Thursday, 16 February 2023

Thai Chicken Chop @ In Colonial

Kisah makan-makan...

Dah banyak kali datang ke retail mall The Intermark, asyik lalu-lalang, intai-intai je restoran In Colonial ni...restoran milik suami-isteri orang Melayu, ada gambar depa berdua di dinding sebelum pintu masuk...restoran yg menghidangkan halal chinese cuisine..

 

deko krismas sebab gi bulan Disember
 
ucapan selamat datang dan pengenalan restoran
 
perkenalkan menu
 
Oklah jom masuk, lunch disini. Tengok menu, ada dim sum juga tapi harga macam sedikit mahal..
 
kalau makan ramai-ramai, boleh order dimsum
takpe, next time lah

order lunch set - Thai chicken chop with rice and drinks
 
deko dalam resto

makan sambil nonton kdrama Doctor Lawyer
sedap juga cc thai style
 
Nak try juga dimsum di sini...kena datang weekend or hari cuti..
baru best, makan santai-santai..

Tuesday, 14 February 2023

Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM

Kisah di hari cuti CNY. 

Pada hari Sabtu, 21 Januari mendapat berita pakcik masuk hospital di Puncak Alam. Petang Ahadnya, beliau sudah tenat...kami pun bergegas ke hospital, ikut highway baru, Damansara-Shah Alam Highway (DASH) dari Penchala Link..meliuk-lentok melayan sharp corners, KL drift...

Pertama kali jejak kaki di hospital UiTM, nama hospitalnya Hospital Al-Sultan Abdullah..

Terletak di kampus UiTM Puncak Alam
 
Hospital Al-Sultan Abdullah, Puncak Alam
 
Kelihatan baru hospitalnya..
 
main entrance Anjung Zam-Zam
 
masih berkilat
 
Di petang itu, bapa saudara menghembus nafas terakhir di hospital ni..
 
dikebumikan di sini di Kampung Merbau Sempak

Bacaan Al-fatihah dihadiahkan untuk Pak Njang Hj Abu Bakar bin Hj Ahmad
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin...
aamiin..

Monday, 13 February 2023

Melawat muzium di luar negara 2

 
Sambung entry lepas...jalan-jalan melawat muzium..
 
  
1) Hilltribe Museum - Chiang Rai, Thailand

Muzium kecil yang memaparkan kehidupan dan kebudayaan etnik hilltribe di Chiang Rai seperti kaum Akha, Karen, Lahu, Lisu, Palong dan Mien (Yao).

perhiasan kepala kaum hilltribe
 
 
program lawatan ke kampung hilltribe kaum Akha


 2) Opium Museum - Golden Triangle, Thailand

Semasa travel di Chiang Rai, berkesempatan pergi ke Golden Triangle, kawasan yang bersempadan tiga negara - Thailand, Myanmar dan Laos. Kawasan ni femes dengan kegiatan dadah, dari dulu sampai sekarang. Maka, wujudlah muzium opium ni...

bunga popi kering
 
 
3) Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang, Sumatera, Indonesia

Hajat hati nak melawat Istana Pagar Ruyung tapi ditutup untuk renovasi. Pemandu pelancong bawa ke sini, ok juga. Muzium yang memaparkan adat istiadat dan budaya orang Minangkabau.


 

4) Noritake Museum - Nagoya, Jepun

Muzium pinggan mangkuk brand Noritake.

Di Jepun, banyak muzium tapi tak pergi..

 

5) Museum of Korea Culture - Incheon Airport, Seoul, South Korea 

Muzium kecik di airport Incheon, South Korea.

 Muzium yang mostly dalam bentuk digital, touch screen. Ada juga artifak yang dipamerkan.

loceng
 
6) Baan Nakhon Nai Museum - Songkhla, Thailand
 
Muzium kecil di kawasan old town di Songkhla. Banyak koleksi raja Thai, King Bhumipol IX dan pasu-pasu seramik.

gambar-gambar King Bhumipol IX


Itulah saja muzium yang sempat dilawati ketika travel ke negara luar. Semoga dapat melawat lebih banyak muzium di masa depan.