Monday, 17 June 2024

Salam Aidil Adha 2024

 Assalamualaikum semua..

Di kesempatan ini, teman ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 

kepada semua sahabat² blogger dan pembaca semua

"Semoga ibadah khusus di bulan mulia ini - ibadah haji dan ibadah qurban kita diterima Allah SWT"

Mengambil ibrah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dengan Nabi Ismail  sebagai tanda ketaatan tertinggi kepada Allah SWT

Terbaca satu penulisan di TikTok :

Setiap dari kita adalah Ibrahim dan Ibrahim memiliki "Ismail".

Ismailmu mungkin hartamu, Ismailmu mungkin pekerjaanmu, Ismaimu mungkin pangkatmu, Ismailmu mungkin orang yang kau sayang. Ismailmu adalah sesuatu yang kau sayangi dan kau pertahankan di dunia ini.

Nabi Ibrahim tidak diperintahkan Allah SWT untuk memyembelih Nabi Ismail anaknya, Nabi Ibrahim hanya diminta Allah SWT untuk membunuh rasa 'pemilikan" terhadap Nabi Ismail kerana hakikatnya semua adalah milik Allah SWT

Sekiranya bertembung perintah Allah dengan kehendak duniawi, maka korbankan kehendak duniawi demi melahirkan rasa taat kepada perintah Allah SWT..

Semoga kita semua kuat melaksanakan perintah Allah dengan ikhlas dan tawaduk

20 comments:

  1. Hai awak. Salam kenal. Saya singgah baca entry dan komen yaa. Selamat hari rayaaaa ! Saya follow sini :) Jemput singgah blog sayaa. Hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam aidiladha.. Smoga pengorbanan kita diterima olehNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin2...salam aidiladha utk saudara sekeluarga..

      Delete
  3. Waalaikumsalam. Salam Aidil Adha

    ReplyDelete
  4. Oih! Level-level Mark Zuckerberg nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nih komen utk entry kpg taman..ya, founder facebook pernah ke sana..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!