Friday, 12 May 2023

Jamuan Raya Korporat | Petronas Dagangan & PNB

Petang semalam hadiri jamuan raya anjuran Petronas Dagangan Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dua-duanya berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

Disamping makan-makan, kita bersua muka, berkenal-kenalan dengan klien yang selama ni cuma berurusan melalui e-mel dan telefon saja, tak kenal maka tak cinta tak tahu rupa paras macamana kan..

Mula-mula gi jamuan Petronas Dagangan, janji dengan officemates sebelum pukul 3 petang. Depa pergi jamuan Exim Bank di Mandarin Oriental Hotel, dekat KLCC juga..

Majlis di event hall 5. Hanif radio Era dan Amelia Henderson jadi MC
 
yang tengah-tengah dah penuh, kita cari port tepi dinding
 
menu rojak dan nasi campur

dessert

matcha mousse

main dish
nasi minyak, jelatah, ikan sambal, udang, pais ikan
sayur kailan, kerabu mangga
 
 Dah beramah mesra dengan klien/hos, kita pun bergerak keluar
 
ramai peminat kopi Kedai Mesra 
dari mula masuk dewan sampai nak balik, queue masih panjang
 
Trend masa kini, photo booth ada camera bulat yang pusing 360° shoot video
 

pening lak tengok camera pusing-pusing
 
Bergerak ke atas ke majlis hari raya PNB di conference hall 1,2, & 3 dengan tema Indahnya Aidil Fitri, majlis ni kena RSVP, siap bagi e-ticket QR code, ada yang check e-ticket kat pintu masuk
 
ruang nampak macam cramp sikit
 
Buffet jamuan di dalam dewan dan di ruang legar (luar). Jom tengok menu yang dhidangkan kepada tetamu.
 
macam kenal jer...haha...menu nasi campur
menu yang sama dengan majlis ditingkat bawah
 
 inilah pais lautan biru @ pais seafood

dessert table & drinks, pun sama juga 
iyalah kan, tempat sama..
 
Ok, jom tengok yang diluar pula, di ruang legar
 
mee udang
 
char kway teow
 
shawarma kebab ayam
 
kelupis
dah nak balik baru nampak
 
2nd round- char kway teow dan roti canai kuah sardin
yummy!!
 
photo booth trend masa kini
camera bulat pusing 360°
 
Alhamdulillah, kenyang perut senang hati. Jom membako kalori dengan berjalan kaki ke stesen monorel, balik office..nak naik grab, jalan jem..

Dunia yang fana'

Assalamualaikum..

 ❝Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja. Namun yang sementara inilah yang menentukan nasib kita di akhirat. Oleh itu,
Bersabarlah dalam ketaatan,
Ikhlaslah dalam beramal dan redhalah dalam segala ketentuanNya".

 

Salam Jumaat, sayyidul ayyam..semoga hari ni lebih baik daripada semalam..

Thursday, 11 May 2023

Konsep Urusniaga di dalam Kanun Tanah Negara 1965

Assalamualaikum semua..

Sesi 'spring cleaning' fail² dirumah, menemukan aku dengan brosur ni..

Daripada tersimpan didalam fail yang mana lama-kelamaan akan dibuang jua, baiklah diabadikan di sini untuk rujukan dan pengetahuan am. Ada tercatat dalam brosur ni yang informasi adalah ekstrak daripada Koleksi Artikel Pentadbiran dan Perundangan Tanah yang diterbitkan oleh Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) 2009.

Brosur ini diterbitkan untuk menerangkan konsep ringkas/asas mengenai urusniaga tanah sepertimana yang terdapat di dalam Kanun Tanah Negara 1965 (KTN). Kanun Tanah Negara 1965 ialah undang-undang utama perihal tanah di Malaysia. selain Kaedah-Kaedah Tanah Negeri (State Land Rules).

Apa yang boleh dibuat dengan sebidang tanah? boleh guna untuk diri sendiri atau diniagakan/disewa untuk mendapat income..jom tengok apa jenis urusniaga berkaitan tanah selain bina bangunan untuk disewa...

1. Jenis-jenis urusniaga yang utama di bawah KTN ialah:

a. Pindahmilik
b. Pajakan dan tenansi (sewaan)
c. gadaian dan lien
d. ismen (easement)

2. Jenis-jenis urusniaga yang memerlukan pendaftaran ialah pindahmilik, pajakan, gadaian dan ismen. Selagi tidak didaftarkan, urusan-urusan itu adalah tidak berkuatkuasa dan orang/badan yang untuknya dibuat urusniaga itu tidak boleh menjalankan kuasa-kuasanya di bawah undang-undang.

* Pendaftaran maksudnya aktiviti urusniaga tersebut mestilah didaftarkan di pejabat tanah dan akan dicatat di dalam Dokumen Hakmilik Keluaran (DHK) atau biasanya orang panggil geran tanah.

3. Pemberian tenansi tidak memerlukan pendaftaran. Untuk melindungi kepentingannya, seseorang itu boleh memohon untuk dicatatkan tuntutannya di bawah seksyen 316 KTN. Tempoh untuk tenansi atau sewaan ni ialah 3 tahun dan ke bawah. Tempoh melebihi 3 tahun sudah masuk kategori pajakan.

4. Lien bukanlah satu urusniaga yang didaftarkan. Lien diwujudkan apabila tuanpunya tanah menyerah kepada orang lain Dokumen Hakmilik Keluaran (DHK) sebagai jaminan untuk sesuatu pinjaman. Orang yang menerima dan menyimpan DHK dipanggil pemegang lien dan untuk melindungi kepentingannya, dia boleh memohon untuk dimasukkan kaveat pemegang lien di dalam geran tanah.

5. Ismen adalah hak yang diberi oleh seseorang tuanpunya tanah kepada seorang tuanpunya tanah yang lain untuk menikmati secara berfaedah tanahnya menurut peruntukan undang-undang. Untuk menguatkuasakan pemberian ismen, suratcara perlulah didaftarkan


Pindahmilik

Apa yang boleh dipindahmilik?

a. Kesemua tetapi tidak sebahagian mana-mana tanah milik
b. Kesemua tetapi tidak sebahagian mana-mana syer yang tidak dipecahkan ke atas tanah milik
c. Mana-mana pajakan tanah milik
d. Mana-mana gadaian.
e. Mana-mana tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran

Pajakan

Ciri-ciri pajakan ialah:
 
a. Tuanpunya mana-mana tanah milik boleh memberikan pajakan ke atas kesemua atau mana-mana bahagiannya.
b. Tiap-tiap pajakan yang diberikan mestilah untuk tempoh yang melebihi 3 tahun
c. Berhubung dengan pajakan kesemua tanah, tempoh maksima ialah 99 tahun
d. Mengenai pajakan sebahagian sahaja, tempoh maksima ialah 30 tahun
e. Mengenai pajakan sebahagian tanah, pelan dan perihal yang mencukupi bagi membolehkan bahagian itu dikenali dengan tepat hendaklah dikembarkan di dalam suratcara.

Gadaian

Apa yang boleh digadai:

a. Mana-mana tanah milik tetapi tidak sebahagian daripadanya boleh digadaikan.
b. Mana-mana pajakan tanah milik tetapi tidak sebahagian daripada tanah yang dipajak itu boleh digadaikan.
c. Gadaian kedua dan kemudiannya.

Ismen

Ismen merupakan satu bentuk urusniaga di mana hak yang diberi oleh seorang pemilik tanah (pertama) kepada pemilik tanah yang lain (kedua) untuk mendapatkan faedah ke atas tanah pemilik yang pertama. Tanah pemilik pertama dikenali sebagai tanah servient dan tanah pemilik kedua dipanggil tanah dominan.

contoh Ismen: Tanah pemilik kedua tiada jalan masuk secara sah. Pemilik tanah boleh memohon ismen daripada pemilik tanah pertama untuk membuat jalan masuk.

Kesemuanya ada 14 jenis suratcara urusniaga yang perlu didaftarkan di bawah Kanun Tanah Negara 1965:

a. Pindahmilik tanah, syer atau pajakan (Borang 14A)
b. Pindahmilik gadaian (Borang 14B)
c. Pajakan tanah (Borang 15A)
d. Pajakan kecil tanah (Borang 15B)
e. Penyerahan balik pajakan (Borang 15C)
f.  Gadaian untuk menjamin wang pokok (Borang 16A)
g. Gadaian untuk menjamin wang bermasa (Borang 16B)
h. Menempohkan gadaian (Borang 16C)
i.  Perakuan jualan oleh Mahkamah (Borang 16F)
j. Perakuan jualan oleh Pentadbir (Borang 16I)
k. Melepaskan gadaian (Borang 16N0
l. Pemberian ismen (Borang 17A)
m. Pemberian ismen berbalas sokong (Borang 17B)
n. Melepaskan ismen (Borang 17C) 

Sekian, serba ringkas mengenai jenis-jenis urusniaga berkaitan tanah. Semoga bermanfaat..