Annyeonghaseyo..review drama Korea..May I Help You....
Drama yang ada vibe macam drama Hometown Cha Cha Cha, a feel-good drama. Walaupun unreal sikit tema dia, tapi syok juga layan. Kisah heroine yang boleh nampak dan bercakap dengan roh orang mati.
Drama mengisahkan Baek Dong-ju, yang bekerja sebagai Funeral Director, yang tugasnya make-up mayat. Setiap kali dia sentuh mayat, tetiba muncul roh orang mati tu. Dong-ju mulanya tak tahu. Dia melarikan diri semasa roh budak lelaki minta dia bawa jumpa abang dia. Rasanya hal ni ada kena-mengena dengan Paderi Michael, yang juga bapa saudara Dong-ju. Paderi Michael suruh Dong-ju bertahan sehingga 15 kes kematian. Dong-ju kena tunaikan permintaan roh..
Dong-ju, Michael & Vincent
Hero pula, bernama Kim Tae-Hee, berhenti jadi doktor sebab rasa bersalah diatas kematian adik lelaki dia dua tahun yang lepas. Tae-Hee kerja dengan bapa saudara dia, Vincent, nama syarikat 'A Dime A Job', kerja rencam, buat macam-macam kerja, jadi pengawal lalu-lintas budak sekolah, transporter, jadi penyamar sebagai kekasih Dong-Ju dan sebagai anak simati, semua kerja dia buat...
Tae-Hee semasa diupah jadi anak simati
Pertama kali hero dan heroine berjumpa bila kekasih Dong-ju, Byung-Soo upah Tae-Hee sebagai orang pengantara untuk beritahu Dong-Ju yang dia nak putus dengan Dong-Ju. Diantara sebab Byung-Soo nak putus dengan Dong-Ju ialah dia merasa geli nak pegang tangan Dong-ju sebab Dong-ju setiap hari sentuh mayat.
hero & heroine bertemu pertama kali
Menarik drama ni ..kisah kehidupan, kesalan si mati, ada part sedih, kelakar, geram..yang tak boleh blah..part keluarga simati yang geli nak ambik bunga dari Dong-ju sebab tangan Dong-Ju pegang mayat..depan berpura-pura mulut manis tapi dibelakang kutuk Dong-ju..begitulah kehidupan...
Recommended for viewing...layan time cuti-cuti ni..
Happy long weekend semua!