October 2022

Sudut Membaca di Shopping Complex

Bila baca entry Abam Kie mengenai cadangan wujudkan perpustakaan di kawasan perumahan, teringat kat sudut membaca di Sunway Putra Mall ni..

Sudut membaca di tingkat 4, Sunway Putra Mall
 
Menarik juga ada sudut ni, jom tengok buku apa yang ada
 
taklah besar, tapi oklah juga, buku-buku lama
 
menarik buku ni, baca a few pages
 
buku mengenai akupunture Korea
 
boleh derma buku di sini

 
Bagus idea ni, ada aktiviti alternatif selain jalan-jalan, shopping-shopping, tapi daripada pengamatan, kebanyakan yang singgah di sini untuk tengok handphone, sembang-sembang, berkumpul ahli keluarga, dah jadi waiting area dan tempat lepak...mungkin dimasa lain, ada yang membaca (bersangka baik)..hehe..
 
Semoga usaha murni ni mendapat sambutan di kalangan pengunjung..

Tuesday, 25 October 2022

Strawberry Apple & Jujube

Jalan-jalan beli buah di Sogo, lepas jumpa kawan lama (ex-classmate)
kawan datang dari Kelantan, ikut rombongan koperasi sekolah
 
Ternampak strawberi epal ni, menarik untuk dicoba 

rasa epal ke rasa strawberi?

rasa epal, cuma bentuknya macam strawberi
sedap, rangup & juicy
 
beli juga buah jujube ni
 
check kat internet, rupanya dipanggil juga kurma cina
rangup, x berapa manis
 
rasa macam buah bidara
sepupu sepapat, satu famili
 
cukuplah sekali, nak merasa, selalu nampak youtuber cina panen buah jujube ni