Sunday, 10 December 2023

A Wedding and A Funeral

Assalamualaikum semua....

Selamat berhari minggu..

Kisah kenduri anak sepupu dan kematian sepupu yang paling tua..

Throwback ke tarikh 11.11...ada kenduri kahwin anak sepupu di Seksyen 3, Petaling Jaya Old Town. Punyalah lama tak jumpa sepupu ni, muka pun dah tak ingat. Last jumpa masa kecik-kecik dulu, masa sekolah rendah. Sepupu lelaki anak adik arwah ayah..

Kenduri buat depan rumah..

macam-macam lauk ada, jering masak lemak pun ada, 
ada pengat pisang juga
 
meja kuih-muih, dibawah khemah merah tu 
ada goreng pisang dan keropok lekor, goreng on the spot
panas-panas, ada cili kicap..terbaik..
 
Sepupu ni join caterer, supply kuih-muih, memang dari dulu berniaga kuih
 
kuih-kuih yang dia buat sendiri
 
bingka ubi kayu
 

seri muka
 
popia goreng
 
Pengacara majlis merangkap penyanyi
di belakang tu gerai cendol
 
ahli keluarga saya
 
pengantin baru
 
Semasa kenduri lah dapat jumpa saudara-mara yang dah lama tak jumpa..
 
------------------------------------------
 
Pada 5 Disember 2023, menerima perkhabaran sepupu tertua dah pergi mengadap Ilahi. Arwah sepupu yang kami panggil Bang Long ialah anak sulung arwah pakcik, abang pertama arwah ayah. Arwah pakcik ni panggil Pak We Man. Arwah Pak We Man ni, saya pun tak ingat pernah jumpa ke tak.. 

Arwah Bang Long meninggal di Hospital Taiping, dibawa ke rumahnya di Bukit Gantang..mak & kakak wakil keluarga pergi ziarah...mereka dah ada di kampung..di kuale..



Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...

12 comments:

  1. Selamat pengantin baru buat pengantin..cantik warna tema majlis, Al-fatihahbuat areah sepupu..

    ReplyDelete
  2. Sebut pengat pisang tiba-tiba kita rasa teringinlah pulak.
    Salam takziah buat keluarga arwah sepupu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...sedap pengat pisang..syukran Amie..

      Delete
  3. Selamat pengantin baru buat anak sepupu dan salam takziah atas kehilangan.

    ReplyDelete
  4. Selamat pengatin baru buat anak sepupu. Sedapnya kuih muih ada lauk jering jugak tu.

    Salam takziah. Moga rohnya Bang Long ditempatkan bersama mereka yg beriman.

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat anak sepupu yg bergelar raja sehari .. semoga ceria dan bahgia hingga ke syurga.. kuih2 tu elok manis je di simpan dalam bekas tu.. :D
    Salam Takziah kepada sepupu yg telah pergi mghadap ilahi semoga ditmptkan bersama para syuhada dan solehin amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran TT..bekas kuih yg menarik..elok ada cover..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!