Saturday, 21 September 2024

Makan-Makan pada 30.08-01.09

Kisah makan-makan di akhir bulan Ogos dan 1 September 2024....

Jumaat, 30.08.24 (my birthday!!)

Jalan-jalan di Pavilion selepas kerja. Singgah makan di KyoChon, celebratelah konon..hihi..dah ada logo halal, kita pun melangkah dengan yakin..

8-pieces wingette & drumette, japchae & iced lemon tea
ayam tu mix Soy Garlic & Red Pepper
pedas dohh..perisa Red Pepper

 

Sabtu 31.08.24 (Merdeka Day!!)

Belanja kakak & bonda makan di Cun-Cun Corner, Setapak..nak cari ikan bakar...full house, pelanggan datang dan pergi silih berganti...ramai sungguh..

Bagus konsep di sini..ambik gambar makanan untuk mudah tuan kedai kira harga..nak beratur panjang bebenor, nak kira di meja, tak terlayan tuan kedai...kita dah tak sabo nak makan..

ikan pari bakar, ulam jantung pisang, sayur nangka, sambal tumis udang

ikan talapia, ulam bendi, sayur 2 jenis, sambal bilis petai
 
rambang mata tengok banyak betul menu sayur
 
Alhamdulillah..

Ahad 01.09.24 

Shopping-shopping with Bonda, cari tudung di Jalan TAR, singgah makan di food garden Tingkat 6 Sogo KL, tengok ada sales sempena Merdeka Day..

breakfast for me, tea time for Bonda
 
nasi lemak, mantou with sambal bilis & teh tarik
 
sedap nasi lemaknya
 
beli di gerai Mee Celup Sri Nara
 
Alhamdulillah..

Friday, 20 September 2024

Panduan Kusyuk Dalam Solat

Salam Jumaat..sayyidul ayyam..

Firman Allah SWT:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ (1) الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ (2
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
(Surah al-Mu’minun: 1-2)


 Semoga bermanfaat...

Thursday, 19 September 2024

Balai Polis Trafik PJ | Ais Jendela | Service Centre

Selasa, 17 September 2024

Office teman cuti hari ni, orang kerajaan dah mula kerja. So, agenda hari ini ialah menyelesaikan hal kereta yang kena langgar pada 04.09.24. Kembali semula ke balai polis trafik PJ untuk ambik keputusan siasatan kemalangan. 

Alhamdulillah, kereta dah dapat pada hari Selasa, 10.09.24. Hantar baiki di service centre pada hari Khamis, 05.09.24.

bertemu kembali
 
Bagaimana rupanya laporan siasatan polis? Maklumlah pertama kali kena langgar, kita abadikanlah di dalam blog buat kenang-kenangan..hihi..semoga ini yang pertama dan terakhir..amiin²..

 
oo..bila kita langgar kenderaan orang, kita kena saman RM300 ya
 
gambar kenderaan yang kena langgar
 

ada gambarajah lokasi kejadian

Laporan siasatan ada 4 mukasurat semuanya, satu page lagi ialah salinan sah laporan polis..kena bayar RM14..

Alhamdulillah, dah selesai, jom gi makan dulu sebelum balik KL..
singgah di sini, depan tempat parking je...
 
kita makan dulu
 
Makan tengahari di sini..makan nasi campur..

makan di gerai ni
 
Masa tengah makan, ternampak ini pula
 
 
Ais jendela?? curiosity killed the cat, jom order
 
perghh...gelas besar..
 
ais jendela ni ialah air kelapa + sirap + selasih
 rasanya..cam pelik sikit, not my taste..huhu..
 
harga?? x tahu sebab ada orang tolong bayarkan
siapakah orang itu?? misteri nusantara..jeng, jeng..
 
orang itu ialah..
pompuan yang pakai baju merah, tudung biru dalam gambar di atas
terima kasih orang baik..
Alhamdulillah, rezeki dari sumber yang tidak disangka
first time stranger tolong bayar..terharu teman..
 
Dah makan, jom gerak balik KL..ke service centre pula
untuk hantar laporan siasatan..
 
bengkel body & paint Honda di Wangsa Maju

Alhamdulillah, semoga urusan claim insurance berjalan lancar
lecehkan bila terjadi perkara macam ni..ke sana ke sini..settlekan urusan
tapi oklah timba pengalaman

Hati-hati di jalan raya