Monday, 17 June 2024

Salam Aidil Adha 2024

 Assalamualaikum semua..

Di kesempatan ini, teman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 

kepada semua sahabat² blogger dan pembaca semua

"Semoga ibadah khusus di bulan mulia ini - ibadah haji dan ibadah qurban kita diterima Allah SWT"

Mengambil ibrah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dengan Nabi Ismail  sebagai tanda ketaatan tertinggi kepada Allah SWT

Terbaca satu penulisan di TikTok :

Setiap dari kita adalah Ibrahim dan Ibrahim memiliki "Ismail".

Ismailmu mungkin hartamu, Ismailmu mungkin pekerjaanmu, Ismaimu mungkin pangkatmu, Ismailmu mungkin orang yang kau sayang. Ismailmu adalah sesuatu yang kau sayangi dan kau pertahankan di dunia ini.

Nabi Ibrahim tidak diperintahkan Allah SWT untuk memyembelih Nabi Ismail anaknya, Nabi Ibrahim hanya diminta Allah SWT untuk membunuh rasa 'pemilikan" terhadap Nabi Ismail kerana hakikatnya semua adalah milik Allah SWT

Sekiranya bertembung perintah Allah dengan kehendak duniawi, maka korbankan kehendak duniawi demi melahirkan rasa taat kepada perintah Allah SWT..

Semoga kita semua kuat melaksanakan perintah Allah dengan ikhlas dan tawaduk

Friday, 14 June 2024

Yogyakarta : Keraton Istana

Sambung kembali kisah travel di hari ketiga...

Dari muzium kereta kuda, menyeberang jalan besar, berjalan menuju ke Istana Keraton, tempat tinggal Sri Sultan HBX dan keluarga. Setelah beli tiket, kami pun masuk ke kawasan istana. 

Tempat pertama yang ditemui sebelum entrance ke istana dinamakan 'Plataran Srimanganti' yang ada 2 bangunan seperti wakaf yang dipanggil 'bangsal'.

Bangsal Srimanganti
tempat untuk pementasan kesenian budaya Keraton Yogyakarta 
 
Malangnya semasa kami pergi, persembahan kesenian dihentikan kerana peralatan-peralatan sedang diperbaiki.

 
pekerja sedang membaiki peralatan gamelan
 
Bangsal Trajumas
tempat menyimpan benda pusaka milik Keraton Yogyakarata
 

 alat-alat muzik gamelan yang disimpan di bangsal ni

Selesai lawatan bahagian ni, bergerak masuk ke kawasan Plataran Kedhaton melalui entrance ni

masuk melalui pintu ni
 
Plataran Kedhaton merupakan kawasan utama di Keraton Yogyakarta. Di kawasan ini terdapat dua bangunan paling sakral iaitu Gedhong Prabayeksa dan Bangsal Kencana. Bangsal Kencana merupakan bangunan yang digunakan untuk menyelenggarakan upacara-upacara penting, manakala Gedhong Prabayeksa digunakan untuk menyimpan pusaka-pusaka utama Keraton Yogyakarta.
 
cantikk

Tak semua kawasan Kedhaton ni boleh dilawati, cuma 2 bangunan yang menempatkan muzium sahaja dibuka untuk pengunjung
 
salah satu bangunan muzium di Kedhaton

acara jamuan diraja
 
bergerak pula ke bangunan kedua

pekerja kedhaton dipanggil 'abdi dalem'
 
 "Ciri khas Abdi Dalem Keraton Yogyakarta terletak pada pakaian. Pakaian atau busana khas Abdi Dalem disebut peranakan. Peranakan berasal dari kata ‘diper-anak-kan’. Artinya menjadi Abdi Dalem akan dianggap seolah-olah satu saudara yang dilahirkan dari seorang ibu. Semua Abdi Dalem pakaiannya sama dan menjalankan tugas tanpa mengenakan alas kaki. Selain itu, Abdi Dalem wanita tidak boleh memakai perhiasan. Semua ini bertujuan untuk meniadakan perbedaan antara si miskin dan si kaya, sehingga semua Abdi Dalem setara kedudukannya. Di samping itu, di dalam keraton, Abdi Dalem dipanggil dengan sebutan “kanca” yang berarti teman atau saudara"
 
seorang 'abdi dalem' berpakaian lengkap
mereka memang tidak memakai alas kaki (kasut)
sudah adatnya sebegitu
 
makmal konservasi
 
bergerak ke bangunan muzium yang memaparkan pakaian dan adat istiadat diraja dan budaya Yogyakarta

bangunan muzium

 
Jogja sebagai 'kota batik'
 
Adat istiadat perkahwinan diraja

replica pasangan pengantin diraja
 
tatacara pernikahan dalam bahasa Jawa

proses tantingan
bapa meminta persetujuan anak perempuan untuk 
dinikahkan dengan pria yang meminang
 
Selesai lawatan bangunan ni, dah takde tempat nak gi
kembali ke kawasan lapang Plataran Kedhaton

Bangsal Kencana
 
Gedhong Prabayeksa
 
Selesai muter-muter, berfoto-foto di Plataran Kedhaton, kami pun bergerak keluar dari kawasan Keraton. Bercadang meneruskan aktiviti dengan melawat Tamansari pula. Disebabkan Tamansari terletak agak jauh juga, kita naik beca motor..

Best juga naik beca motor, berangin je..sebelum ke Tamansari, bapak beca bawa melawat butik batik dan pusat kaos (t-shirt)..

Bersambung...Butik Batik Pramugari..

Thursday, 13 June 2024

50 tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China

Assalamualaikum..jom citer sejarah..

Tanggal 29 Mei 2024, genaplah 50 tahun hubungan diplomatik diantara negara Malaysia dengan negara China. Sebelum tu, Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan China disebabkan China sokong Parti Komunis Malaya..

Bila Tun Razak jadi Perdana Menteri pada tahun 1970, beliau perkenalkan konsep Zone of Peace, Freedom and Neutrality (Zofpan) dan mengambil langkah neutral untuk mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua negara (kecuali Israel lah kan).

Melewati lounge di pejabat, ternampak buku table yang dwi warna ni..menarik...oo..rupanya sisipan akhbar The Edge khas untuk memperingati 50 tahun hubungan diplomatik dengan negara China.

Sisipan akhbar The Edge
 
cantik kulit buku ni
 

Bila diselak-selak, menarik buku ni..menceritakan kronologi dan milestone untuk mewujudkan hubungan dengan negara China. Penceritaan setiap 1 dekad (10 tahun) pencapaian dalam pelbagai bidang..government, corporate, industri, financial, sports, e-commerce..

titik permulaan..jabat tangan yang bersejarah..
Tun Razak dan Mao Zedong 
 
top gun di era 2000-2020
China ada 2 leader - Paramount Leader and Premier Leader
 

 Suka tengok our mantan perdana menteri terutama Tun M, muda nya..hensem..

hensem our PM (Jun 1993)

terkini
 
Milestone terkini diantara Malaysia-China ialah visa-free travel ke China for Malaysian citizens dilanjutkan sehingga akhir tahun 2025..yeayy..
 
jom pi China..