Monday, 8 January 2024

Lempeng & Chapati

Assalamualaikum semua..

Haritu tengok kat tiktok, ada yang buat lempeng bawang @ lempeng cair...teringin pula...simple je bahan2 dia...tepung gandum, telur sebiji, bawang besar, daun bawang & garam.. 

bancuhan lempeng

dah siap - pajeon bawang & daun bawang
makan dengan kuah kari & cutney kelapa
lebihan dari beli tosei rava sebelum tu
 
tak best pula ada bawang ni, dah macam rasa telur dadar pula
 
---------------------------------------------------
 
Di satu petang, pi makan chapati di kedai tepi masjid di kawasan rumah - Irfan Chapati nama kedainya..
 

order chapati dengan sambal sardin
 
yummy..chapati cicah sambal sardin
 lembut chapatinya...sambal sardin secukup rasa
 
Rasa nak repeat makan chapati ni...nantilah..

Friday, 5 January 2024

Nasi Ayam Mak Chili

Salam Jumaat..

Masa cuti 3 hari sempena Krismas haritu, pergi makan nasi ayam di Nasi Ayam Mak Chili di Maxim Citylights, Sentul. Pengaruh Khairul Aming ni..tengok dia review nasi ayam ni di tik tok.

@ Blok C, Maxim Citylights
 
yeayy..tak berapa ramai pelanggan lagi..
 
working area dalam bilik sana
 
Ada banyak pilhan ayam..ada yang roasted, yang steamed, roasted + steam
teman pilih yang biasa je, yang ayam roasted
 
set nasi ayam + tauhu + taugeh + sirap laici
terlupa dah order taugeh kicap, terorder pula extra sayur (dalam mangkuk)
sayur sebenarnya ada dibawah ayam
 
Alhamdulillah, makan besar sebab tak makan sarapan
terus brunch
 
berkuah kicap
 
The verdict : Oklah rasanya..harga semua..RM31.70..

harga nasi ayam standard RM10.90
 
nak repeat?? entahlah...mungkin kot..

Thursday, 4 January 2024

Bok's Kito

Satu hari di hari Sabtu, teman ke Taman Tun Dr Ismail, nak pi restoran Meatlab-Menate, depa ada buat diskaun 50% sempena pembukaan outlet di TTDI. cari punya cari, jumpalah restoran tu tapi ramai sungguh pelanggan, kena tunggu lama. 

Tak jadi makan di sini, kita cari tempat lain. Jumpa restoran ni, depan balai bomba TTDI..namanya Bok's Kito..cantik pula tengok warna restoran ni dengan menara balai bomba..

Restoran Bok's Kito @ Jalan Tun Mohd Fuad 2

jual makanan pata timor..jomlah singgah..
 
macam-macam gulai ada
sweet je t-shirt belang-belang..
 
banyak pilihan

Order nasi kerabu ayam goreng

feveret nih

Ramai juga pelanggan non-Malay yang datang makan, ada mat saleh juga..