Salam Ramadan..
Hari jumaat lepas, company buat majlis berbuka di Grand Hyatt KL. Tiga tahun yang lepas, tahun 2019, buat disini juga. Kali ni majlis berlangsung dengan meriahnya. Staff hadir bersama keluarga..
Majlis di grand ballroom...khas untuk kita2 aja...disebabkan ramai, hotel buat dua portion untuk hidangan nasi putih, minuman dan masakan turki...
suasana dah macam sambutan Hari Raya
dengan lagu raya berkumandang
suasana di laluan ke grand ballroom ada gerai-gerai jualan juga
Ok, jom ronda-ronda sambil snap susunatur venue berbuka puasa di grand ballroom hotel grand hyatt..
makanan disusun di sepanjang ruang legar depan ballroom ada juga dalam ballroom

buah-buahan
roti john. yg dihujung sana tu goreng-gorenganada pisang goreng, tempe goreng
yang atas rak kayu ni ialah makanan Turkiye dihujung sana kambing golek dan nasi hujan panas
Banyak juga makanan khas turki yang dihidangkan, yang diluar ni jenis yang makan dengan roti, yang didalam ada nasi & lauk-pauk turki
Pembe Sultan drpd beetroot, sebab tu kaler merah
yang kanan tu namanya ATOM - yoghurt, hot chili pepper & chili oil yang kiri nama KISIR
Kopoglu - terung, yoghurt, tomato sos
kanan - rojak buah, kiri - sambal & kerabu
kuah laksa penang, kari nyonya & kuah daging
kuah roti canai & serunding dan rendang
Jom tengok dalam dewan pula
Lagi makanan Turki, ada nasi turki juga, Nasi putih lauk melayu pun ada
Ali Nazik - daging, terung, yoghurt
Izmir Kofte
Kuru Fasulye - kacang, tomato paste
baklava & turkish delight pun ada
OK, jom kita buka puasa
berbuka dengan kari nyonya, psiang goreng, tempe goreng dan buah-buahan...sedap kari nyonya..
kumpulan muzik tradisional
door gift dari grand hyatt
ais krim turki - dengan budak-budak, takde prank
kena prank...sabo je lah..
Majlis berbuka ada solat terawih juga dan moreh, tapi kami tak join, pukul 9.15 bergerak pulang..
Jom balik...menoleh ke belakang, masih ramai lagi yang menjamu selera..
event sekali setahun...semua enjoy..Alhamdulillah..