Tuesday, 2 January 2024

Lunch di Daun Pisang Guys

Hola...vibe tahun baru ni lain sikit, rasa bersemangat je...hihi..

Cuti semalam buat apa? pergi mana?

Memandangkan berada di KL je cuti 3 hari lepas, kita pun pergilah mencuba restoran viral..Daun Pisang Guys di Taman Tun Dr Ismail..

Ramai pelanggan...Alhamdulillah, ada seat..

Almost full house..depan saya ni Riders dari Jemapoh
(ada tulisan kat belakang T-shirt depa) 
 
Jom tengok apa yang ada..
 
Daun Pisang Guys menyajikan masakan Melayu
 
 menu - ada pelbagai jenis lauk-pauk

bakar-bakar pun ada
 
diantara menu yang ada - udang cili dilanda todak
 
Mula-mula..ambik set daun pisang


Rupa paras set daun pisang
 
ada nasi putih, terung goreng crispy, jelatah, kentang goreng sambal, keropok ikan dan dua jenis sambal - sambal hijau & sambal merah
 
Kemudian order main dish. Tak nak order pun takpe
Saya order ikan kembung ketuk sambal cili mangga dan asam pedas tetel  
dan air - teh halia panas

permulaan
 
kuah kari ikan, kentang masak tumis kicap & masak lemak cili api
 
ikan kembung ketuk sambal cili mangga
 
disebabkan asam pedas tetel datang lambat
kita pun tambah nasi..hehe..
FOC untuk 1st time tambah

teh halia with biskut cream crackers
 
The verdict : sedappp...actually, ambik set tu saja pun ok tapi takde lauklah kan
makan sayur, kentang & kuah pun sedap
teh halia - terbaik..

dua² lauk tak habis makan, tapau, makan hari ni, for lunch tadi

Harga semua : RM33.75, oklah untuk 2 kali makan
 
Recomended guys..

Monday, 1 January 2024

Selamat Tahun Baru 2024

 

 Selamat tahun baru semua!
Alhamdulillah, diberi peluang untuk menghirup udara segar di tahun 2024.
semoga tahun ni baik-baik aja 
 

 Semoga kita istiqomah berusaha menjadi yang lebih baik
 
 Amiiin, amiin.Ya Robbalalamin..

Saturday, 30 December 2023

Cun-Cun Corner

 Dari Kampung Bharu, gerak ke Setapak

Nak pi makan kat tempat viral Cun-Cun Corner

Katanya ada 70 jenis lauk-pauk, jom pi tengok

Ramai orang

Tempat parking di belakang..

Tempat parking luas

View dari tempat parking

Macam² ada

diantara lauk-pauk yang ada

sedang membakar ikan

Ikan kembung bakar, sayur kangkung, terung sambal, air kosong 
harga RM10.50

Alhamdulillah..sedap masakannya..

Overall, tempat ok, parking mudah, tempat duduk banyak

Konsep foodcourt, ada pelbagai gerai-gerai lain
Mungkin buka petang/malam

#cutiKL