Salam semua...lama juga menyepi, bizi dengan kerja...bizi layan tik-tok...hehe..
Dah masuk bulan September, meh le kita update blog...kisah ke Melaka hari minggu terakhir bulan Ogos..ada dua majlis sebelah keluarga bonda..majlis bertunang sepupu dan majlis doa selamat & tahlil..
Pukul 7.30 pagi hari Sabtu, bertolak dari KL, bawa bekal lepat liat dan kuih peneram...tradisional sungguh...haha...lepat liat mak saya buat, kuih peneram beli di pasar malam..buat makan-makan..
Keluar tol Jasin, terus ke rumah homestay tapi check-in pukul 12, kita terus ke rumah baru pakcik di Kampung Tedong...meraban juga cari rumah, biasalah kan takde nombor rumah, pakai batu je, Batu 20..
satu lot ada 4 buah rumah
rumah pakcik baru siap, nanti pencen nak duduk sini dari Putrajaya ke Melaka
barang-barang hantaran majlis tunang
yg berbaju maroon tu sepupu yang nak bertunang anak pakcik yang sulung
jom kome kite gi meminang
Ramai ahli rombongan meminang, semua adik-beradik mak ada, 5 orang semuanya, dengan anak-anak, cucu-cucu lagi..dah lama benor takde kenduri dalam famili...jom konvoi..
Tak berapa jauh...di Taman Merlimau Emas..dekat dengan homestay yang kami booked..
sedia menanti
yang bertunang dengan ibubapa & mak-mak saudara
dah habis makan tengahari, terus je ke homestay, berehat, malam ada majlis lagi
sesat lagi, sebab lampu jalan kurang, susah nak cam dalam gelap
kariah masjid tengah baca Surah Yasin
Makan time! lauk yang sama dengan jamuan di rumah tunang
ada lauk-lauk sampingan yang lain - bubur jagung, rojak buah, bihun goreng
kuih Ku, peneram, cara berlauk, koci labu
rojak buah (kuah rojak by makcik)
makan durian pula, durian dari Pahang Paklong bawa, makan dengan sepupu-sepupu
bergerak pulang ke sarang
Alhamdulillah, dapat berkumpul sanak-saudara di Melaka
InshaaAllah, berkumpul lagi untuk kenduri di tahun 2024