Thursday 27 April 2023

Kenangan Ramadan 1444H

Orang cerita Syawal, kita u-turn ke bulan Ramadan...saja nak abadikan di sini, buat kenang-kenangan..

Di hari Ahad terakhir sebelum raya, kita roaming Taman Datuk Senu, menjalankan amanah menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan..semua sumbangan dibeli dengan hasil derma/infaq orang ramai..Alhamdulillah..

makcik ni keluar mencari kami, jiran dia maklumkan kami datang rumah
bagi disini sahaja, rumah dia di bhg belakang 
 
rumah di sini jenis compact house, bercantum 4 buah rumah
jenis yang takde pintu belakang 

mencabar juga cari nombor rumah
 
Alhamdulillah, berjaya juga menyampaikan 10 bakul dapur dan wang tunai.
 
Di hari minggu sebelum-sebelum tu, sumbangan disampaikan di majlis anjuran surau dan juga persatuan penduduk.
 
majlis sumbangan di Flat Sri Negeri Sembilan
 
di Surau Al-Ikhlas, Kampung Melayu Wira Damai

 Alhamdulillah, terima kasih kepada para penyumbang

---------------------------------------------

Throwback ke hari terakhir Ramadan 1444H, hari Jumaat..
berbuka untuk hari terakhir Ramadan, adik-adik dah ada di kampung

dah lama tak berkumpul, berbuka bersama
 
ada beli lemang juga, lemang biasa dan lemang jagung, makan dengan rendang ayam dan daging dendeng
 
---------------------------------------------------
 
Pukul 12.00 malam 1 Syawal, kedengaran bunyi meriam memecah keheningan malam...berdentum-dentum..move over mercun & bunga api..

dah jadi tradisi di Kampung Talang membakor meriam di malam raya, sampai ke subuh, masih kedengaran dentuman meriam
sejak teman kecik lagi, tradisi ni masih dikekalkan sampai sekarang
 
deretan meriam (sumber: berita harian)
 
Katanya meriah suasana disini, dah macam pesta, ntahlah teman tak pernah gi..
 
 
Sekian, kenangan di bulan Ramadan 2023

12 comments:

  1. Tidak boleh tidur kalau bunyi meriam sampai Subuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sib baik Kampung Talang tu jauh, dengar sayup-sayup je dentuman meriam..

      Delete
  2. makkk aiii deretan meriam tu x bole blah... harus bergema yang amat ni hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dinyalakan bergilir-gilir, tak serentak...

      Delete
  3. Barisan meriam udoh macam peluru berpandu dah tu. Kiki...
    Alhamdulillah, dapat sampaikan bantuan kepada yang memerlukan di akhir ramadan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau musuh tengok, mesti takut...hehe....Alhamdulillah, berkat sumbangan orang ramai..

      Delete
  4. kat kelate ni bunyi meriam, mercun n bunga api paling lama pun setakat 12.30 am... kalau yg lebih drp tu memang nak kena ditangkap polisi gamaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..yang ni depa mmg minta permit polis, jiran depan rumah yg cakap...dia dulu geng main meriam ni juga..

      Delete
  5. cite ramadhan pun kita tak abis lg update juga...dpt berkumpul berbuka ramai2 mmg meriah....wah ada bunyi meriam

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila ramai berkumpul, tak muat kerusi meja, makan bersila atas lantai lagi best...tradisi kampung talang main meriam bila masuk 1 Syawal..

      Delete
  6. Alhamdulillah. memberi kepada yg memerlukan. ringan sikit beban mereka kan. ada rezeki mereka melalui kita. tahun ni meriah betul dengan bunyi mercun meriam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ramai yg menyumbang, kita cuma menyampaikan.....betul, meriah bunyi mercun, tiap2 malam ada je yang bakar mercun...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!