Tuesday 23 May 2023

Two Weddings & One Jamuan Raya

Assalamualaikum..

Kisah makan² di hari minggu yang lepas. Dua kenduri di hari Sabtu dan satu jamuan raya di hari Ahad.

Two Weddings

Kenduri pertama, officemate kahwin. Dia buat majlis akad nikah dan jamuan di Masjid Zaid bin Harisah, masjid berwarna jingga di Jalan Gombak, dekat Kampung Sungai Mulia. 

entrance masjid
 
Jamuan makan di tingkat bawah, Alhamdulillah, sejuk dewannya

 
Selain jamuan nasi, ada mee kari dan bubur pulut hitam. Makan nasi dan mee kari.

flower girl

Lepas makan dan bergambar dengan pengantin, off to kenduri yang kedua pula di Kampung Sungai Tua Baru. Mengharungi MRR 2, merempit dengan bas2 persiaran yang nak ke gua Batu Caves.

Kenduri di Laman Pengantin Ummi Farsha yang cantik dekorasinya..

cantik dekorasi laman pengantin
 

Masa kami sampai, pengantin dah ada diatas pelamin.
 
ramai yang nak bergambar dengan pasangan pengantin
 
Kami tak bergambar dengan pengantin, segan pula, tinggi pelaminnya, satu dewan boleh nampak..hihi..
 
Jamuan raya 
 
Walaupun bulan Syawal dah habis hari semalamnya iaitu hari Sabtu, namun pada hari Ahad, masih ramai mengadakan jamuan raya sempena cuti hujung minggu. Kami hadiri jamuan raya di rumah makcik di Bukit Rahman Putra. Jamuan untuk adik-beradik, anak saudara, besan² dan kenalan rapat makcik saja.
 
Banyak juadah yang disediakan - nasi beriani dengan ayam masak merah, dalca & acar buah, mee rebus, bihun sup, lemang, ketupat palas, nasi impit, rendang, roti jala & kari ayam, satay. Besan makcik bawa puding caramel gula hangus.

Menu utama



Dessert - tart keju buncit, brownies, kek, rojak buah, jeli kelapa dan kuih raya. 
Alhamdulillah, puas makan.


Meriah dengan kunjungan sepupu², anak² saudara, makcik & pakcik

Alhamdulillah, Syawal berlabuh menutup tirai
semoga ada rezeki bertemu lagi di tahun hadapan

30 comments:

  1. pelamin tinggi senang smua tetamu bole nmpk walaupun tk pegi dkt ngan pengantin kn

    ReplyDelete
  2. Wah, banyak kendurinya dalam satu hari yg sama, mujur dekat2 lokasinya. Orang kita kan, memang raya terlajak selalunya, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai yg buat kenduri kahwin lepas raya...sebulan Syawal rasa tk sempat, selalu terlajak..tapi takpe, tetamu ok je...hihi..

      Delete
  3. Bestnya, banyak acara makan².
    Cantik, Laman Pengantin Ummi Farsha tu. Tart keju buncit? Ala, tade gambar ke? Mesti comel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, cantik deko nya...nampak mewah....segan nak ambik gambar, ramai yg berkumpul dkt tmpt dessert...cheese byk, bulat je..depa panggil tart keju buncit...

      Delete
  4. Alhamdulillah, meriah jemputan kawen dan open house raya walaupun dah Syawal dah berlalu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, acara makan2 kita onz je..hihi..

      Delete
  5. waahhh list dessert menggodanyaaaaaaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rojak buah yg best...kuah makcik dari putrajaya yg buat...

      Delete
  6. meriahnya majlis kenduri kahwin penghujung Syawal

    ReplyDelete
  7. kan ahad tu byk lg yg buat open house. kwn ciknur pun ada he hee kita pegi je sb hari minggu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb cuti, ramai yg buat jamuan raya...walaupun syawal dah habis..

      Delete
  8. Prlaminan pengantinya cantik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dewan pengantin pun cantik, pelamin pun indah juga..

      Delete
  9. Replies
    1. ya, jamuan raya utk keluarga terdekat saja..

      Delete
  10. Sedap-sedapnya makan di majlis kenduri dan jamuan raya tu... saya tahun ni tak beraya,... bizi dengan tempahan kuih muih dari jiran-jiran. Sudahnya sepanjang syawal terperuk saja di dapur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, byk dapat tempahan sepjg syawal...

      Delete
  11. Seronok nya tengok semua majlis memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki di hujung minggu..

      Delete
  12. Meriah hujung minggu Nohas dengan acara sosial dan makan2. Seronok!
    Saya menetap di PP ni agak sendulah, kawan kenalan semua jauh di area tengah/selatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... InshaaAllah, bila dah lama menetap, akan ada kawan kenalan baru..

      Delete
  13. Dah lama pula tak ke kenduri kahwin rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah, ada jemputan..boleh pergi..

      Delete
  14. 3 majlis makan sehari. Nasib baik lancar tidak ada kesesakan lalulintas kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 majlis di hari Sabtu, 1 di hari Ahad...hari Sabtu tu, trafik byk tapi tak jem sgt..

      Delete
  15. tinggi betul pelamin.. heheh. kalau jatuh naya. mungkin sbb nk mudahkan org nampk pelamin dan pengantin kot. Alhamdulillah rezeki hari itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki makan-makan...betul, satu dewan boleh nampak,..mmg tinggi pelamin nya..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!