Tuesday, 4 April 2023

Iftar Day 12 : Sesekali teringin Pakistani foods

Salam 13 Ramadan..

Semalam teman ke Restoran Pak Punjab untuk beli juadah berbuka. Terpengaruh dengan ofismate, yang cakap sedapnya lah lauk-pauk kat Pak Punjab. Dia dah beberapa kali beli lauk-pauk di Pak Punjab. Terliur pula teman mendengarnya..

Teman pernah makan satu jenis roti pratha yang sedap di Pak Punjab, officemate tu pun teringin nak try...hehe...saling pengaruh mempengaruhi..sharing is caring. Pukul 5, bergeraklah kami ke Pak Punjab, restoran dekat Jalan Sultan Ismail/Jalan TAR..

masuk je dalam restoran, tengok ada sorang lelaki tengah makan
non muslim kot
 
sayur kentang, lobak merah, kacang

sayur bendi & kacang kuda

lauk daging, ayam, kambing..dihujungnya nasi beriani
 
kambing karahi
 
ni pula dessertnya..semua maneh
 
manisan juga
 
Jom order. 
 

 
Saya order 2 keping capati dan gobi pratha dan lauknya- kambing karahi. Gobi pratha yang saya makan dulu...enakkk...roti pratha yang intinya sayur cauliflower.
 
senarai harga roti-roti
 
Gobi Phrata (kiri) capati (kanan) mutton karahi (atas)
jumlah harga - RM26.00

 Sesekali teringin...sedap..recommended..

26 comments:

  1. ammi suka juga makan kat kedai org pakistan... yelah dah namanya pun mmg ada darah2 india ni kan...segala yg berempah mmg sedap aja kat tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap2 semuanya..sayur pun depa masak berempah...sedap...

      Delete
  2. Bulan puasa begini, timbul pelbagai citarasa untuk berbuka.

    ReplyDelete
  3. wah pebret gak ni capati / naan... tak pernah lagi try masuk kedai pak punjab ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap gak capati dia...cicah lak karahi kambing...terbaik!

      Delete
  4. Biryani pakistan memang sedap kak..kena pula dengan acar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap nasi nya...suka acar mentah (jelatah)..

      Delete
  5. gobi prtaha terus teringat citer hindustan yg Hrithik Roshan dgn Kareena & Rani Mukherjee sbb watak Hrithik feveret dia Gobi Pratha hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ya ke...feveret food hero..gobi pratha...hihi...

      Delete
  6. sedapp nampak semua tu
    capati dia mesti best ni kan

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak berbuka makan capati. Tapi kat sini, takde Pak Punjab. Pak Mamak ada! Hehe..

    ReplyDelete
  8. kari dia nampak mengencurkan pekat gitu.

    ReplyDelete
  9. selalu pass by je, tak pernah singgah. sedapnya paratha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe boleh singgah lepas ni...sedap pratha..

      Delete
  10. Teringin pula tengok pada senarai menu ada roti naan. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naan pun sedap...suka garlic cheese naan..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!