Thursday, 4 May 2023

Menariknya sampul raya Bank Mizuho

Assalamualaikum...bercuti umum kita hari ini sempena hari wesak.

Raya tahun ni pertama kali dapat sampul duit raya daripada Mizuho Bank, sebuah bank Jepun yang ada cawangan di Kuala Lumpur. Tema sampul ialah tema batik dan alat muzik tradisional Malaysia. Dalam satu peket ada 8 keping, ingatkan sama design, rupanya lain-lain design.

Jom tengok alat muzik apa yang diabadikan di sampul raya Bank Mizuho.

Sompoton 
alat muzik orang Kadazan/Dusun, Sabah
 
Gambus
seringkali dimainkan dalam kumpulan ghazal
 
Rebana ubi atau gendang cina  
lebih kurang sama
 
Gong
 
Menarik sekali, kalau diframekan pun cantik nih..

Wednesday, 3 May 2023

4 Chinese Historical Drama yang awesome (Part 3)

Nihao...lagi 4 historical drama China Mainland yang awesome, ditayang di tahun 2022...

1) Who Rules The World

 

Hei Feng Xi (hero) dan Bai Feng Xi (heroine) ialah dua orang yang terkenal dgn kemahiran martial art yang tinggi. Mereka sebenarnya putera dan puteri diraja. HFX ialah putera Yangzhou Kingdom manakala BFX ialah puteri Qingyun Kingdom.

Latarbelakang drama ni ialah Dadong Empire yang diperintah oleh Imperial Kingdom. Ada 6 negeri dibawah Dadong Empire iaitu Yangzhou, Jizhou, Jinzhou, Youzhou, Qingzhou dan Danzhou. Setiap negeri ada raja/pemerintah sendiri. Keabsahan pemerintahan Dadong Empire bergantung kepada Empyrean token, siapa yang memiliki token tersebut, maka layaklah memerintah Dadong Empire.

Apabila Empyrean Token dikhabarkan hilang, ramailah yang berusaha mencari token tersebut untuk mendapat kuasa pemerintahan. Yang paling hebat mencari token ialah putera mahkota negeri Jizhou, HFX dan BFX serta Yu Wu Yuan, ketua Soultaker Sect..
 
Drama berkisar kepada pengembaraan mereka yang mencari token, politik istana, strategi perang.. 
 
Jumlah episod: 40 
Platform : Netflix

2) New Life Begins..



Latarbelakang drama ni lebihkurang sama dengan drama Who Rules the World tapi drama ni ada 9 negeri dengan negeri utamanya iaitu Xinchuan. Sebagai tribute, gadis-gadis dari 8 negeri yang lain berkumpul di Xinchuan untuk dipilih sebagai isteri atau gundik kepada putera-putera Xinchuan.
 
Heroine, Li Wei dari negeri Jinchuan telah terpilih sebagai gundik kepada putera ke-6, Yin Zheng. Yin Zheng seorang yang low-profile dan bukan putera yang disukai dalam keluarga. Yin Zheng belum berkahwin (bujang) dan Li Wei dapat status gundik sebab Li Wei bukan dari keluarga diraja. 
 
Drama ni berkisar kepada kisah kehidupan di istana Xinchuan, kisah persahabatan gadis-gadis yang terpilih jadi isteri dan gundik diraja. Kisah Li Wei dan Yin Zheng yang berbeza dari segala segi - karakter, hala tuju hidup. Li Wei seorang yang periang, tak terikat dengan peraturan, yang suka makan. Yin Zheng pula seorang yang tertib dan berdisplin. Bagaimana perbezaan ini membuat mereka jatuh cinta.
 
Menariknya drama ni ialah kepelbagaian tema digabung bersama, tema komedi, cinta, feminism, persahabatan, keluarga, politik dan persaingan.

Jumlah episod: 40 
Platform : iQiyi
 

3) Love Like A Galaxy - Part 1 & II

Drama mengisahkan heroine, Cheng Shaoshang yang ditinggalkan oleh ibubapa dia selama 10 tahun kerana pergi berperang. Shaoshang dijaga oleh nenek dan makcik sebelah bapa dia. Nenek dan makcik dia tidak pedulikan pendidikan heroine.

Disebabkan kurang didikan dan perhatian, Shoshang terkenal dengan sikap yang rebellious dan outspoken, tidak seperti gadis-gadis lain. Dia sering diejek disebabkan tidak berpelajaran. Walaupun begitu, dia seorang yang bijak dan suka subjek senibina/bangunan.

Hero pula, Ling Buyi, seorang general muda yang berkaliber dan menjadi anak angkat Maharaja. Dia berselingkuh dengan bapa sebenar kerana berkahwin lain dan menyisihkan dia dan ibunya. Pada kejadian di Gu City, keluarga dia dan beribu askar mati terbunuh kerana ada yang khianat tentang peralatan tentera dan tiada bantuan kecemasan. Ling Buyi dan pembantu dia menyiasat perkara ini.

Heroine berkenalan dengan 3 orang lelaki iaitu anak keluarga bangsawan bernama Yao, seorang scholar bernama Yuan Shen dan juga hero. Heroine bertunang dengan Yao tapi banyak halangan. Yang dua orang lagi kecewa tapi masih berharap dapat berkahwin dengan heroine.

Drama ni best, secukup rasa, macam-macam genre ada - serius, komedi, keluarga, royal family, persahabatan, strategi tentera.

Part 1 - 27 episod
Part II - 29 episod
 
Platform : iQiyi


4) The Autumn Ballad

 
Drama berkisar kepada heroine bernama Qiu Yan, anak Vice Minister of Works dengan gundik pertama. Qiu Yan seorang yang berdikari dan mempunyai personaliti yang kuat. Di awal episod satu, Qiu Yan dipaksa kahwin dengan anak General He yang tiba-tiba jatuh dan mati di hari perkahwinan mereka. Qiu Yan melarikan diri dari rumah mertua sebab tak nak dikebumikan bersama mayat suami dia. Semasa melarikan diri, dia berselingkuh dengan hero bernama Liang Yi.
 
Liang Yi bekerja sebagai ketua jabatan penyiasatan milik kerajaan dan juga memegang status sebagai marquis (golongan bangsawan). Semasa acara di rumah Qiu Yan, kawan Liang Yi bernama Qin Xuan telah jatuh hati dengan Qiu Yan. Qin Xuan ialah anak pembesar berstatus Duke. Liang Yi berusaha menghalang hubungan Qin Xuan dan Qiu Yan kerana menganggap Qiu Yan seorang yang mengejar kekayaan. Pada masa yang sama, Liang Yi menghantar lamaran untuk berkahwin dengan Qiu Min, adik Qiu Yan (anak bapa dia dengan legal wife), dengan harapan dapat sokongan daripada bapa Qiu Yan dalam kerjaya dia.
 
Disebabkan perasaan dengki musuh Liang Yi, bapa Qiu Yan difitnah sebagai pengkhianat dan semua ahli keluarga Qiu Yan jadi hamba abdi. Selepas mereka jadi hamba abdi, drama berkisar kepada usaha Qiu Yan menyiasat hal sebenar dan membebaskan ahli keluarga dia dengan pertolongan Liang Yi.
 
Jumlah episod: 34 
Platform : WeTV
 
 
Yang best drama-drama diatas ialah karakter female lead yang kuat, yang berani dan bijak. Peminat drama China Mainland, check it out...

Tuesday, 2 May 2023

Restoran Lan Zhou Mee Tarik

Nihao..

Makan mee tarik di Lan Zhou Mee Tarik di Plaza KLTS di Jalan Gombak... 

di Blok C, Plaza KLTS
 
gerai depan ni dipanggil gerai mak chik
jual nasi ayam, part of restoran mee tarik
 
dua orang ahjussi sedang buat mee tarik
 
luas juga bahagian dalam restoran
 
Nak order kena scan QR code. Order signature dish - beef noodle. Side dishes - fried chinese chives pocket dan BBQ beef. Drinks - hot chinese tea
 
beef noodles
very healthy, sup dia tak terasa MSG
tawar giler..haha..
 
Disebabkan tawar, kita bubuhlah chili oil dan kicap
 
beef noodles dan fried chinese chives pocket
 
Fried chinese chives pocket tu sedap, ala-ala karipap, inti telur & daun ketumbar.
Pastry dia lembut, inti secukup rasa. Satu porsi 3 ketul, dipotong dua. Tak habis, tapau bawa balik untuk dinner pula
 
BBQ beef, sedap - cukup rempah ratus
sayangnya takde BBQ lamb dalam menu 
 
Total damage : RM30.50
 
 
Overall, oklah restoran ni, mungkin akan repeat untuk menu yang lain pula.
 
Plaza KLTS ni mixed commercial development. Bawah kedai, atas serviced apartment. Parking banyak tapi kena bayar. Ada bahagian yang tak kena bayar, tapi biasalah, sentiasa penuh. Tengok ramai juga yang parking ditepi jalan besar.
 
Meriah juga kawasan ni. Kedai-kedai pun ok, banyak pilihan..mamak ada, arab ada, nasi kandar kuning ada, subway, nanti akan ada halal vietnamese food, DIY, eco, Elewsmart, mini Giant, tealive, kedai runcit arab..
 
best juga, lepas makan boleh shopping...check it out..