Assalamualaikum semua..
Haritu baca entry di blog Alam Sari di Tanah Jauhar tentang tosei rawa. Teringinlah pulak nak rasa. So, hari Ahad baru ni, sementara tunggu omma shopping di Mini Giant, pergi mengeteh di kedai mamak di sebelah.
Mula-mula tu order roti telur. Kemudian baru teringat tosei rawa, saja-saja tanya kat mamak tu 'ada ke tosei rawa'?. Ada rupanya. Order pula tosei rawa..hehe.
begini rupanya tosei rawa
ada bubuh sayur-sayuran dalamnya,
ada lobak merah & kobis
pencicahnya sama macam roti canai & roti telur
rupa paras kurang memuaskan tapi oklah rasanya
Hari Isnin, cuti umum sempena hari keputeraan YDA, kami ke USJ dan Subang Jaya, acara jalan-jalan cari makan. Singgah di Empire Shopping Gallery, nak pekena tosei di Chutney. Kali ketiga makan di sini, asyik teringat je...kena mandrem, kata SK di Tanah Jauhar...hehe..
Cerita makan tosei di Chutney pada tahun lepas, boleh baca disini.
Appetiser - Medu Vadai
Medu vadai makan dengan coconut chutney
sedap - harga RM2.90
Tengok menu ada Rava Tosei tapi dah habis. Kecewa.
Order Ghee Podi Tosei.
pencicah kelapa ada 2 jenis, yang hujung tu kuah dalca
Sedap toseinya, pencicah pun sedap
harga RM8.50
Puas hati makan di Chutney sebab ada chutney kelapa yang sedap. Tosei dan vadai pun sedap juga...
Saya pun belum pernah makan tosei rawa.
ReplyDeleteMenarik podi tosei tu. Baru tau ada macam-macam jenis tosei rupanya 😁
dkt kedai chutney tu, ada 6 jenis tosei..plain, butter, podi, ghee podi, masala, rava...byk pilihan..
DeleteBaguslah nohas, rajin mencuba. Saya pulak kalau ke kedai mamak balik2 order roti kosong kuah kari ikan 😂 sampai suami pun dah terikut2 jugak. Chutney tu nama kedai ke?
ReplyDeletehehe..boss Chutney tu yg mula2 promote ghee podi tosei, sekali makan, teringat-ingat...betul, nama kedai..
DeleteBesarnya, ghee podi tosei tu. Saya tak pernah cuba tosei rawa. Boleh la try nanti. Vadai dia gemuk, bagus la camtu. Mamak sini, vadai kenitt je.
ReplyDeletetosei mmg saiz besar, tosei rawa tu pun besar jg...ha'ah..vadai dia gemuk...sedap..
DeleteHahaha.. habislah kalau dah kena mandrem.
ReplyDeleteSaya baru tahu yg macam donut tu namanya Medu vadai dan sedap dimakan coconut chutney ya. Sy tengok youtube semalam, resepi Tosai Rawa tu tak sama dgn tosai plain, punyalah suka tosai rawa sampai google cemana buat, hahaha. Chutney kat Rest Chutney ni mesti sedap, kan.. tengok kaler dia tau dah.
kalau mkn tosei, mesti teringat kedai ni, another level...belum jumpa yg sama dgn ni...medu vadai selalunya makan begitu saja, tapi bila cicah dgn chutney kelapa, bertambah sedap...mmg sedap chutney kt kedai ni...mmg selalu full kedai ni..semua bangsa suka makan di sini...kalau ada di area Subang Jaya, recommended makan tosei di sini..
DeleteRamai ya blogger suka mkn tosei... sy x pernah order tosei... rasa pn br sekali rasanya
ReplyDeletesesekali tukar selera, cuba tosei pula...roti canai dah biasa makan..
DeleteAlahai...rindunya nak berkunjung ke kedai mamak!
ReplyDeleteMacam lama sungguh tak makan tosei. Bertambah rindu nak cicah dengan chutney.
kena pi cari tu...hehe..tapi tak semua kedai mamak ada chutney..
DeleteTosei rava memang jadi pilihan pertama uncle!
ReplyDeletesaya baru tau tosei ni...
Deletekesukaaan ciknur ni tose he hee g mamak ni la yg order selalu
ReplyDeletetp nk yg garing2 baru ngam
kalau gi mamak selalu order roti canai & roti telur je...baru pertama kali order tosei di kedai mamak disini..
DeleteBiasa mkn tosei biasa.. tosei rawa 1st time dgr
ReplyDeleteakk pun 1st time baca dlm blog SK...tu yg teringin nak rasa...hehe..
Deletesilap baca posting time tgh malam dan tiba2 lapar dibuatnya hahhaa
ReplyDeleteboleh cari esok pagi..
Deletex biasala wak mkn tose nih, mkn roti canai je pun ok., hehe
ReplyDeleteSesekali order yg lain..roti canai tak jemu di mkn..
DeleteTosei memang sedappppp
ReplyDeleteYa betul esp yg kat Chutney's tu..teringat-ingat..
Deleterasa terliur la pulak. lama dah tak pekena tosei. Tosei Rawa ye. kena try nnt.
ReplyDeleteKalau ke empire subang, try mkn kt Chutney's..terbaik toseinya..
Deletemacam-macam jenis rupanya tosei ini ye.. Saya suka vadai tapi belum pernah jumpa yang dihidang bersama kuah tu.. menarik..
ReplyDeleteha'ah...mcm2 jenis..baru mkn 3 - rava, butter & ghee podi...vadai yg selalu jual, jarang ada yg cicah chutney mcm ni..
Delete