Kisah di akhir bulan November 2024...
Terbang ke Kuala Terengganu untuk site inspection shopping complex yang baru dibuka..hehe..tapi masa ni belum buka lagi. Flight hari Jumaat, pukul 10.20 pagi dari KLIA 2..
Dari airport, ambik grab ke bandar KT...mulanya nak pi makan nasi kerabu Fauzi, tapi memandangkan angin bertiup agak kuat, driver grab tu bagi cadangan makan di restoran Singgang Budu..sebab binaannya lebih kukuh...haha..tapi memang betul, angin kuat..sepanjang jalan, tengok ombak laut menggila..takutnya..
Restoran Singgang Budu di Jalan Sultan Zainal Abidin
makan nasi campur, banyak pilihan..
ok, jom tengok lauk-pauk, meleleh ailio..hehe..
first round - makan tengahari
singgang sotong
kawan pula pilih yang ni
Dah masuk waktu Zohor dan kedai ditutup untuk solat Jumaat
tapi pelanggang perempuan masih duduk-duduk dalam kedai
termasuk kami berdua, angin bertiup kuat..sangat menakutkan..
2nd round - ratah-ratah lobster
Bila buka je penutup plastik, terus ambik losbter
oklah, nak merasa
Hotel Grand Puteri
waaahhh lobster! singgang daging sedapnyaaa!
ReplyDeleteSedapnya menu singgang sotong, singgah daging, perut tembusu bakar tu.....perghhh..kalau dapat ni...meratah je la SA..eh murah plak lobster tu...
ReplyDeleteWah, tak pernah pula jumpa kedai nasi campur ada lobster. Kalau saya pun, mesti ambik. :)
ReplyDeleteAda shopping complex baru nak buka di KT ye, kak. Suka la budak Amirul ni. Dia kalu rajin, ramai-ramai pi KT dari Dungun.
Singgang sotong pun ada rupanya…
ReplyDeleteMenarik restoran Singgang Budu ni, banyak sungguh pilihannya.
memang mewah makanan sedap di sini
ReplyDelete