Saturday, 4 November 2023

Turkiye 2023 | Fly to Gerome, Cappadocia

Merhaba...hari ke-3 di Turkiye..

Rabu, 11 Oktober 2023

Hari ni kami akan terbang ke Kayseri Airport enroute to Gerome, Cappadocia. Beli tiket Pegasus Airlines dan akan berlepas dari airport kedua Turkiye iaitu Sabiha Gokcen Airport (SAW) yang terletak di Istanbul Asia.

Selepas check-out hotel, menyeberang jalan menuju ke Istanbul Gar Sirkeci untuk ambil keretapi commuter Marmaray Line.

Istanbul Gar Sirkeci station
 
Dari stesen Sirkeci, turun di stesen Ayrilik Cesmesi, kemudian ambil metro M4 ke Sabiha Gokcen Airport. Lama gak nak sampai airport, stesen terakhir..
 
Route to Sabiha Gokcen Airport
Istanbul Gar Sirkeci station - Ayrilik Cesmesi station- Sabiha Gokcen Airport 
 
dalam stesen Sirkeci
 
Marmaray Line ni melintasi Selat Bosphorus dibawah dasar laut menuju ke stesen Uskudar di belah Istanbul Asia. Stesen Ayrilik Cesmesi ialah stesen kedua selepas Uskudar.
 
di stesen Metro Ayrilik Cesmesi
 
 dalam Metro M4
 
 Alhamdulillah, dah sampai di Sabiha Gokcen Airport
 
 Sabiha Gokcen Airport
 
Semasa beratur untuk check-in, ada pula seorang perempuan muda Turki bawa anjing. Mak dia bertudung, orang Islam le kot..tak faham teman..dah le anjing dia tak duduk diam..kita pula kena mengelak je.. 


di kaunter check-in pula, disebelah kami, ada satu keluarga Yahudi Ortodox tengah check-in. Entah apa masalahnya, lama lak depa kat situ. 

preparing to fly

Flight delay for 20 minutes. Dari 20 minit jadi sejam lebih. Tetiba ada seorang staff Pegasus datang dekat kami bertanya samada boleh tak tukar flight ke malam. Kalau setuju, Pegasus nak bagi free tiket ke local destinasi di Turki sebabnya flight ke Kayseri pukul 11.40pagi dah overbooked seramai 10 orang..huhu..

Flight supposed berlepas pukul 11.40 pagi. Tapi dekat nak pukul 1.00 petang baru terbang. Alhamdulillah, selamat mendarat di Kayseri Airport..flight 1.5 jam..
 
 berkerumun nak ambik beg di Kayseri Airport

Kayseri Airport
 
Dari Kayseri Airport, ambik servis airport transfer dengan syarikat Helios untuk ke hotel di Gerome. Harga semua 60 euro untuk pergi-balik untuk tiga orang, lebih kurang RM100 seorang. Booking online..
 
Keluar je dari airport, dah nampak nama kat atas kertas, dah ada orang Helios tunggu. Ramai juga yang guna servis airport transfer dari syarikat ni.
 
perjalanan ke Gerome, view tanah gersang
jauh juga Kayseri dengan Gerome
perjalanan lebih kurang 50 minit

Kami booked The Dorm Cave Hotel by Traveller.  
Ada bilik hotel dan juga hostel (dorm). Dekat juga dengan town centre.

The Dorm Cave Hotel by Traveller
 
entrance ke bangunan hotel. Ada 2 bahagian, kanan dan kiri
Masuk kanan untuk ke reception 

tangga ke lorong belakang
ada 2 restoran yang popular di Gerome di belakang
 
yang pintu depan bangku tu ialah reception
 
entrance ke belah kiri
yang sana tu entrance ke belah kanan

Booked hotel ni melalui Agoda tapi payment bayar di hotel. Booking satu large room untuk dua malam, total rate RM772. Untuk anak saudara, booked satu katil di dorm, total rate RM230..

pintu bawah belah kanan untuk ke hostel (dorm)
 
dorm dalam gua
 
Ke bilik hotel pula di sebelah kiri.
 
tangga ke bilik kami
 
large room 
 
Jom lihat-lihat kawasan depan pula. View memang tak menarik sebab kerja-kerja pembinaan sedang berjalan. Nak tambah bilik hotel dan simen kawasan parking.
 
pembinaan sedang berjalan

jalan masuk ke hotel

Overall, oklah hotel ni, puas hati. Location just nice, within walking distance from town centre, tak sesak..restoran belakang hotel je..

Thursday, 2 November 2023

Turkiye 2023 | Gulhane & Sirkeci

Merhaba...meneruskan kisah travel di Istanbul..selepas solat dan ziarah di Masjid Aya Sofya, kami bercadang nak berjalan kaki balik ke hotel..

Cuaca cantik, suhu sedikit dingin..terasa nyaman je berjalan kaki...

depan Basilica Cistern menuju ke Gulhane
suka tengok tram merayap atas jalanraya
 
Masjid Biru di kejauhan

suka tengok tram lalu di kawasan Gulhane
dekat sangat dengan kedai-kedai
 
aktiviti wajib di Istanbul..hehe..
tangkap gambo baklava dlm kedai
 
tram datang 
 
entrance ke Gulhane Park dan kawasan Istana Topkapi
 
penjual simit
 
cantik bangunan lama ni
 
pertembungan dua kenderaan di stesen Gulhane

Masuk ke kawasan pedestrian, ikut jalan dalam untuk ke Sirkeci
banyak kedai-kedai souvenirs
 
cantik hotel ni...mahal..
 
sampai di persimpangan
 
Lalu jalan besar menuju ke hotel
 
salad buah
 
Terjumpa orang jual midye dolma di tepi jalan. Makanan Turki yang teringin sangat nak rasa. Singgah beli, bekas kecik harga 100TL

midye dolma - kepah yang ada nasi pilav dalamnya
 
kedai Hafez Mustafa - outlet Sirkeci
kedai yang pertama, legend ni
 
Kedai Safa ..macam2 dessert, bentuk karipap pun ada
 
Sebelum naik ke bilik, lepak sambil makan ais krim di kedai MADO
 
Kasa tu 'cashier'
 
aiskrim pistachio MADO
just nice, tak manis sangat, 80TL
 
Makan juga midye dolma yang dibeli tadi.
 
midye dolma - perah limau sebelum makan
perghh..padu..sedap kome, kena try ni kalau gi Istanbul
 
----------------------------------------
 
Malamnya kami dinner di Istan Burger, tak jauh dari hotel. Pilihan anak saudara, teringin makan burger katanya..

sedih benor pengawalnya
 
Anak saudara order burger & coke. Saya dan kakak share satu pizza sebab dah plan nak makan megi. Order minuman sahlep dan teh halia.
 
sedap pizzanya
 
sahlep..sedap rasanya
rasa lemak2 susu cair ditabur serbuk kulit kayu manis
 
Total damage : 704 TL (RM120.06)
 
service tax 10% di Turki

Mahalkan makan di Istanbul..redho jelah..
negara orang mana nak sama dengan negara sendiri..

Selepas dinner, singgah di stesen Istanbul Gar Sirkeci untuk top up Istanbul kad, persediaan untuk perjalanan esok hari..selepas tu ronda-ronda lagi kawasan sekitar..

jualan di kaki lima
 
 Turkish Sand Coffee
Kopi dimasak dalam pasir yang dipanaskan
 

Sekian, kisah 1.5 days di kota Istanbul, esok dah nak fly ke Cappadocia