Thursday 19 September 2024

Balai Polis Trafik PJ | Ais Jendela | Service Centre

Selasa, 17 September 2024

Office teman cuti hari ni, orang kerajaan dah mula kerja. So, agenda hari ini ialah menyelesaikan hal kereta yang kena langgar pada 04.09.24. Kembali semula ke balai polis trafik PJ untuk ambik keputusan siasatan kemalangan. 

Alhamdulillah, kereta dah dapat pada hari Selasa, 10.09.24. Hantar baiki di service centre pada hari Khamis, 05.09.24.

bertemu kembali
 
Bagaimana rupanya laporan siasatan polis? Maklumlah pertama kali kena langgar, kita abadikanlah di dalam blog buat kenang-kenangan..hihi..semoga ini yang pertama dan terakhir..amiin²..

 
oo..bila kita langgar kenderaan orang, kita kena saman RM300 ya
 
gambar kenderaan yang kena langgar
 

ada gambarajah lokasi kejadian

Laporan siasatan ada 4 mukasurat semuanya, satu page lagi ialah salinan sah laporan polis..kena bayar RM14..

Alhamdulillah, dah selesai, jom gi makan dulu sebelum balik KL..
singgah di sini, depan tempat parking je...
 
kita makan dulu
 
Makan tengahari di sini..makan nasi campur..

makan di gerai ni
 
Masa tengah makan, ternampak ini pula
 
 
Ais jendela?? curiosity killed the cat, jom order
 
perghh...gelas besar..
 
ais jendela ni ialah air kelapa + sirap + selasih
 rasanya..cam pelik sikit, not my taste..huhu..
 
harga?? x tahu sebab ada orang tolong bayarkan
siapakah orang itu?? misteri nusantara..jeng, jeng..
 
orang itu ialah..
pompuan yang pakai baju merah, tudung biru dalam gambar di atas
terima kasih orang baik..
Alhamdulillah, rezeki dari sumber yang tidak disangka
first time stranger tolong bayar..terharu teman..
 
Dah makan, jom gerak balik KL..ke service centre pula
untuk hantar laporan siasatan..
 
bengkel body & paint Honda di Wangsa Maju

Alhamdulillah, semoga urusan claim insurance berjalan lancar
lecehkan bila terjadi perkara macam ni..ke sana ke sini..settlekan urusan
tapi oklah timba pengalaman

Hati-hati di jalan raya

4 comments:

  1. Hahaha.. bagus pulak idea dia ganti nama tingkap dengan jendela. baiknya hati tukang bayo. Alhamdulillah, selesai urusan di balai polis yg mencabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..ais tingkap yg femes di Penang tu..x sangka ada stranger nk bayo, kejutan manis...time consuming betul urus hal kena langgar ni..semoga selesai semuanya..

      Delete
  2. Akhirnya selesai juga urusan yang satu ni kan. Banyak benda baru yang baru tahu. Harap tak berlaku lagilah. Alhamdulillah..rezeki orang belanja.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah dapat keputusan kes kena langgar tu. Kiteorang pun pernah kena langgar gara-gara berhenti di bahu jalan tolong call 994 sbb ada kemalangan depan mata. Orang tu langgar belakang kereta kiteorang betul2 depan pegawai polis trafik yang dah sampai di tempat kejadian tu. Terus dia dapat saman on the spot. Tapi sebab dia pakcik tua bawak kereta buruk, tak sampai hati pulak nak mintak ganti rugi, so kiteorang pakai insurans kereta sendiri untuk repair belakang kereta yg remuk.

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!