Assalamualaikum...salam Jumaat..
Alhamdulillah, diberi Allah kesempatan untuk hidup di tahun baharu masehi 2025..kita mulakan entry tahun baru dengan kisah travel backpack ke daerah Yunnan, China selama 8 hari 7 malam, dari 21 - 28 Oktober 2024.
Kenapa daerah Yunnan ni istimewa menurutku? sebab Gabenor pertamanya ialah orang Islam.
Sayyid Ajall Shams al-Din Omar al-Bukhari
Gabenor pertama daerah Yunnan yang dilantik oleh Kublai Khan - Emperor pertama Dinasti Yuan. Bapa Pembangunan. Bapa Penyatuan Konflik. Boleh baca kisah dan jasa Sayyid Ajall dalam memajukan daerah Yunnan di wikipedia. Besar jasa beliau dalam menyebarkan agama Islam di daerah Yunnan.
------------------------------------
Berbalik kepada travel kami di daerah Yunnan. Travel ke daerah Yunnan ni meletup-letup di tiktok. Ramai betul yang share, so kita pun teringin nak gi...hihi..
Dah lama decide nak travel ke sini, tapi akhir bulan September, baru beli tiket kapalterbang. Buat preparation dalam masa sebulan, merancang perjalanan. Download apps semua, maklumlah China ni kan negara terpaling "çashless". Last travel ke China pada tahun 2017, pergi Beijing, dulu era analog, sekarang zaman digital, dulu lain, sekarang lain..
App WeChat tak dapat go through sebab download guna nombor telefon negara luar kena ada introducer WeChat user. Tapi kalau guna nombor telefon China, boleh download freely.
Perjalanan kami di Yunnan bermula di Kunming, kendian ke Lijiang, one-day trip ke ShangriLa, then kembali ke Lijiang, turun ke Dali sebelum ke Kunming semula. Bila dah finalise perjalanan, beli tiket keretapi dan book hotel melalui apps Trip.com.
Kali ni kami naik Batik Air ke Kunming, China. Pertama kali nak Batik Air untuk penerbangan antarabangsa. Alhamdulillah, condition dalam kapalterbang ok walaupun banyak complaint tentang airlines ni.
Perjalanan dari KLIA Terminal 1 ke Changsui International Airport Kunming mengambil masa lebih kurang 4 jam 22 minit. Alhamdulillah, smooth flight..
Kagum sy bab rakam arahan dlm BM tu. Maknanya org Msia Melayu mmg ramai ke sana, kan. Sy cuma pernah makan di Rest Yunan kat Msia aje, hihi.
ReplyDeletebagus imigresen China, bersiap sedia dgn BM...tak gi lg Restoran Yunnan...hihi..
DeleteSaya terkejut dan rasa lucu masa dengar arahan BM di imi Guangzhou 😄. Canggih teknologi sana, arahan bahasa berubah ikut negara asal kita.
ReplyDeleteLaluan ke bilik, panjang gitu...mau tiap kali keluar/masuk tercari-cari mana satu arah bilik 😅
mula-mula dgr tu rasa pelik jg, ada bahasa melayu...bagus mcm ni, takyah lah depa nak bagi arahan..
Deletebetul, pertama kali mmg sesat gak, mana satu lorong ke bilik...
Wahh best nya pergi China. Panjang betul hallway tu. Bestnya banyak kedai halal area Masjid Shuncheng. Canggih betul di sana, auto tukar ke bahasa kita ya.
ReplyDeleteseronok duduk area masjid, banyak kedai halal...imigresen tu tgk pasport kita, terus tekan bahasa melayu...nmpk kecik je hotel, tapi panjang rupanya..
DeleteSejak visa free ni belum lagi jejak China.. dulu susah payah buat visa rajin pulak pergi banyak kali..
ReplyDeleteleceh kan nak apply visa, mcm2 kena sediakan...sementara masih free, rasa nak pi China je..
DeleteWaalaikumussalam, salam Jumaat.
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok baca kisah travel kamu ke Yunnan. Perjalanan 8 hari 7 malam pasti banyak pengalaman menarik.
Alhamdulillah...daerah Yunnan yg banyak sejarah..pelbagai etnik..
DeleteRamai yang dah travel ke Kunming..kebanyakkan cerita banyak tempat halal kat sini...kena masuk dalam wishlist ni..ntah bila nak sampai China lagi
ReplyDeleteramai yg kongsi kt Tiktok...mmg senang nak dapat makanan halal..ramai Muslim di sana..
DeleteTerima kasih berkongsi cerita, say suka baca cerita travel. Nampak ramai kawan2 saya ke Kunming, mesti banyak yang menarik di sini.
ReplyDeletebetul, ramai dah travel ke Kunming...hot spot..
Deletewahhh seronoknya bila travel ada tempat yg byk tmpt halal ni.. moga ada rezeki blh ke sana juga nti.. salam tahun baru 2025! :)
ReplyDeleteSalam tahun baru Anamizu...seronok, byk pilihan makanan halal...InsyaaAllah, semoga sampai disini..travel di China ni x brp mahal sgt..
DeleteMajunya negara dia orang. Metro yang cantik, dan banyak yang cashless. Kena buat banyak homework jugak, yek, sebelum pergi. Simbol halal pun bahasa cina.
ReplyDeleteChina antara negara yg paling maju teknologinya...kalau gi backpack, mmg kena byk buat homework...hehe..
DeleteTerima kasih kongsi banyak info travel ke Yunnan. Memang target hendak ke sini tapi tak tahu bila.
ReplyDeletesama2..dpt info dr internet & tiktok....InshaaAllah, akan sampai jg ke sana..
Delete