Tuesday, 23 May 2023

Two Weddings & One Jamuan Raya

Assalamualaikum..

Kisah makan² di hari minggu yang lepas. Dua kenduri di hari Sabtu dan satu jamuan raya di hari Ahad.

Two Weddings

Kenduri pertama, officemate kahwin. Dia buat majlis akad nikah dan jamuan di Masjid Zaid bin Harisah, masjid berwarna jingga di Jalan Gombak, dekat Kampung Sungai Mulia. 

entrance masjid
 
Jamuan makan di tingkat bawah, Alhamdulillah, sejuk dewannya

 
Selain jamuan nasi, ada mee kari dan bubur pulut hitam. Makan nasi dan mee kari.

flower girl

Lepas makan dan bergambar dengan pengantin, off to kenduri yang kedua pula di Kampung Sungai Tua Baru. Mengharungi MRR 2, merempit dengan bas2 persiaran yang nak ke gua Batu Caves.

Kenduri di Laman Pengantin Ummi Farsha yang cantik dekorasinya..

cantik dekorasi laman pengantin
 

Masa kami sampai, pengantin dah ada diatas pelamin.
 
ramai yang nak bergambar dengan pasangan pengantin
 
Kami tak bergambar dengan pengantin, segan pula, tinggi pelaminnya, satu dewan boleh nampak..hihi..
 
Jamuan raya 
 
Walaupun bulan Syawal dah habis hari semalamnya iaitu hari Sabtu, namun pada hari Ahad, masih ramai mengadakan jamuan raya sempena cuti hujung minggu. Kami hadiri jamuan raya di rumah makcik di Bukit Rahman Putra. Jamuan untuk adik-beradik, anak saudara, besan² dan kenalan rapat makcik saja.
 
Banyak juadah yang disediakan - nasi beriani dengan ayam masak merah, dalca & acar buah, mee rebus, bihun sup, lemang, ketupat palas, nasi impit, rendang, roti jala & kari ayam, satay. Besan makcik bawa puding caramel gula hangus.

Menu utama



Dessert - tart keju buncit, brownies, kek, rojak buah, jeli kelapa dan kuih raya. 
Alhamdulillah, puas makan.


Meriah dengan kunjungan sepupu², anak² saudara, makcik & pakcik

Alhamdulillah, Syawal berlabuh menutup tirai
semoga ada rezeki bertemu lagi di tahun hadapan

Thursday, 18 May 2023

Nasi goreng cheese @ Mr Dakgalbi

Annyeonghaseyo!

Anak-anak saudara hantar whatsapp gambar makan-makan nasi goreng korea di Mr Dakgalbi. Nampak sedap je..tak pernah try. Teringinlah pulak..jom ke Mr Dakgalbi di Sunway Putra Mall.

di Lower Ground Floor
 
Ambik set untuk 2 orang, nasi dan ramen. Walaupun outlet Korea tapi pekerjanya ramai orang Bangladesh. Oversea sungguh! hihi..
 
abam Bangla yang masak
 
goreng nasi dulu
 
lepas tu goreng ramen pula

dah siap untuk dimamam
 
The verdict: sedap juga tapi lama-lama, rasa muak, ada bubuh keju
  lebih suka megi goreng mamak...hehe..

Wednesday, 17 May 2023

Jamuan Raya di pejabat..

Masih meriah dengan majlis hari raya...

Kali ni di pejabat pula. Meraikan staff termasuk branch office yang ada di Lembah Klang - Cheras, PJ, Kepong, Klang & Subang Jaya..

Dekorasi raya di ruang legar Menara Liberty
 
Tahun ni team organiser menyediakan photo booth untuk sesi fotografi
 
photo booth di lobi lif
 
props untuk OOTD
 
rajin depa DIY siapkan tempat ni
 
OK, let's go to the jamuan by caterer
 
kuih-muih
 
pelbagai juadah - roti jala, kari ayam, lemang & rendang ayam
nasi beriani dengan lauk pauk & dalca, sate, masak lodeh, kuah kacang
 
mee rebus

 
Overall, ok masakannya..