Tuesday, 12 December 2023

Turkiye 2023 | Masjid Sultanahmet - Arasta Bazaar

Merhaba...sambung kisah di hari terakhir di Istanbul...

Oleh kerana check-out time pukul 1.00 tengahari, kami pun keluar meronda lagi, nak pergi ke Arasta Bazaar, dibelakang Masjid Sultanahmet @ Masjid Biru @ Blue Mosque..

Masjid tak pergi, nak pi bazaar je..hehe..masa ni ingatkan Blue Mosque tu tutup sebab ada renovation, rupanya dah dibuka dan boleh bersolat di dalamnya..Alhamdulillah..syukur sangat..

lalu ikut sini, kelihatan German Fountain
yang berkubah hijau tu

Jalan² tengok Obelisk, legasi Roman Empayar, sampai ke hujung (yang ni kita masuk entry lain lah ya), kemudian masuk lorong ke Arasta Bazaar.

suka tengok rumah kayu 
 
masuk lorong ni
 
bangunan berwarna-warni
 
hamam (tradisional bath & spa) di rumah kayu
 
menuruni bukit, jalan sempit
 
kedai jual lukisan
 
terowong ke Masjid Sultanahmet 

Alhamdulillah, dah sampai
 
Arasta Bazaar dalam kompleks Masjid Sultanahmet
seperti biasa, masjid² di Turki ni self-sufficient,
ada pusat komersil untuk menampung kos biaya masjid
 
singgah beli T-shirt di kedai ni
 
interior kedai, unik sekali binaannya
 
entrance dari masjid
 
laluan ke masjid
 
laluan ke masjid, ada cafe disini
 
Masuk ikut Gate F
Ada ditulis tarikh pembinaannya pada tahun 1609 - 1616
Arkitek : Sedefkar Mehmet Aga, anak murid arkitek tersohor, Mimar Sinan  

masuk terowong ni
 
Tiba di bahagian tepi Masjid Sultanahmet
 
kerja-kerja renovasi masih lagi berjalan
 
Tengok orang ramai naik tangga untuk masuk ke masjid, kami pun ikut sama
Rasa syukur sangat dapat ziarah masjid tersohor di seantero dunia ni
 
perkarangan masjid
 
entrance untuk prayer, kami masuk ikut pintu ni
 
cantik...blue tiles from Iznik
tapi manusia punyalah ramai, bising pulak tu
kesian orang yang tengah solat kat depan tu
 
interior yang cantik
 
Masjid Sultanahmet @ Blue Mosque
 
pintu masuk utama dari Sultanahmet Meydani
 
sejarah Masjid Sultanahmet
 
view of Blue Mosque dari Sultanahmet Meydani
 

Dah habis ziarah Masjid Sultanahmet, kami pun kembali ke hotel untuk check-out. Simpan beg di hotel dan keluar semula untuk ke Masjid Hagia Sophia untuk solat serta berikhtikaf..lepak², bersantai-santai, to kill time..
 
Nak solat di Masjid Sultanahmet, rimas rasanya tengok orang ramai sangat, tak jumpa pula tempat muslimat. Di Masjid Hagia Sophia, tempat muslimatnya best, ada privacy (sebab visitor tak pergi ke kawasan muslimat) dan tempatnya sejuk walaupun Hagia Sophia tu agak menggerunkan, masih kelihatan lukisan² & lambang² kristian di siling..
 
Mohlah kita gerak..gerak² khas..

Monday, 11 December 2023

Turkiye 2023 | Bankalar Caddesi - Galata Tower

Merhaba...gunaydin Istanbul...

Hari terakhir di Istanbul, Rabu 18 Oktober 2023...semua aktiviti kena stop sebelum pukul 6 petang sebab dah book airport transfer pukul 6 petang, flight kami pukul 11.20 malam. Airport transfer 50 euro (RM250) dari hotel ke Istanbul Airport.

Aktiviti pertama pagi ni ialah ke Galata Tower. Dari Sultanahmet turun di Karakoy. Disebabkan kawasan ni berbukit, kami nak naik furnicular F2, kemudian berjalan turun bukit dari stesen Tunel ke Galata Tower. Tapi tak jumpa pula jalan ke stesen furnicular. Jumpa Bankalar Caddesi, ikut sini saja lah..

dah mula mendaki sikit ke Bankalar Caddesi
hujan renyai², suasana nampak suram je
 
Bankalar Caddesi
Istanbul's financial district of Empayar Uthmaniyah

Bankalar Caddesi (Banks Street), also known as Voyvoda Caddesi in the historic Galata quarter (present-day Karaköy) of the district of Beyoğlu (Pera) in Istanbul, was the financial centre of the late Ottoman Empire.  During the late Ottoman period, the most important banks, financial institutions and insurance companies had their headquarters here. These institutions included the Ottoman Central Bank (originally established as the Bank-ı Osmanî in 1856, and later reorganised as the Bank-ı Osmanî-i Şahane in 1863) and the Ottoman Stock Exchange (originally established in 1866).

Bangunan di sini nampak begitu gagah perkasa, kukuh dan berseni. Ada yang dah bertukar jadi hotel, muzium dan galeri. Salah satunya ialah the Bank Hotel, dibawah Mariott Bonvoy. 

Bila nampak Mariott Bonvoy, teringat kat blogger Carneyz. Rupa²nya Carneyz juga dah beli tiket ke Istanbul pada masa ni.


Mencari bangunan bank yang dijadikan muzium dan galeri - Salt Galata

dah sampai di Salt Galata, pak guard cakap tak buka lagi

Tak dapat masuk sebab dibuka pukul 11.00 pagi. Masa ni pukul 9.30 pagi. Meneruskan perjalanan ke Galata Tower.

jom ke Galata Kulesi

ikut tangga Camondo Stairs

Camondo Stairs ni dibina oleh Jewish banker, Abraham Salomon Camondo, salah seorang financial advisor kepada Empayar Uthmaniyah, sebagai jalan short-cut untuk anak-anaknya ke sekolah dan untuk dia pergi ke tempat kerja di Bankalar Caddesi. A unique mix of the Neo-Baroque and early Art Nouveau styles, was built in circa 1870–1880.

  tinggi juga mendaki tangga ni, almost 90 darjah..adehh..kemudian sambung pula mendaki ikut lorong ni..

curam juga bukitnya, ingatkan pedestrian walk, rupanya kenderaan pun boleh lalu di sini..adehh..rasa nak patah pinggang mendaki 90 darjah. Kakak saya surrender, dia berpatah balik..saya meneruskan perjalanan..rupanya dekat je, corner kiri dah sampai Galata Tower..

dah sampai
 
harga tiket 650 TL (RM123)
 
the tower
 
The Galata Tower, officially the Galata Tower Museum, is an old Genoese tower. Built as a watchtower at the highest point of the (lost) Walls of Galata, the tower is now an exhibition space and museum, and a symbol of Beyoğlu and Istanbul. In 1267 a Genoese colony was established in the Galata part of Constantinople. It was surrounded by walls and the Galata Tower was first built at their highest point as the Christea Turris (Tower of Christ) in Romanesque style in 1348 during an expansion of the colony. At that time, the Galata Tower was the tallest building in the city.
 
Kawasan di sekitar Galata Tower ialah rumah² kediaman (mostly apartment),   kedai runcit, kedai souvenir, bakery, cafe, hospital pun ada (small one)..
 
kedai runcit Migros Jet
 
berjalan semula ke sini untuk turun 
ke Bankalar Caddesi
 
berjalan menuju ke Karakoy tram station
 
Sampai di Sultanahmet, snap gambar kedai² lejen di sini, kedai yg dah berabad kewujudannya..
 
Pudding Shop
 
Hafiz Mustafa Haci Ismail
cawangan Sultanahmet

 Naik hotel, ingatkan check-out pukul 11.00 pagi, rupanya pukul 1.00 tengahari.
yeayy..ada masa lagi untuk meronda..jom keluar..kita pergi yang dekat² je..

Sunday, 10 December 2023

A Wedding and A Funeral

Assalamualaikum semua....

Selamat berhari minggu..

Kisah kenduri anak sepupu dan kematian sepupu yang paling tua..

Throwback ke tarikh 11.11...ada kenduri kahwin anak sepupu di Seksyen 3, Petaling Jaya Old Town. Punyalah lama tak jumpa sepupu ni, muka pun dah tak ingat. Last jumpa masa kecik-kecik dulu, masa sekolah rendah. Sepupu lelaki anak adik arwah ayah..

Kenduri buat depan rumah..

macam-macam lauk ada, jering masak lemak pun ada, 
ada pengat pisang juga
 
meja kuih-muih, dibawah khemah merah tu 
ada goreng pisang dan keropok lekor, goreng on the spot
panas-panas, ada cili kicap..terbaik..
 
Sepupu ni join caterer, supply kuih-muih, memang dari dulu berniaga kuih
 
kuih-kuih yang dia buat sendiri
 
bingka ubi kayu
 

seri muka
 
popia goreng
 
Pengacara majlis merangkap penyanyi
di belakang tu gerai cendol
 
ahli keluarga saya
 
pengantin baru
 
Semasa kenduri lah dapat jumpa saudara-mara yang dah lama tak jumpa..
 
------------------------------------------
 
Pada 5 Disember 2023, menerima perkhabaran sepupu tertua dah pergi mengadap Ilahi. Arwah sepupu yang kami panggil Bang Long ialah anak sulung arwah pakcik, abang pertama arwah ayah. Arwah pakcik ni panggil Pak We Man. Arwah Pak We Man ni, saya pun tak ingat pernah jumpa ke tak.. 

Arwah Bang Long meninggal di Hospital Taiping, dibawa ke rumahnya di Bukit Gantang..mak & kakak wakil keluarga pergi ziarah...mereka dah ada di kampung..di kuale..



Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...