Thursday 4 May 2023

Menariknya sampul raya Bank Mizuho

Assalamualaikum...bercuti umum kita hari ini sempena hari wesak.

Raya tahun ni pertama kali dapat sampul duit raya daripada Mizuho Bank, sebuah bank Jepun yang ada cawangan di Kuala Lumpur. Tema sampul ialah tema batik dan alat muzik tradisional Malaysia. Dalam satu peket ada 8 keping, ingatkan sama design, rupanya lain-lain design.

Jom tengok alat muzik apa yang diabadikan di sampul raya Bank Mizuho.

Sompoton 
alat muzik orang Kadazan/Dusun, Sabah
 
Gambus
seringkali dimainkan dalam kumpulan ghazal
 
Rebana ubi atau gendang cina  
lebih kurang sama
 
Gong
 
Menarik sekali, kalau diframekan pun cantik nih..

24 comments:

  1. Sangat menarik dan cantik! Bukan sekadar sampul duit, tapi ada nilai seni budaya.
    Sayang pulak nak gunakan kalau cuma dapat sikit 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, pertama kali dapat sampul raya mcm ni...bagus org jepun...mmg sayang nak bagi ke orang, simpan buat kenangan...

      Delete
  2. Ni tak boleh bagi kat budak². Sayang, dapat kat deme, lepas amik duit, deme koyak sampul. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..hihi..budak2 selalunya buang je sampul raya bila dah banyak..

      Delete
  3. Sungguh bernas.. Kalau sampul mcm ni, memang sayang nak bagi budak2. Jadi sampul kenangan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea yg menarik...mmg sayang nak bagi, simpan buat kenangan..

      Delete
  4. Cantik. Kalau saya, buat simpan je ni. Sayang nak bagi kat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...susah nak dpt sampul mcm ni..

      Delete
  5. Suka tengok keunikan corak sampul raya bank ni. Kalau saya, saya suka simpan sampul duit raya yang unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang buat sampul raya mcm ni...sayang nak bagi kt orang..

      Delete
  6. Nampak unik dan rare sekali...bagus juga untuk dijadikan koleksi

    ReplyDelete
  7. baik bubuh dlm album gambar....syg nak bagi kat org...nanti mereka akn buang je akhirnya..

    ReplyDelete
  8. waahhh ni limited edition. sayang nak bagi org. taruk dalam frame hehe

    ReplyDelete
  9. cantik semua design sebab kombinasi warna emas dengan batik tu menarik. Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya, Farhana...warna gold membuat sampul ni bertambah menarik..

      Delete
  10. Tahun ni bank mizuho bagi kat SA corak batik...memang lawa...nanti ada masa SA share ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak tengok..share ya nanti..

      Delete
  11. bestnya ada pelbagai design .. buat collection

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..rasa sayang nak bagi orang..hihi..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!