Wednesday, 10 July 2024

WW #32 : Yuzu Honey Sofuto

 Ku sangka panas hingga ke petang

rupanya hujan di tengahari

walaupun hujan lebat, tetap juga nak makan aiskrim

Yuzu Honey Sofuto @ Family Mart, Wisma UOA II
 
soft ice-cream, not too sweet, not too cold, just nice..
 
dessert, sementara tunggu hujan berenti

Sunday, 7 July 2024

Merewang & Kenduri Rakyat

Assalamualaikum..salam Maal Hijrah..

Kisah selepas Hari Raya Haji..hari Sabtu, 22.6, ada kenduri masak daging korban. Daging² korban disejukbekukan sebab lembu & kambing disembelih pada hari Selasa. Hari bekerja. Proses penyembelihan dibuat di ladang ternakan lembu di Gombak.

So, hari Sabtu, kita buat majlis sumbangan daging korban dan kenduri rakyat. Masak sendiri lauk² kenduri, so kenalah merewang..dah lama tak merewang..excited²..

Ada 3 menu utama - daging masak black pepper, sup tulang/gear box dan gulai kari kambing. Nasi putih ada yang volunteer masak di rumah. Yang lain ulam-ulaman, sambal belacan, buah tembikai dan air sarsi..

team sup gear box
 
team daging black pepper
 
 
team potong daging
 
team potong tulang
 
kemeriahan merewang
 
chef sup tulang & gear box
 
start masak daging black pepper
daging dah dilembutkan guna pressure cooker
 
dah siap daging black pepper
 
ulaman timun, sambal belacan dan buah tembikai
 
masa untuk makan!!
 

Masa ni kari kambing belum siap lagi

Alhamdulillah...sedap² semua menu..
 
Ada lebih, tapau bawa balik..

Salam Maal Hijrah 1446H

 


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah
Salam Awal Muharam