Saturday, 29 April 2023

Aji-Nazri

Aji-no-moto dah jadi 'household name' di Malaysia...brand yang semua orang kenal, dari kecik, selalu dengar...

bila tengok Aji-Nazri, jadi pelik plak...haha...pertama kali jumpa brand ni..


 benda yang sama, monosodium glutamate MSG

Selamat berhujung minggu

Friday, 28 April 2023

Port Breakfast di Meru, Klang

Sejak dari tahun lepas, banyak kali juga pergi Kapar, Klang, atas urusan kerja. 

Selalunya teman akan ikut highway NKVE, keluar tol Setia Alam, masuk Jalan Meru, corner kiri ke Jalan Haji Abd Manan then sambung ke Persiaran Hamzah Alang...ikut shortcut..malas nak ikut Shapadu Highway..rasa jauh je nak nyampai pekan Kapar..

Masalah saya kalau gi Klang ni ialah nak cari tempat mamam..hehe..untuk sarapan dan makan tengahari. Tak berapa familiar lagi kawasan Meru/Kapar. Bila tengok google map, banyak je kedai makan di Kampung Bukit Kapar, tapi malas nak ronda-ronda ikut jalan kecik..

So, setiap kali ke Kapar, akan singgah sarapan di gerai ni (baru  2 kali)..hehe, dari Persiaran Hamzah Alang dah nampak, di Taman Meru IV..Warong Mami Ara namanya

pemandangan dari jalan utama, Persiaran Hamzah Alang
 

 Alhamdulillah, buka

tong-tong air dah siap sedia, tak kira air sejuk ke air panas, semua guna cawan plastik...takde tukang buat air di gerai ni, kena layan diri

Menu biasa - nasi lemak, mee/mihun goreng...kuih-muih
yang special disini ialah mee kari...

mee kari dan tahu sumbat
terbaiklah mee kari ni...enakkk.. 

kali kedua datang, cuba nasi lemak pula

biasa-biasa je
 
 
Ramai pelanggan yang bersarapan dan beli bungkus di sini, silih berganti..yang best, tempat makan luas dan senang parking..
 
InshaaAllah, akan ke kawasan ni lagi untuk kes pengambilanbalik tanah untuk ECRL Fasa 2..so bolehlah kita JJCM di Kapar/Meru..

Thursday, 27 April 2023

Kenangan Ramadan 1444H

Orang cerita Syawal, kita u-turn ke bulan Ramadan...saja nak abadikan di sini, buat kenang-kenangan..

Di hari Ahad terakhir sebelum raya, kita roaming Taman Datuk Senu, menjalankan amanah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan..semua sumbangan dibeli dengan hasil derma/infaq orang ramai..Alhamdulillah..

makcik ni keluar mencari kami, jiran dia maklumkan kami datang rumah
bagi disini sahaja, rumah dia di bhg belakang 
 
rumah di sini jenis compact house, bercantum 4 buah rumah
jenis yang takde pintu belakang 

mencabar juga cari nombor rumah
 
Alhamdulillah, berjaya juga menyampaikan 10 bakul dapur dan wang tunai.
 
Di hari minggu sebelum-sebelum tu, sumbangan disampaikan di majlis anjuran surau dan juga persatuan penduduk.
 
majlis sumbangan di Flat Sri Negeri Sembilan
 
di Surau Al-Ikhlas, Kampung Melayu Wira Damai

 Alhamdulillah, terima kasih kepada para penyumbang

---------------------------------------------

Throwback ke hari terakhir Ramadan 1444H, hari Jumaat..
berbuka untuk hari terakhir Ramadan, adik-adik dah ada di kampung

dah lama tak berkumpul, berbuka bersama
 
ada beli lemang juga, lemang biasa dan lemang jagung, makan dengan rendang ayam dan daging dendeng
 
---------------------------------------------------
 
Pukul 12.00 malam 1 Syawal, kedengaran bunyi meriam memecah keheningan malam...berdentum-dentum..move over mercun & bunga api..

dah jadi tradisi di Kampung Talang membakor meriam di malam raya, sampai ke subuh, masih kedengaran dentuman meriam
sejak teman kecik lagi, tradisi ni masih dikekalkan sampai sekarang
 
deretan meriam (sumber: berita harian)
 
Katanya meriah suasana disini, dah macam pesta, ntahlah teman tak pernah gi..
 
 
Sekian, kenangan di bulan Ramadan 2023