Kisah di akhir bulan November 2024...
Terbang ke Kuala Terengganu untuk site inspection shopping complex yang baru dibuka..hehe..tapi masa ni belum buka lagi. Flight hari Jumaat, pukul 10.20 pagi dari KLIA 2..
Dari airport, ambik grab ke bandar KT...mulanya nak pi makan nasi kerabu Fauzi, tapi memandangkan angin bertiup agak kuat, driver grab tu bagi cadangan makan di restoran Singgang Budu..sebab binaannya lebih kukuh...haha..tapi memang betul, angin kuat..sepanjang jalan, tengok ombak laut menggila..takutnya..
Restoran Singgang Budu di Jalan Sultan Zainal Abidin
makan nasi campur, banyak pilihan..
ok, jom tengok lauk-pauk, meleleh ailio..hehe..
ikan berlado, goreng-goreng
singgang ikan & singgang sotong
first round - makan tengahari
nasi putih, singgang sotong & sayur singgang sotong
kawan pula pilih yang ni
Dah masuk waktu Zohor dan kedai ditutup untuk solat Jumaat
tapi pelanggang perempuan masih duduk-duduk dalam kedai
termasuk kami berdua, angin bertiup kuat..sangat menakutkan..
2nd round - ratah-ratah lobster
Bila buka je penutup plastik, terus ambik losbter
small lobster, kepala besar oklah, nak merasa
2 ekor lobster = RM35
Alhamdulillah, dah selesai makan, bergerak untuk check-in hotel
Hotel Grand Puteri