Jom pekena masak lomak di Restoran Raso Omak Den..di Taman Melawati..
Thursday, 14 September 2023
Restoran Raso Omak Den @ Taman Melawati
Friday, 8 September 2023
Hujung Minggu di Melaka - Part 2
Sambung kisah ke Melaka pada 26 - 27 Ogos lepas..
Pagi Ahad, kami sarapan di homestay saja. Perangat makanan yg tapau dari rumah pakcik semalam..bihun goreng dan kuih muih. Pergi ambik durian dan tempoyak di homestay Pak Long tak jauh dari homestay kami. Makan durian pula.
Meh tengok homestay yang luas dan selesa. D'Jannah Homestay namanya. Rumah berkembar setingkat yang di extend di Taman Merlimau Emas, ada 6 bilik tidur. Tak sempat nak snap gambo depan. jom tengok dalam rumah.
Monday, 4 September 2023
Hujung Minggu di Melaka
Salam semua...lama juga menyepi, bizi dengan kerja...bizi layan tik-tok...hehe..
Dah masuk bulan September, meh le kita update blog...kisah ke Melaka hari minggu terakhir bulan Ogos..ada dua majlis sebelah keluarga bonda..majlis bertunang sepupu dan majlis doa selamat & tahlil..
Pukul 7.30 pagi hari Sabtu, bertolak dari KL, bawa bekal lepat liat dan kuih peneram...tradisional sungguh...haha...lepat liat mak saya buat, kuih peneram beli di pasar malam..buat makan-makan..
Keluar tol Jasin, terus ke rumah homestay tapi check-in pukul 12, kita terus ke rumah baru pakcik di Kampung Tedong...meraban juga cari rumah, biasalah kan takde nombor rumah, pakai batu je, Batu 20..
Makan time! lauk yang sama dengan jamuan di rumah tunang