Salam semua...lama juga menyepi, bizi dengan kerja...bizi layan tik-tok...hehe..
Dah masuk bulan September, meh le kita update blog...kisah ke Melaka hari minggu terakhir bulan Ogos..ada dua majlis sebelah keluarga bonda..majlis bertunang sepupu dan majlis doa selamat & tahlil..
Pukul 7.30 pagi hari Sabtu, bertolak dari KL, bawa bekal lepat liat dan kuih peneram...tradisional sungguh...haha...lepat liat mak saya buat, kuih peneram beli di pasar malam..buat makan-makan..
Keluar tol Jasin, terus ke rumah homestay tapi check-in pukul 12, kita terus ke rumah baru pakcik di Kampung Tedong...meraban juga cari rumah, biasalah kan takde nombor rumah, pakai batu je, Batu 20..
satu lot ada 4 buah rumah
dari Putrajaya ke Melaka
anak pakcik yang sulung
Ramai ahli rombongan meminang, semua adik-beradik mak ada, 5 orang semuanya, dengan anak-anak, cucu-cucu lagi..dah lama benor takde kenduri dalam famili...jom konvoi..
Tak berapa jauh...di Taman Merlimau Emas..dekat dengan homestay yang kami booked..
dah habis makan tengahari, terus je ke homestay, berehat, malam ada majlis lagi
sesat lagi, sebab lampu jalan kurang, susah nak cam dalam gelap
Makan time! lauk yang sama dengan jamuan di rumah tunang
ada lauk-lauk sampingan yang lain - bubur jagung, rojak buah, bihun goreng
Paklong bawa, makan dengan sepupu-sepupu
Alhamdulillah, dapat berkumpul sanak-saudara di Melaka
InshaaAllah, berkumpul lagi untuk kenduri di tahun 2024
Hai! Hehe... Kadang saya juga ralit tengok video2 dekat TikTok tu
ReplyDeletebetul, mmg ralit layan video tik-tok...haishhh...hehe..
DeleteRamai ke Melaka cuti Merdeka ye. Kiteorang pun baru balik dari Melaka semalam.
ReplyDeleteooh..ya ke...ha'ah..jem Melaka time cuti sekolah...
DeleteKami pun ke Jasin hari tu. Selamat bertunang utk pasangan bertunang tu, semoga sampai ke jinjang pelamin.
ReplyDeleteoo..ramai ke Melaka..terima kasih..
DeleteNampaknya ramai geng blogger jenjalan Melaka cuti Merdeka 😀
ReplyDeleteAlhamdulillah…seronok Nohas dapat berkumpul dengan saudara-mara.
Alhamdulillah, ramai jg sanak-saudara yg dapat hadir
DeleteDulu selalu ke uitm Jasin... Sekarang tak lagi. Anak dah tamat di sana
ReplyDeleteooo...saya baru pertama kali ke sini..
Deletewah gi kenduri ke Melaka rupanya ye..!
ReplyDeleteha'ah...ikut rombongan bertunang..
DeleteSaya tak ade account tiktok lagi.. Berkumpul sanak saudara mmg meriah..
ReplyDeletelayan tik tok org lain...seronok sesekali berkumpul...
DeleteTak mampu rasanya nak ada account tiktok ni hahahaa..
Deletebolehlah nak tengok trend & isu semasa..
DeleteSeronok nya kumpul sedara mara, makan sama2.
ReplyDeleteseronok..2x jamuan makan..
DeleteSeronok kenduri. Makanan sedap. Memang kenduri saudara-mara dinanti-nantikan.
ReplyDeleteya, betul..seronok makan kenduri..
Deleteapa nama tik tok tu...
ReplyDeletemcm2...semua layan, yg x best kita swipe...
DeleteSelamat bersilaturrahim dengan orang Melaka. Insya Allah orang Melaka baik² saja.. Hihi
ReplyDeleteya, betul..meriah kenduri..
Deletewah keluarga berkumpul di melaka seronok tu
ReplyDeleteseronok kak, dah lama x berkumpul...
DeleteBestnya kumpul ramai-ramai.
ReplyDeleteLagi best makan sedap-sedap.
Erat ukhuwah!
betul, sesekali dapat jumpa & berkumpul sanak-saudara..
DeleteTeringat pernah prrgi ziarah teman sebilik arwah abah mentua masa gi haji… landmark rumahnya adalah TIANG TNB no. 50. Ya ampunnnn jadi kerja ok pandang no tiang tnb sepanjang jalan
ReplyDeletehaha..takde no rumah susah nak cari, landmark pun very general...berpinau bijik mata nak mencari...
DeleteKuih koci tu. Payah nak jumpa sekarang. Dulu masa zaman budak selalu makan.
ReplyDeletekoci labu jarang org buat..Alhamdulillah, sedap2 kuihnya..
DeleteMelaka ini memang tempat wisata yg banyak juga didatangi ya kak. Rasanya ramai bloggers Malaysia yg ke Melaka saat libur ogos kemarin 😁. Tapi memang vibe kotanya menarik dan bikin betah. Sayapun saat ke Melaka, rasa kurang 3 malam di sana. 🤣. Pengen lebih lama tapi ingat ada kerjaa hahahah.
ReplyDeleteNantilah nak balik lagi dengan keluarga.
Tradisi tunang di sana, tak jauh beda lah dengan saya dulu saat bertunang. Mungkin Krn saya orang sumatera, jadi mirip tradisinya dengan Melayu Malaysia. Tapi kalo pakai tradisi Jawa (suami saya Jawa), itu bakal beda sangat 😄. Acara adatnya lebih banyak 😅
Melaka mmg tempat wisata yg menarik, banyak tinggalan sejarah...adat bertunang di Malaysia ringkas sahaja..cuma bawa hantaran & cincin tunang/merisik...more to perbincangan antara 2 keluarga...
Deletewahhh 1 lot tanah ada 4 buah rumah.. puas hati dpt buat rmh atas lot ada tanah blh bercucuk tanam
ReplyDeletetanah pusaka...adik-beradik sama2 bina rumah...ya, betul, ada tanah, boleh bercucuk-tanam..
DeleteTik tok? SA ralit bab shopping..muahahaha...beratus2 dah abis...x pernah serik2 lagi ni...bestnya orang Melaka buat kenduri memang meriah la...
ReplyDeletelayan video tik-tok..hehe...belum lg membeli di tik-tok, facebook...ada barang menarik, kita beli, bantu ekonomi peniaga..
Deleteselamat bertunang..
ReplyDeleteKat Melaka mesti tak tinggal kuih ku ...suka kalau dapat yang inti kacang kuning tu
kuih tradisi baba & nyonya....rasanya kt Melaka je jumpa kuih ni time kenduri, tak pernah lg jumpa di tempat2 lain..
Delete