Salam Jumaat. Sambung aktiviti ronda-ronda pulau..
Dari utara, turun ke selatan pula. Melalui kampung melayu.
Salam Jumaat. Sambung aktiviti ronda-ronda pulau..
Dari utara, turun ke selatan pula. Melalui kampung melayu.
Aktiviti di pagi Jumaat ialah ronda-ronda pulau. Untuk aktiviti ini, kami sewa teksi van dengan bayaran RM100 untuk 2.5 jam. Meronda Pulau Pangkor yang berkeluasan 2,200 hektar (5,436 ekar).
Jom-jom..mula-mula bergerak ke utara, mendaki bukit..
Lalu depan lapangan terbang Pangkor yang dah tutup. Menurut drebar teksi cum tourist guide, selepas PKP, dua bulan je beroperasi, kemudian tutup..mungkin kurang sambutan..kendian, lalu kawasan Teluk Dalam, yang ada Hotel Casuarina..
Bercuti di pulau, mestilah ada aktiviti wajib - bercanda ditepian pantai...
Selepas rehat2 di dalam bilik, sebelah petangnya kami turun ke pantai Teluk Nipah...
Pantainya berpasir halus tapi sedikit kotor, banyak sampah-sarap. Tangan-tangan manusia yang mencemar pantai. Ada buaian, hammock dan bangku kayu untuk duduk menikmati pemandangan laut..Subhanallah...
Teringat beberapa peribahasa Melayu berkaitan laut dan pantai..