Thursday, 23 January 2025

Lijiang, China : Mencari Hotel di Old Town

Nihao...jom sambung kisah travel di Lijiang pula...

Di sini kami tinggal di Old Town, seperti kebanyakan pelancong yang datang ke Lijiang.

Lijiang Old Town, is a well-preserved ancient town for Naxi ethnic group. Old Town of Lijiang was listed as UNESCO World Heritage Site in 1997, including Dayan Old Town, Shuhe Old Town and Baisha Old Town. The architecture in the whole town is a little different than most parts of China as it reflects the local Naxi style. Lijiang Old Town features wide cobbled streets ambling over stone bridges and waterwheel-driven canals and lined with shops, small family-run hotels and hostels, cafes and bars.

Hotel kami di Dayan Old Town. Disebabkan kawasannya luas dan berbukit, kami pilih hotel berdekatan dengan jalan utama dan South Gate. Teksi dari stesen keretapi Lijiang berhenti depan South Gate. Tambang teksi standard 30 yuan.

Bermulalah acara tarik beg menuju ke jalan masuk ke arah hotel. Jauh jugalah kena menapak, jalan pula jenis batu..

jalan menuju ke hotel
 
Tak larat dah nak tarik beg, kita nego dengan pakcik2 porter yang tengah lepak, dekat simpang jalan, menunggu pelanggan. Tunjuk alamat hotel, dia macam blur. Lepas tu, ada driver teksi wanita minta tengok alamat. Dia pun cakap2 dengan pakcik porter. Pakcik porter angguk2, lepas tu suruh kami letak beg dalam kenderaan dia.
 
inilah porter & kenderaan dia. kenderaan ni beroda tiga
ada yang kena kayuh, ada yang motosikal 
 
Porter kami ni dia berjalan kaki untuk keep up dengan kami berdua. Tapi dia jalan laju juga. Yang kami ni, siap snap2 gambar di sepanjang jalan. Sampai tertinggal jauh di belakang.
 
cantik dan bersih kawasannya
 
masuk lorong ni
 
jalan belah sini pula, ada kedai2 di kiri kanan jalan
 
Akhirnya sampai di Wanju Inn, porter tu dengan confidentnya tunjuk inilah hotelnya. Kecik je hotelnya..macam rumah..jengok di reception area, takde orang
yang ada seekor anjing comel, berbulu lebat, melepek atas lantai

reception area
 
ada makhluk ni je, sib baik dia tak menyalak
comel gilak
 
kami pun duduk menunggu, sambil tu telefon hotel, cakap dah sampai
dia pulak tak reti cakap english..tak faham, takpelah tunggu lagi

suasana hotel
 
Lama juga menunggu, siap telefon Trip.com, mengadu takde orang..hihi..bila tengok gambar hotel, rasa macam lain je, macam dah salah hotel, cepat2 keluar, tarik beg menuju ke jalan masuk tadi, check kat google map, jadi pening..
 
Terjumpa sorang abam porter, tanya dia, bila dia telefon hotel, rupanya tepi jalan besar je, takyah masuk lorong pun..Alhamdulillah..owner tunggu depan hotel, dia bayar duit porter..
 
inilah Wanju Inn yang kami booked
berapa byk Wanju Inn daaa..
 
Hotel yang kami booked namanya Wanju Holiday Courtyard (Lijiang Mufu branch)..
 
jalan masuk ke hotel

reception area
 
hotel 2-tingkat, courtyard house dulunya
 
bilik kami di tingkat satu
 
seating area di corridor..kemasan kayu yang cantik..
 
Jom tengok bilik, besar juga biliknya..puas hati..
 
tilam dan bantal yang empuk, bilik pun kemasan kayu
 
ada seating area untuk minum teh
serbuk teh disediakan 

bilik air serba moden, tandas automatik

tuala semua jenis fiber, tuala muka, tuala mandi
dah macam kertas je..jenis pakai buang..tak puas guna..
 
ada disediakan cerek, air botol..
 
Kami tinggal 3 malam di hotel ni. Jumlah yang kena bayar sepatutnya RM1,055.55, tapi ada diskaun, so jumlah yang kena bayar RM474.99..Alhamdulillah..
 
tak ramai guest kat hotel ni, bilik2 kosong depa tak kunci
so kita intai-intai bilik suite
 
suite room...besar..

 
Dah check-in hotel, tak sabor nak ronda-ronda Old Town yang cantik..
 
bersambung..

Tuesday, 21 January 2025

Yunnan, China : From Kunming to Lijiang

Nihao..sambung kisah travel di Yunnan, China...

Selasa, 22 Oktober 2024

Hari kedua di Kunming menjelma...pagi2 dah bangun sebab hari ni akan memulakan perjalanan ke luar bandar Kunming..ke bandar Lijiang, 400km ke utara Kunming City dengan menaiki keretapi High Speed Rail (HSR)..

Sambil menunggu waktu Subuh, prepare sarapan. Masak mie goreng segera dan air kopi 3-in-1. Mee goreng segera jenama Numee ni not bad, sedap juga..

breakfast in the making
 
Dah check out hotel, bergerak ke stesen metro untuk ke stesen keretapi Kunming. Di Kunming, ada 2 stesen keretapi iaitu stesen keretapi Kunming (Kunming Zhan) dan stesen keretapi Kunming selatan (Kunming Nan Zhan). Zhan=stesen keretapi, Nan=selatan.
 
Kunming Zhan dekat city je, Kunming Nan Zhan lebih kurang 20km dari city. Nak pergi dua2 stesen ni boleh naik metro yang sama. So, semasa nak beli tiket, kena pastikan stesen yang betul. Kalau nak naik bullet train, kena naik di Kunming Nan Zhan. Di Kunming Zhan cuma ada HSR sahaja. Tiket keretapi beli di Malaysia di trip.com.
 
comel...di dinding stesen metro.. 
 
Tiket keretapi boleh dibeli in advance 15 hari sebelum tarikh perjalanan. Guna nombor passport. Yang bestnya, beli tiket, book hotel guna apps Trip.com ni, dia akan susun itinerary kita, mengikut tarikh, so senang nak refer.
 
Harga tiket keretapi ke Lijiang (2nd Class) : 
RM110.60 + RM16.00 (booking fee) = RM126.60
 
 
Trip.com akan hantar e-receipt macam ni dan juga update itinerary di apps. Nombor koc dan nombor tempat duduk diberitahu di apps. Mudah sungguh..paperless..
 
Ok, berbalik kepada hari kejadian. Dari stesen metro Wuyi Road, naik metro Line 3 ke Dongfeng Square stesen, kendian naik metro Line 1 untuk ke stesen  metro Kunming Railway Station, stesen ke-3 dari Dongfeng Square. Kena keluar dari stesen metro untuk ke stesen keretapi Kunming, bersebelahan sahaja.
 
Exit A untuk ke Kunming Zhan dari stesen metro
 
Untuk masuk ke stesen keretapi, cuma tunjuk pasport sahaja, depa akan scan pasport. Kena pergi ke bahagian yang ada petugas jaga. Bagi warganegara China, mereka imbas kad pengenalan di laluan masuk. Dah masuk..perghh..besar stesennya..
 
itinerary perjalanan dipaparkan di sini
check train no, time, gate no
 
besar stesen nya
 
yang best stesen kat China mesti ada air panas percuma
 
OK, train kita berlepas pukul 8.21 pagi di Gate 6A. Jom kita duduk depan gate.
 
dah ramai yg menunggu
 
beg dulu beratur..hihi..
 
sekali lagi imbas pasport untuk turun ke platform
 
HSR sudah menunggu
 
Koc no. 4
 
Second Class coach

tandas dalam keretapi
 
Dalam keretapi, ada petugas berjualan snek, buah-buahan, air minuman dan makanan lain. Depa ada juga bagi sample pada kami, walaupun dah tolak, tetap juga mereka bagi, suruh rasa. Kitanya tak tahu halal ke haram..ambik je lah dan simpan..

Keretapi bergerak dengan kelajuan 130 - 150km/j. View di luar menarik perhatian. View kawasan desa..

luas betul kebun sayur bertutup
 
kawasan kampung 
 
lagi kawasan kebun sayur
 
kawasan kebun

good infrastructure
 
setelah 4 jam ++, Alhamdulillah, selamat tiba di stesen keretapi Lijiang..
 

Lijiang Zhan
 
Nak keluar, kena scan pasport..then, yuhuuu..Lijiang, aku datang..
 
Stesen keretapi Lijiang - bahagian arrival
 
bahagian departure
Besar stesen nya..yelahh kan, rakyatnya ramai 
 
kawasan depan stesen...luas giler..
 
Di Lijiang, pelancong selalunya duduk di kawasan Old City, lebih kurang 20km ke utara Lijiang Zhan. Jom cari teksi, bergerak ke arah jalan utama
 
sinki basuh tangan di tempat menunggu bas
legasi zaman covid kot
 
ternampak satu teksi berenti di tepi jalan, driver wanita, Alhamdulillah, selama berada di Lijiang, Shangri-La dan Dali, di Kunming juga, selalu dapat driver taxi wanita. Ramai wanita China jadi drebar teksi/Didi (e-hailing), ada yang muda, ada yang berumur lingkungan 40-50an..friendly2 mereka ni..
 
Di Lijiang Old Town, kami booked hotel dekat dengan South Gate (Nan Men)
so, beritau kat driver teksi - Nan Men, dia pun faham..
 
South Gate (Nan Men)

Kenderaan tak boleh masuk ke kawasan Old Town kecuali kendaraan angkut sampah, kawasan tu memang untuk pejalan kaki sahaja, so bertabahlah berjalan 
di jalan berbatu sambil tarik beg troli

Bersambung...

Saturday, 18 January 2025

Lokcing

 Salam dari Kerdau, Pahang..
 
Hadir program anjuran NGO MyHawa
 
ada gerai-gerai jualan, diantaranya gerai lokcing ni

Ada sosej pulut, sosej perisa tomyam
Sandwich ayam, daging skewer
Kudap²an..sos nya sedap, sos ala Thai..

beli 2 cucuk, kenyang makan..Alhamdulillah..