Kisah throwback hari Sabtu baru ni, awal bulan Jun..ada dua majlis..
Paginya ada majlis zikir di sekolah Maahad Tahfiz Integrasi Sains Madinatul Huffaz di Lembah Melewar. Sekolah milik Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa.
menarik tempat photoshoot
Sekolah ni ada dua lokasi, yang ni Fasa 2. Lokasi di tepi jalan.
surau yang luas dan selesa
Tazkirah daripada Ustazah Norhafizah sangat menyentuh jiwa, mengenai satu motivasi hebat 'hari ini hendaklah lebih baik daripada semalam'.
Selepas program, bergegas balik ke rumah sebab nak ambik kawan ofis di stesen LRT Sentul Timur, untuk sama-sama ke majlis kenduri kahwin anak ex-officemate.
Balik daripada sekolah, tengok highway DUKE jem teruk belah menghala ke Middle Ring Road, ke Karak Highway. Dari pintu gerbang tepi kubur, kenderaan tak bergerak. Penangan cuti weekend 3 hari, ramai nak ke pantai timur.
Tak boleh jadi ni, kena ikut jalan lain untuk gi kenduri sebab lokasi kenduri di tepi Middle Ring Road, di Veo Condominium di KL East...bertabahlah.
Kita ikut Jalan Genting Kelang, smooth je, kendian join macet di Middle Ring Road, menghala ke Gombak. Sib baik short distance je dari simpang ke flyover ke KL East...
majlis tema warna lilac
lauk kenduri sedap sangat
bahagian dessert, open-air
Emak pengantin perempuan dulu belajar di tempat yang sama dan juga bekerja di pejabat yang sama. Merenung bulan yang sama.
Happy dapat jumpa ex-officemates, reunion kawan-kawan time belajar, ex-classmates, ex-dormmates, ex-flatmates, ex-housemates, ex-boyfriends..
Nice start for the month of June 2023. Juni, please be good to me..