Aktiviti di pagi Jumaat ialah ronda-ronda pulau. Untuk aktiviti ini, kami sewa teksi van dengan bayaran RM100 untuk 2.5 jam. Meronda Pulau Pangkor yang berkeluasan 2,200 hektar (5,436 ekar).
Jom-jom..mula-mula bergerak ke utara, mendaki bukit..
kawasan hutan simpan
Lalu depan lapangan terbang Pangkor yang dah tutup. Menurut drebar teksi cum tourist guide, selepas PKP, dua bulan je beroperasi, kemudian tutup..mungkin kurang sambutan..kendian, lalu kawasan Teluk Dalam, yang ada Hotel Casuarina..
Teluk Dalam
Menuju ke selatan, menuruni bukit, jalan bengkang-bengkok, corner baring..
masih kawasan hutan
Lalu di kampung nelayan dan pekan cina di Sungai Pinang Kecil.
Singgah di kedai hasil laut Eng Seng Pangkor
jom shopping
bilis mata biru harga antara RM6 - 12 utk 100gram
Produk hiliran seperti kerepek, keropok, sate ikan, mostly RM10 untuk 3 peket
Dah selesai membeli-belah, meneruskan perjalanan. Driver ada tunjuk jeti untuk feri yang bawa kenderaan dari tanah besar.
Singgah di Masjid Al-Khairiah @ masjid seribu doa @ masjid cina di kawasan perkampungan cina. Lokasinya depan deretan kedai-kedai, termasuklah kedai nombor ekor...huhu..
Selesai lawatan di kawasan Sungai Pinang Kecil, kita ke selatan pula, melalui pekan Pangkor. Bahagian selatan ialah kawasan Teluk Gedung dan Kampung Masjid (kampung Dr Zamry Kadir, bekas MB Perak, sekarang Menteri Luar Negeri).
Cantik rupa luar dan dalam Masjid Cina tu. Ceria.
ReplyDeleteApa sejarahnya ya? Adakah sebab ramai masyarakat Cina Muslim di kawasan tu?
Mungkin sbb lokasinya di kwsn kpg Cina, depa buat senibina Cina..
DeleteAda van sediakan aktiviti ronda-ronda.
ReplyDeleteStrategik masjidnya.
Ya, teksi ada buat servis ronda pulau...masjid di tepi jln besar..
DeletePergi pangkor , borong2 ikan bilis tu wajib kan
ReplyDeleterambang mata tengok ikan bilis...rasa nak borong semua...hihi..
Delete