Monday 13 February 2023

Melawat muzium di luar negara 2

 
Sambung entry lepas...jalan-jalan melawat muzium..
 
  
1) Hilltribe Museum - Chiang Rai, Thailand

Muzium kecil yang memaparkan kehidupan dan kebudayaan etnik hilltribe di Chiang Rai seperti kaum Akha, Karen, Lahu, Lisu, Palong dan Mien (Yao).

perhiasan kepala kaum hilltribe
 
 
program lawatan ke kampung hilltribe kaum Akha


 2) Opium Museum - Golden Triangle, Thailand

Semasa travel di Chiang Rai, berkesempatan pergi ke Golden Triangle, kawasan yang bersempadan tiga negara - Thailand, Myanmar dan Laos. Kawasan ni femes dengan kegiatan dadah, dari dulu sampai sekarang. Maka, wujudlah muzium opium ni...

bunga popi kering
 
 
3) Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang, Sumatera, Indonesia

Hajat hati nak melawat Istana Pagar Ruyung tapi ditutup untuk renovasi. Pemandu pelancong bawa ke sini, ok juga. Muzium yang memaparkan adat istiadat dan budaya orang Minangkabau.


 

4) Noritake Museum - Nagoya, Jepun

Muzium pinggan mangkuk brand Noritake.

Di Jepun, banyak muzium tapi tak pergi..

 

5) Museum of Korea Culture - Incheon Airport, Seoul, South Korea 

Muzium kecik di airport Incheon, South Korea.

 Muzium yang mostly dalam bentuk digital, touch screen. Ada juga artifak yang dipamerkan.

loceng
 
6) Baan Nakhon Nai Museum - Songkhla, Thailand
 
Muzium kecil di kawasan old town di Songkhla. Banyak koleksi raja Thai, King Bhumipol IX dan pasu-pasu seramik.

gambar-gambar King Bhumipol IX


Itulah saja muzium yang sempat dilawati ketika travel ke negara luar. Semoga dapat melawat lebih banyak muzium di masa depan.

14 comments:

  1. wah seronoknya melawat negara orang, Moga CUya juga berpeluang sama

    ReplyDelete
  2. Oooo... peminat muzium rupanya...

    ReplyDelete
  3. wah tenguk ni teringat muzium tentera masa pi seoul... yang no 3 dah pernah pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pi muzium tu....cantik bangunan minangkabau..

      Delete
  4. Sy pernah melawat muzium di Indonesia jer. Memang best kan melawat muzium ni, boleh dapat byk info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, byk info ttg sejarah sesatu tempat & kaum...ada pergi a few places kt Indonesia tapi jrg melawat muzium di sana...

      Delete
  5. Kira banyak jugak muzium di luar negara yang Nohas dah pergi.

    Muzium Noritake pun ada ya…hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..ingatkan sikit je..hihi...muzium utk memperingati asal-usul noritake...ada jg muzium toyota di nagoya ni...dua² produk dari nagoya..

      Delete
  6. tak pernah lg sampai muzium ni.. pernah masuk muzium malaysia je . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. muzium malaysia pun best jg...dpt byk info..

      Delete
  7. Seronok juga melawat muzium I I.
    Ada juga muzium dalam lapangan terbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekrg byk dah go digital, tempat kecik pun boleh buat muzium..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!