Salam Jumaat..
Sambung cerita gi kenduri di bulan Ogos..kenduri pada 24.08.24 di Bagan Lalang, Sepang..
Jauh perjalanan..lalu tepi KLIA dan Sepang International Circuit...nampak kapalterbang nak landing, tak sempat nak snap gambo...
Kenduri di Camar Laut Resort, pusat latihan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia)..dekat dengan pantai Bagan Lalang..
the venue
Alhamdulillah, ada dua banquet hidangan, di dalam dan diluar dewan
kita pergi yang dalam dewan, gather² dengan kawan² kakak
menu nasi biasa je, ayam masak merah, daging masak hitam
cuma ada tambahan masak lemak nenas ikan masin
dessert table pula. yang ni menarik..
meriah dengan kuih-muih tradisional, kuih moden, jajan & hiasan
sedap² kuih-muih nya
makan di meja diluar di bahagian tepi dewan
diatas meja ada dihidang sebekas kuih tausa piang
dessert pilihan hati
brownies, mini burnt cheese cake, cheese tart, sepotong buah oren
kita tengok pula menu dessert di khemah di luar
Ada juga outlet ais krim dan keropok lekor
Puas hati betul kenduri macam ni, macam² ada..
Alhamdulillah...berbaloi datang dari jauh..
terima kasih tuan rumah