Friday, 6 January 2023

Merdeka 118 - Tak sampai ke bumbung..

 Hola, it's the time of the year

Site inspection of No. 2 tallest building in the world 

nice in blue

at Level 4

naik lif express, shoot ke Level 116

ada AED, kena standby, kot ada yang sesak nafas

 "baby, calm down, calm down"
OOTD dengan PPE

diliputi awan

 

Tahun ni siap, nanti bolehlah naik ke sky deck 

feel the adrenaline rush and enjoy the view

Restoran MamaRai @ Kiara Bay

Salam Jumaat, kisah makan-makan lagi..

Awal tahun 2022, ada site inspection di Kiara Bay, tengok retail mall masih kosong. Akhir tahun 2022, sekali lagi ke sini, yeayy..dah ada a few outlets yang beroperasi..

Kiara Bay di tepi Tasik Metropolitan Kepong

Kiara Bay ialah kawasan perumahan baru di Kepong, di tepi Tasik Metropolitan, di tepi Middle Ring Road II.

 jalan masuk ke Kiara Bay dari MRR2
ditepi tempat letak kereta bertingkat DBKL

Belum lagi berpenghuni, pangsapuri servis Residensi AVA masih lagi dalam pembinaan. Yang ada di sini Starbuck outlet, sales gallery dan retail mall the Beat namanya. Village Grocer masih dalam pembinaan.

The Beat
 
Tak banyak kedai yang buka. Ada bakeri, 7-E, kedai aiskrim dan restoran. Ada restoran orang kita, namanya MamaRai. Jom masuk, lihat-lihat di dalam..
 
Menarik juga, ada untuk sarapan dan makan tengahari
 
Konsepnya layan diri, ambil dulang, ambil makanan dan bayar di kaunter
 
Makanan ada dalam kabinet
 
dihujungnya kaunter bayaran
 
minuman dan puding
 
saya ambil nasi lemak ayam, kuih lapis jagung dan milo panas
 
my brunch

sambal & kacang dalam plastik
ada gunting disediakan di kaunter
 
kuih lapis jagung - comel je
 
sedap semuanya
 
total damage
 
Kali kedua saya ke sini, makan mee bandung Muar.
 
sedap - harga RM10
 
 
jalan-jalan di the Beat...ada 7-E, bakeri Yin's Sourdough dan Inside Scope (kedai aiskrim). Ada juga restoran jual makanan jepun. 
 

Secara keseluruhannya, kawasan ni masih sunyi lagi, tak ramai pengunjung.  Mungkin akan meriah suatu hari nanti. 

Thursday, 5 January 2023

Drama Korea : Revenge of Others (2022)

 Annyeonghaseyo...review drama korea..Revenge of Others...

12 episod je..just nice..

Banyak betul drama Korea tentang kisah buli di sekolah, seronok benor deme buat drama kes buli. Tapi drama ni menarik, tightly-written plot, sukar nak teka siapakah penjahat yang tolak Park Won Seok dari tingkap bilik makmal. 

Drama mengisahkan heroine Ok Chang Mi, seorang pelajar di Busan datang ke Seoul mencari kembar dia, Park Won Seok yang tidak dengar khabar berita sejak kali terakhir mereka bersembang melalui video call. 

Chang Mi juga ialah ahli sukan menembak mewakili daerah dia. Bila mengetahui yang Park Won Seok dah mati terjatuh bangunan sekolah dan polis pula tutup kes sebagai kes bunuh diri, Chang Mi tak puas hati. Dia ambil keputusan untuk transfer ke sekolah Park Won Seok untuk menyiasat sendiri kes kematian Park Won Seok.

motor Soo Heon kena curi & pencuri jual ke ChangMi

Di Seoul, Chang Mi berselingkuh dengan hero, Ji Soo Heon, pelajar yang berdikari mencari duit hospital mak dia. Soo Heon pandai martial art, buat kerja part time di gymnasium dan bowling alley. Chang Mi banyak beri masalah kepada Soo Heon tapi Soo Heon mcm ada soft spot kat Chang Mi. Banyak kali Chang Mi kena buli di sekolah tapi Soo Heon tolong dia.

 Soo Heon suruh Chang Mi tinggal di rumah dia bila 
Chang Mi kena halau dari motel sebab kes bawah umur

Di episod² awal, Chang Mi dapat tahu Soo Heon juga sakit, ada tumor otak. Doktor pun tak professional langsung, ada ke cakap hal peribadi pesakit dekat kawasan awam (yelah nak dijadikan drama)..haha...

Bila Soo Heon dapat tahu sebab musabab Chang Mi pindah sekolah, mereka berdua menyiasat kes kematian kembar Chang Mi.

Muncul pula karakter dua pelajar ni, Gi O Sung dan Baek Jae Beom. Jae Beom baru sedar dari koma dan O Sung ialah kawan baik dia (anak ketua polis bhg CID). Geram je dengan O Sung, mentang-mentang le Jae Beom tu hilang ingatan, suka² hati je bagi misleading information...sampaikan Jae Beom ingat dia gay..haha..

Banyak karakter dalam drama ni, sebab tu drama ni moving, tak bosan. Dengan budak pompuan rambut putih, adik tiri O Sung yang minat kat Soo Heon. Kisah dua orang budak kena buli dan Soo Heon diupah untuk pukul budak yang membuli...gross sungguh cara dia bantai budak tu, sampai terkehel, tak boleh jalan. Banyak adegan ganas dalam drama ni..

tali kasut warna merah bahan bukti

Guessing game semua salah...haha..last² split personality menjadi punca....tapi ending macam tak real...tak kan lah satu sekolah dok cover hero...

Pertama kali tengok hero (Park Solomon) dan heroine (Shin Ye Eun) berlakon, not bad lah...cast yang lain pun pertama kali juga, kecuali bapak O Sung..

Recommended for viewing...bukanlah menyokong kes buli tapi ambil pengajaran..jangan biarkan kes buli berleluasa...fight for justice..