Alhamdulillah
Subhanallah, MasyaAllah...pokok nangka nan sebatang ni mengujakan saya.
Ralit saya membelek, snap photo, ada pelbagai peringkat buah nangkanya..ada yang masih putik, ada yang dah besar buahnya..nampak gayanya tuan pokok ni dapat makan buah nangka dalam masa yang panjang..Alhamdulillah..
Sedapnya nangka..
Salam 13 Ramadan..
Semalam teman ke Restoran Pak Punjab untuk beli juadah berbuka. Terpengaruh dengan ofismate, yang cakap sedapnya lah lauk-pauk kat Pak Punjab. Dia dah beberapa kali beli lauk-pauk di Pak Punjab. Terliur pula teman mendengarnya..
Teman pernah makan satu jenis roti pratha yang sedap di Pak Punjab, officemate tu pun teringin nak try...hehe...saling pengaruh mempengaruhi..sharing is caring. Pukul 5, bergeraklah kami ke Pak Punjab, restoran dekat Jalan Sultan Ismail/Jalan TAR..