Thursday, 13 July 2023

Drama Korea : Under the Queen's Umbrella

 Drama traditional (sageuk) Korea yang best
terbaik tahun 2022 

suka tengok Queen yang scheming tapi tak jahat
lawan mak mertua yang jahat lagi kejam dan perangai gundik² dengan cara tersendiri - classy, rationale & warm

menonton di Netflix
 
*spoiler alert*
 
Drama mengisahkan Queen yang sentiasa sibuk mengurus hal 5 orang anaknya (Crown Prince dan Grand Princes) dan juga hal ehwal 'harem' (perihal gundik²) serta komplot mak mertua (Queen Dowager), Chief Councillor (bapa mertua King) dan First Consort (anak Chief Councillor). 
 
Di awal drama lagi kita dah dapat lihat Queen berlari kesana kemari mengurus hal Grand Princes. Memang takdelah berjalan lemah-gemalai, sentiasa laju je. Bila Queen berhenti mengejut, habis tunggang-langgang entourage dayang² di belakang..hehe..Yang selalu mengata Queen ialah Prince UiSung, anak First Consort, sampai kena belasah dengan Grand Prince Sungnam.
 
Grand Prince
 
Semua Grand Prince tak minat belajar dan selalu ponteng kelas. Mereka tak minat hal-hal berkaitan istana dan takhta. Grand Prince Sungnam suka aktiviti outdoor - menunggang kuda, memanah sebab masa kecik dia tinggal di luar istana (atas arahan Queen Dowager). Dia tak terikat dengan peraturan istana.
 
Grand Prince Muan pula gatal nak kahwin, ada girlfriend di luar istana. Grand Prince Ilyoung ada split identity, suka bersolek dan pakai baju perempuan. Yang bongsu, Grand Prince Gyesung suka astronomi, cipta macam² alat dan mencuba sendiri peralatan yang dia cipta. Berdiri atas bumbung istana, nak terjun guna alat terbang ciptaan dia.
 
Pening Queen melayan hal² Grand Prince dan berusaha keras sembunyikan segala kelemahan Grand Prince daripada pengetahuan Queen Dowager. Sebabnya Queen Dowager tak suka Queen dan Grand Princes. Dia mulanya nak First Consort jadi queen dan Prince UiSung jadi Crown Prince.

Queen dan Crown Prince

Backstory drama ni berkisar pada peristiwa yang berlaku 13 tahun yang lalu. Komplot Queen Dowager dan Chief Councillor berjaya menjatuhkan Queen Yoon dan Crown Prince Taein dan menaikkan anak Queen Dowager menjadi raja (King sekarang). Queen Dowager hanyalah seorang gundik ketika itu tapi anak dia pulak dilantik jadi King. Begitu hebatnya komplot Queen Dowager dan Chief Councillor.
 
Queen Yoon kena keluar istana dan tinggal di pondok. Crown Prince Taein dan 3 orang lagi anak Queen Yoon mati dibunuh. Yang hidup cuma anak Queen Yoon yang bongsu bernama Prince Ik-Hyeon. 
 
Queen Yoon berkomplot dengan seorang doktor diraja dengan menukar anak doktor tersebut dengan Prince Ik-Hyeon. Prince Ik-hyeon berjaya jadi doktor di istana. Dia dalam diam membuat onar di istana - ada skandal dengan First Consort dan menyebabkan Crown Prince jatuh sakit.

Gundik-gundik temani anak-anak mereka belajar

Apabila Crown Prince sakit teruk dan meninggal dunia, bermulalah pencarian Crown Prince yang baru. Nak pilih terus daripada Grand Princes, takde seorang pun yang layak sebab selalu ponteng kelas lagipun mereka tak berminat memegang jawatan. King anjurkan satu pertandingan di kalangan putera² beliau untuk cari Crown Prince. 
 
Queen berjaya membakar semangat Grand Princes supaya masuk bertanding. Semua gundik  berusaha keras supaya putera mereka terpilih jadi Crown Prince. Queen Dowager, Chief Counsillor dan First Consort yang paling daring sampai nak bunuh-membunuh. Queen rileks je..
 
Tapi best lah Queen tak panik, berjaya control gundik² dan sembunyi banyak perkara yang berlaku di istana daripada pengetahuan Queen Dowager. Geram je tengok Queen Dowager ni, semua perkara dia nak ada kuasa. Bila dah ada Crown Prince, dia pula sibuk nak pilih Crown Princess dari kalangan sekutu-sekutu dia..haihh..

Best plot drama ni dan pace ok, tak slow...recommended for viewing..

Wednesday, 12 July 2023

WW #24 : Cakes-Cendol-Coffee

Craving for the sweet things

Sogo food court

HWC coffee @ Sunway Putra Mall


Saturday, 8 July 2023

Contiago @ Hotel Majestic KL

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu..

Lagi kisah sebelum puasa haritu. Makan tengahari di Contiago @ Hotel Majestic KL sempena Group Management Meeting. Dua kali lunch di sini, hari Jumaat dan Sabtu, kali ni company belanja..hehe..

entrance to Hotel Majestic
Dressing bellboy ala-ala zaman penjajah dulu-dulu
 
menuju ke Contiago Restoran

Pencahayaan dalam restoran ni malap sikit, bagi suasana romantik sikit..hehe..
 
bos-bos tengah berdiskusi
 
Ajomms..menu Western, Malay, Japanese. Banyak sungguh pilihan makanan
setiap section ada open kitchen
 
masakan Melayu
 
mesti makan nasi, ada seketul sushi  
 
Japanese kitchen
 
assorted sashimi (ikan mentah) 
 
sashimi & rumpai laut

fresh oyster, disebelahnya steamed shrimp (udang kukus)
 
 ayam bakar dan ikan bakar dengan sos pilihan
 
garden salad dan pasta (tomato pomodoro & aglio olio oslam)
nama pasta baru pertama kali dengar

 
 oyster, pasta, pizza, ikan bakar

Ke bahagian dessert pula, panjang betul kawasannya
 
bahagian ngopi, boleh pesan kopi hipster
 
pelbagai desserts, ada coklat juga

yummy, tiga jenis kek
 
Japanese cheesecake, green tea opera, passion almond choux
 
 
brownies & biskut kering
 
Yang ni pula hidangan masa dinner/tea time/breakfast depan meeting room
 
ada kudapan old school...yeayy..
 
yang ni juga best..infused water
lemon & timun
  

Overall, memang best le meeting di Majestic Hotel ni..
Buffet spread makan tengahari di Contiago memang terbaik..
Menu dinner/breakfast/tea time pun best
 
Moga tahun depan meeting di sini lagi...hehe...