Tuesday 2 January 2024

Lunch di Daun Pisang Guys

Hola...vibe tahun baru ni lain sikit, rasa bersemangat je...hihi..

Cuti semalam buat apa? pergi mana?

Memandangkan berada di KL je cuti 3 hari lepas, kita pun pergilah mencuba restoran viral..Daun Pisang Guys di Taman Tun Dr Ismail..

Ramai pelanggan...Alhamdulillah, ada seat..

Almost full house..depan saya ni Riders dari Jemapoh
(ada tulisan kat belakang T-shirt depa) 
 
Jom tengok apa yang ada..
 
Daun Pisang Guys menyajikan masakan Melayu
 
 menu - ada pelbagai jenis lauk-pauk

bakar-bakar pun ada
 
diantara menu yang ada - udang cili dilanda todak
 
Mula-mula..ambik set daun pisang


Rupa paras set daun pisang
 
ada nasi putih, terung goreng crispy, jelatah, kentang goreng sambal, keropok ikan dan dua jenis sambal - sambal hijau & sambal merah
 
Kemudian order main dish. Tak nak order pun takpe
Saya order ikan kembung ketuk sambal cili mangga dan asam pedas tetel  
dan air - teh halia panas

permulaan
 
kuah kari ikan, kentang masak tumis kicap & masak lemak cili api
 
ikan kembung ketuk sambal cili mangga
 
disebabkan asam pedas tetel datang lambat
kita pun tambah nasi..hehe..
FOC untuk 1st time tambah

teh halia with biskut cream crackers
 
The verdict : sedappp...actually, ambik set tu saja pun ok tapi takde lauklah kan
makan sayur, kentang & kuah pun sedap
teh halia - terbaik..

dua² lauk tak habis makan, tapau, makan hari ni, for lunch tadi

Harga semua : RM33.75, oklah untuk 2 kali makan
 
Recomended guys..

26 comments:

  1. Wow... ikan kembung ketuk sambal cili mangga tu, adalah penyelera di bulan puasa. Kalau ada lauk tu, boleh tambah nasi. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, rasa masam pedas membangkit selera time puasa...

      Delete
  2. biskut cicah teh tu ada dlm menu jugak ke? rare betul... boleh tambah nasik putih lg tu pun rare... mmg x pernah sy jumpa kedai mcm ni lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. biskut tu takde dlm menu...yg order teh dapat biskut rasanya...betul, rare boleh tambah nasi, FOC..

      Delete
  3. nampak sedap nanti kalau pi ofis TTDI boleh la singgah

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. sy tak pernah jumpa lagi ni makan atas daun pisang lauk-pauk masakan melayu. Padanlah viral restorannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ni restoran pertama yg buat konsep mcm ni..

      Delete
  5. Nak pegi sini kena ajak org yg pnh pergi... Xd lah blur smbil tgok menu... Hihihi.. Tp sambal ketuk ikan kembung tu mmg terbaik lah.. Sedapnya.. Lama x makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah je nk order..hihi..sedap menu tu, kena order tu kalau dtg sini..

      Delete
  6. wah, betul2 makan atas daun pisang..

    ReplyDelete
  7. Ya ampun! Saya yang tengok ni rasa teringin pulak! Nampak sedap sangatlah.

    ReplyDelete
  8. Aiseh... teh halia dalam kole besi! Stylo!

    ReplyDelete
  9. Bila baca daun pisang terus teringat restoran bananabros atau restoran masakan india atas daun pisang tapi yg ni konsep daun pisang tapi masakan melayu la ye? Macam menarik je.

    ReplyDelete
  10. waduhhhhhh nak kena chobaaa juga nanti ni nyummm! hehe

    ReplyDelete
  11. aritu time pi area TTDI...mcm nmpk signage ni..penggemas nasi daun pisang pasti suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konsep restoran India, tapi masakan Melayu..

      Delete
  12. ingatkan kedai daun pisang jual makanan dari india. lupa yang orang melayu pun suka makan beralas daun pisang gini. asam pedas tetel favourite tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jarang ada restoran melayu yg guna daun pisang...yg ni rare sikit, buat kelainan...susah nak jumpa asam pedas tetel yg sedap..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!