Thursday, 5 January 2023

Drama Korea : Revenge of Others (2022)

 Annyeonghaseyo...review drama korea..Revenge of Others...

12 episod je..just nice..

Banyak betul drama Korea tentang kisah buli di sekolah, seronok benor deme buat drama kes buli. Tapi drama ni menarik, tightly-written plot, sukar nak teka siapakah penjahat yang tolak Park Won Seok dari tingkap bilik makmal. 

Drama mengisahkan heroine Ok Chang Mi, seorang pelajar di Busan datang ke Seoul mencari kembar dia, Park Won Seok yang tidak dengar khabar berita sejak kali terakhir mereka bersembang melalui video call. 

Chang Mi juga ialah ahli sukan menembak mewakili daerah dia. Bila mengetahui yang Park Won Seok dah mati terjatuh bangunan sekolah dan polis pula tutup kes sebagai kes bunuh diri, Chang Mi tak puas hati. Dia ambil keputusan untuk transfer ke sekolah Park Won Seok untuk menyiasat sendiri kes kematian Park Won Seok.

motor Soo Heon kena curi & pencuri jual ke ChangMi

Di Seoul, Chang Mi berselingkuh dengan hero, Ji Soo Heon, pelajar yang berdikari mencari duit hospital mak dia. Soo Heon pandai martial art, buat kerja part time di gymnasium dan bowling alley. Chang Mi banyak beri masalah kepada Soo Heon tapi Soo Heon mcm ada soft spot kat Chang Mi. Banyak kali Chang Mi kena buli di sekolah tapi Soo Heon tolong dia.

 Soo Heon suruh Chang Mi tinggal di rumah dia bila 
Chang Mi kena halau dari motel sebab kes bawah umur

Di episod² awal, Chang Mi dapat tahu Soo Heon juga sakit, ada tumor otak. Doktor pun tak professional langsung, ada ke cakap hal peribadi pesakit dekat kawasan awam (yelah nak dijadikan drama)..haha...

Bila Soo Heon dapat tahu sebab musabab Chang Mi pindah sekolah, mereka berdua menyiasat kes kematian kembar Chang Mi.

Muncul pula karakter dua pelajar ni, Gi O Sung dan Baek Jae Beom. Jae Beom baru sedar dari koma dan O Sung ialah kawan baik dia (anak ketua polis bhg CID). Geram je dengan O Sung, mentang-mentang le Jae Beom tu hilang ingatan, suka² hati je bagi misleading information...sampaikan Jae Beom ingat dia gay..haha..

Banyak karakter dalam drama ni, sebab tu drama ni moving, tak bosan. Dengan budak pompuan rambut putih, adik tiri O Sung yang minat kat Soo Heon. Kisah dua orang budak kena buli dan Soo Heon diupah untuk pukul budak yang membuli...gross sungguh cara dia bantai budak tu, sampai terkehel, tak boleh jalan. Banyak adegan ganas dalam drama ni..

tali kasut warna merah bahan bukti

Guessing game semua salah...haha..last² split personality menjadi punca....tapi ending macam tak real...tak kan lah satu sekolah dok cover hero...

Pertama kali tengok hero (Park Solomon) dan heroine (Shin Ye Eun) berlakon, not bad lah...cast yang lain pun pertama kali juga, kecuali bapak O Sung..

Recommended for viewing...bukanlah menyokong kes buli tapi ambil pengajaran..jangan biarkan kes buli berleluasa...fight for justice..

16 comments:

  1. Hehehe.. best cete ni. Kita pon ikut berteka-teki apa yg terjadi sebenarnya. Cuma ada unsur lgbt. Tapi, si heroin tu jadik pembuli pulak dalam The Glory ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..kita pun sama teka-meneka apa yg terjadi....itulah, ingatkan balik dari US, nak clear nama simati, rupanya confess ada hubungan..choii...oo..ya ke..my heart cannot take it...huhu....

      Delete
  2. SA tgh layan Kaladeiscope lepas ni nak layan citer ni plak

    ReplyDelete
  3. Macam kasut anak uncle la pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. trend sekrg kot pakai kasut style mcm ni..

      Delete
  4. kes buli selalu jadi tema citer kdrama. agaknya budaya buli di sekolah kat sana dahsyat sampai mangsa buli bunuh diri / terbunuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...kalau mcm tu gambaran sebenar kes buli kt sana, mmg teruk kan..

      Delete
  5. Citer korea real. Adegan gaduh ke, buli ke, nampak ganas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kita yg nengok pun rasa scary...betul2 menghayati watak..

      Delete
  6. nanti bila free sikit, sy nak tengok drama ni ye...

    ReplyDelete
  7. Diorang kalau tunjuk scene buli real betul. Saya tengok 'The Glory' baru-baru ni, saya lajukan kat part buli. Tak sanggup tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nmpk real, buat penonton rasa geram, rasa nak marah...baru syok tgk drama...hehe..

      Delete
  8. Dah ada dalam list untuk ditonton.. Nantilah tengok..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!