Monday, 6 January 2025

Kunming, China - Masjid Shuncheng

Masih lagi di hari pertama di Kunming, China..jalan2 di sekitar kawasan Masjid Shuncheng..

Kunming Shuncheng Street Mosque was first built in the first year of Hongxi (1425) of Ming Dynasty(1368-1644) and was rebuilt and enlarged for many times in Qing Dynasty(1644-1911). The existing masjid covers an area of 10,000 square meters.

pintu masuk ke masjid
 
pintu masuk di sebelah tepi, dari Jingguo Street
 
senibina cina
 

 
kawasan Masjid Shuncheng
 
Masa ni masih pagi, dewan solat utama tidak dibuka.
 
perincian tingkap
 
dari pintu masuk utama
 
dah snap photo, keluar lawat kedai-kedai di luar bangunan masjid

kedai di sebelah kiri pintu gerbang utama masjid
 
di sini kedai-kedai menjual makanan, kuih-muih dan ada juga kedai pakaian
 
kedai ayam goreng

kedai pau

pelbagai jenis pau

kedai pakaian muslimah
 
berjalan ke sebelah kanan pula, ada kedai jual pastry, roti, nasi campur, kebab, mi tarik, jual ayam & daging

singgah kedai ni

halal flower cakes - signature dish wilayah Yunnan
bun manis inti bunga - yg inti kelopak bunga mawar

raojimou - burger cina

kedai mi tarik dan gril-grill
 
Jom tengok kedai nasi campur yang selalu lalu-lalang di tiktok 

kedai nasi campur (belah kiri), yang depan tu kedai ayam/daging
 
ramai pelanggan di kedai nasi campur, banyak menunya
 
 
 juadah yang dijual
 
 Bila tengok ramai sangat pelanggannya, tak jadi makan nasi campur
kita makan mi tarik

  tudia ramainya
 
 mi tarik beli di sini, dalam kedai yang sama
  
authentic mi tarik cina muslim..enakk..
harga 13 CNY = RM8.45
 
 Hari Ahad, 27 Oktober, kami makan nasi campur di kedai ni

makan guna chopsticks...bertabahlah..

Sepanjang di Kunming, banyak kali jugalah makan di kawasan Masjid Shuncheng
harga reasonable, rasa kena dengan selera..Alhamdulillah..

Lepas makan, kembali ke hotel, sambung rehat..aktiviti di petang hari pula..

Friday, 3 January 2025

Kunming, China - Day 1

Assalamualaikum...salam Jumaat..

Alhamdulillah, diberi Allah kesempatan untuk hidup di tahun baharu masehi 2025..kita mulakan entry tahun baru dengan kisah travel backpack ke daerah Yunnan, China selama 8 hari 7 malam, dari 21 - 28 Oktober 2024.

 daerah Yunnan, China

Kenapa daerah Yunnan ni istimewa menurutku? sebab Gabenor pertamanya ialah orang Islam.

Sayyid Ajall Shams al-Din Omar al-Bukhari

Gabenor pertama daerah Yunnan yang dilantik oleh Kublai Khan - Emperor pertama Dinasti Yuan. Bapa Pembangunan. Bapa Penyatuan Konflik. Boleh baca kisah dan jasa Sayyid Ajall dalam memajukan daerah Yunnan di wikipedia. Besar jasa beliau dalam menyebarkan agama Islam di daerah Yunnan.

------------------------------------

Berbalik kepada travel kami di daerah Yunnan. Travel ke daerah Yunnan ni meletup-letup di tiktok. Ramai betul yang share, so kita pun teringin nak gi...hihi..

Dah lama decide nak travel ke sini, tapi akhir bulan September, baru beli tiket kapalterbang. Buat preparation dalam masa sebulan, merancang perjalanan. Download apps semua, maklumlah China ni kan negara terpaling "çashless". Last travel ke China pada tahun 2017, pergi Beijing, dulu era analog, sekarang zaman digital, dulu lain, sekarang lain..

 

Apps untuk travel ke China

App WeChat tak dapat go through sebab download guna nombor telefon negara luar kena ada introducer WeChat user. Tapi kalau guna nombor telefon China, boleh download freely.

Perjalanan kami di Yunnan bermula di Kunming, kendian ke Lijiang, one-day trip ke ShangriLa, then kembali ke Lijiang, turun ke Dali sebelum ke Kunming semula. Bila dah finalise perjalanan, beli tiket keretapi dan book hotel melalui apps Trip.com.

Kali ni kami naik Batik Air ke Kunming, China. Pertama kali nak Batik Air untuk penerbangan antarabangsa. Alhamdulillah, condition dalam kapalterbang ok walaupun banyak complaint tentang airlines ni.

Perjalanan dari KLIA Terminal 1 ke Changsui International Airport Kunming mengambil masa lebih kurang 4 jam 22 minit. Alhamdulillah, smooth flight..

isi arrival card di Changsui International Airport
rakyat Malaysia masih lagi enjoy visa-free ke China 

Immigresen China ni bagus, siap record arahan dalam Bahasa Melayu
untuk ambik cap jari biometrik
 

arrival hall di Changsui International Airport Kunming
cantik airportnya
 
untuk ke Kunming city centre, kami menaiki metro
di Malaysia dah download apps Alipay, so kita guna sub-app 'Transport'
untuk imbas di tiang masuk ke kawasan metro
mudah, takyah beli tiket, link Alipay dengan kad debit bank Malaysia
 
metro di Kunming Airport
 
cantik metro China
 
Dari Kunming Aiport, turun di East Coast Station, kendian naik metro Line 3 ke Wuyi Road station. Hotel yang kami book dekat dengan Exit B Wuyi Road station. 
 
Exit B of Wuyi Station metro station
 
Kami booked satu malam di Hotel City Comfort Inn, di sebelah Shuncheng Street.
 
Hotel City Comfort Inn, yang tulisan hijau  
 
nampak kecik je hotelnya..tapi..

perghh...panjang lorongnya
ada 3-4 lorong macam ni
 
reception area
 
discussion area dekat reception

ok, jom tengok bilik hotel
 
bilik besar, standard facilities
 
bilik air pun ok, standard facilities

 Puas hati, harga semalam RM
111.98, booked via Trip.com
 
Dah siap freshen up, kami pun keluar ke kawasan Masjid Shuncheng. Cari makan.
 
Shuncheng Street, nak ke Masjid Shuncheng shortcut
dalam bangunan ni
 
restoran halal di Shuncheng Street
 
lambang halal di China
 
bakeri halal di bangunan depan Masjid Shuncheng
 
company ejen hartanah..hihi..
 
kedai-kedai halal di kawasan Masjid Shuncheng
 
tugu di kawasan Masjid Shuncheng
 
oklah, sambung citer di kawasan Masjid Shuncheng di next entry

Wednesday, 1 January 2025

Bulan Rejab 1446H dan Tahun Baharu 2025

 

Selamat Menyambut Bulan Rejab 1446 

Selamat Tahun Baharu 2025

 

Segala cabaran dan ujian dtempuh dengan sabar

- carpe diem -