Friday, 12 January 2024

Osmanli OUD

Salam Jumaat..

Sahabat yang baik itu ibarat seorang penjual minyak wangi..seperti hadis Nabi berikut:

Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu  mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)] - sumber : www.muftiwp.gov.my

Benar sekali..seronok mampir di booth parfum mencuba minyak wangi serta-merta menjadi wangi. Menjelang tahun baru 2024, minyak wangi kebetulan habis...so misi mencari minyak wangi. Teman ni bukanlah jenis yang setia dengan satu brand.  Suka mencuba brand lain juga..

Kali ni mampir di booth parfum dari negara Turkiye Jenama Osmanli OUD...luxury scent of the empire...outlet di Sunway Putra Mall..

Outletnya di ruang legar sahaja, so bila lalu di sini, salesgirl tu akan bagi kertas yang disembur minyak wangi. Pertama kali lalu di sini, salesgirlnya orang Arab..kali kedua mampir, ada salesgirl Melayu...orang Kelantan..dialah yang entertain teman..

Tegap botolnya..corak uniform tentera Osmaniyyah..
 
Baru ku tahu OUD tu rupanya kayu gaharu
parfum yang ada OUD ni bau dia kuat sikit
 
nama² parfum ni ambik nama sultan², queen², bonda² sultan, putera mahkota, Kerajaan Osmaniyyah Turkiye..

tak tau nak describe bau²an..ada yang fruity, fresh, spicy, soapy, mewah
 
II. Mehmed the conqueror
 
Sultan Murad
 
Suleyman..uhuk²..
 
untuk perempuan pula
 
Mihrimah dan Hurrem

 mengimbau kenangan di Galata Tower
 
Galata Spirit
 
jenis Crown..cantik penutupnya
kerlass... 
 
 Yang ni dupe untuk Baccarat

Silver Garden & Blue Motion
harga RM300 sebotol
 
untuk hantaran - ada parfum, deodoran, body spray, hair spray
 
Terberkenan dua jenis..yang paling mur-mur...RM150 sebotol..
beli 2 dapat diskaun RM30..boleh refill, kalau nak try yang lain 
boleh refill bauan yang lain pula
 
Demirsah dan Ceyhan
 
Demirsah...lembut bauannya
 
Ceyhan..bau yang mewah..ala-ala perempuan kaya...hehe..
 
kepada yang mencari parfums, boleh cuba brand ni.. 
outlet lain ada di Lot 10 dan Wangsa Walk

Wednesday, 10 January 2024

Hadiah Top Commentator Blog Kait dan Lari

Assalamualaikum..

Hari Sabtu lepas, pergi ke Poslaju Segambut ambik barang. Sebab pada hari Jumaat, orang pos laju datang rumah, nak hantar barang tapi takde orang kat rumah, mak & kakak belum balik dari kampung.

Ambik hadiah dari blogger Nur dari blog Kait dan Lari sempena jadi one of the top commentators untuk tahun 2023 .Alhamdulillah, terima kasih Nur, dah 2 kali dapat hadiah dari Nur. 

Jom tengok hadiah apa yang teman dapat...jeng, jeng..

kalender Islami
 
hadiah utama - bantal sarung kait
three layers - warna lembut, I like it 💚
 
cantik..ada butang-butang comel
 
fridge magnet from Pangkor
gambar Masjid Seribu Doa @ Masjid Cina..
Alhamdulillah, dah pernah sampai masjid ni
 
dah dapat 2 bantal kait dari Nur, yang ni yang pertama
 
bantal burung hantu

 

Kepada Nur, thank you so much, really appreciate all gifts, semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan bahagia selalu..

Monday, 8 January 2024

Lempeng & Chapati

Assalamualaikum semua..

Haritu tengok kat tiktok, ada yang buat lempeng bawang @ lempeng cair...teringin pula...simple je bahan2 dia...tepung gandum, telur sebiji, bawang besar, daun bawang & garam.. 

bancuhan lempeng

dah siap - pajeon bawang & daun bawang
makan dengan kuah kari & cutney kelapa
lebihan dari beli tosei rava sebelum tu
 
tak best pula ada bawang ni, dah macam rasa telur dadar pula
 
---------------------------------------------------
 
Di satu petang, pi makan chapati di kedai tepi masjid di kawasan rumah - Irfan Chapati nama kedainya..
 

order chapati dengan sambal sardin
 
yummy..chapati cicah sambal sardin
 lembut chapatinya...sambal sardin secukup rasa
 
Rasa nak repeat makan chapati ni...nantilah..