Tuesday, 21 January 2025

Yunnan, China : From Kunming to Lijiang

 

Nihao..sambung kisah travel di Yunnan, China...

Selasa, 22 Oktober 2024

Hari kedua di Kunming menjelma...pagi2 dah bangun sebab hari ni akan memulakan perjalanan ke luar bandar..ke bandar Lijiang, 400km ke utara Kunming City dengan menaiki keretapi, High Speed Rail (HSR)..

Sambil menunggu waktu Subuh, prepare sarapan. Masak mie goreng segera dan air kopi 3-in-1. Mee goreng segera jenama Numee, not bad, sedap juga..

breakfast in the making
 
Dah check out hotel, bergerak ke stesen metro untuk ke stesen keretapi Kunming. Di Kunming, ada 2 stesen keretapi iaitu stesen keretapi Kunming (Kunming Zhan) dan stesen keretapi Kunming selatan (Kunming Nan Zhan). Zhan=stesen keretapi, Nan=selatan.
 
Kunming Zhan dekat city, Kunming Nan Zhan lebih kurang 20km dari city. Nak pergi dua2 stesen ni boleh naik metro yang sama. So, masa nak beli tiket, kena pastikan stesen yang betul. Kalau nak naik bullet train, kena naik di Kunming Nan Zhan. Di Kunming Zhan cuma ada HSR sahaja. Tiket keretapi beli di Malaysia di trip.com.
 
comel...di dinding stesen metro.. 
 
Tiket keretapi boleh dibeli in advance 15 hari sebelum tarikh perjalanan. Guna nombor passport. Yang bestnya, beli tiket, book hotel guna apps Trip.com ni, dia akan susun itinerary kita, mengikut tarikh, so senang nak refer.
 
Harga tiket keretapi ke Lijiang (2nd Class) : 
RM110.60 + RM16.00 (booking fee) = RM126.60
 
 
Trip.com akan hantar e-receipt macam ni dan juga update itinerary di apps. Nombor koc dan nombor tempat duduk diberitahu di apps. Mudah sungguh..paperless..
 
Ok, balik kepada hari kejadian. Dari stesen Wuyi Road, naik metro Line 3 ke Dongfeng Square stesen, kendian naik metro Line 1 untuk ke stesen  metro Kunming Railway Station, stesen ke-3 dari Dongfeng Square. Kena keluar dari stesen metro untuk ke stesen keretapi Kunming, bersebelahan sahaja.
 
Exit A untuk ke Kunming Zhan dari stesen metro
 
Untuk masuk ke stesen keretapi, cuma tunjuk pasport sahaja, depa akan scan pasport. Kena pergi ke bahagian yang ada petugas jaga. Bagi warganegara China, mereka imbas kad pengenalan di laluan masuk. Dah masuk..perghh..besar stesennya..
 
itinerary perjalanan dipaparkan di sini
check train no, time, gate no
 
besar stesen nya
 
yang best stesen kat China mesti ada air panas percuma
 
OK, train kita berlepas pukul 8.21 pagi di Gate 6A. Jom kita duduk depan gate.
 
dah ramai yg menunggu
 
beg dulu beratur..hihi..
 
sekali lagi imbas pasport untuk turun ke platform
 
HSR sudah menunggu
 
Koc no. 4
 
Second Class coach

tandas dalam keretapi
 
Dalam keretapi, ada petugas berjualan snek, buah-buahan, air minuman dan makanan lain. Depa ada juga bagi sample pada kami, walaupun dah tolak, tetap juga mereka bagi suruh rasa. Kitanya tak tahu halal ke haram..ambik je lah dan simpan..

Keretapi bergerak dengan kelajuan 130 - 150km/j. View di luar menarik perhatian. View kawasan desa..

luas betul kebun sayur bertutup
 
kawasan kampung 
 
lagi kawasan kebun sayur
 
kawasan kebun

good infrastructure
 
setelah 4 jam ++, Alhamdulillah, selamat tiba di stesen keretapi Lijiang..
 

Lijiang Zhan
 
Nak keluar, kena scan pasport..then, yuhuuu..Lijiang, aku datang..
 
Stesen keretapi Lijiang - bahagian arrival
 
bahagian departure
Besar stesen nya..yelahh kan, rakyatnya ramai 
 
kawasan depan stesen...luas giler..
 
Di Lijiang, pelancong selalunya duduk di kawasan Old City, lebih kurang 20km ke utara Lijiang Zhan. Jom cari teksi, bergerak ke arah jalan utama
 
sinki basuh tangan di tempat menunggu bas
legasi zaman covid kot
 
ternampak satu teksi berenti di tepi jalan, driver taxi wanita, Alhamdulillah, selama berada di Lijiang, Shangri-La dan Dali, di Kunming juga, selalu dapat driver taxi wanita. Ramai wanita China jadi drebar teksi, ada yang muda, ada yang berumur lingkungan 40-50an...
 
Di Lijiang Old Town, kami booked hotel dekat dengan South Gate (Nan Men)
so, beritau kat driver teksi - Nan Men, dia pun faham..
 
South Gate (Nan Men)

Kenderaan tak boleh masuk ke kawasan Old Town, kawasan tu memang untuk pejalan kaki, so bertabahlah berjalan di jalan berbatu sambil tarik beg troli

Bersambung...

18 comments:

  1. Nak ke sana nanti bolehlah saya rujuk entri Nohas ni. Keliru jugak ada dua stesen nama lebih kurang sama.

    Luas betul tandas dalam tren 👍🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. jd gelabah kalau tersilap stesen.....haáh, tandas dia luas...

      Delete
  2. Thanks for sharing. Best nya trip ni. Sink basuh tangan tu lawa. Tandas dalam train bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sinki tu depa buat style tradisional...nmpk menarik..

      Delete
  3. HSR tu menarik...area sana memang banyak kawasan kebun kan...mesti hasilnya best..alamak kena jalan kaki sambil tarik bag luggage? aiyooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. China depa export hasil sayur2an mereka...negara mereka sgt luas...ya, kena tarik beg...huhu..tapi kt jln masuk ada porter yg angkut beg..

      Delete
  4. waahhhhhhh bestnyaaaa! bookmark dulu senang nak jadikan rujukan nanti di hari depan hehehe

    ReplyDelete
  5. Menarik ya kunming ni. Nampak ramai travel ke sana.

    ReplyDelete
  6. Apa yang menarik di Lijiang? Pertama kali tahu tempat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt sini boleh naik ke Jade Dragon Snow Mountain, gunung bersalji...ada old town yg sangat cantik..more to melihat alam semulajadi..

      Delete
  7. cantik kebunnya... mesti seronok bagi kami2 yg suka dengan kehijauan

    ReplyDelete
    Replies
    1. luas kebunnya...saujana mata memandang..

      Delete
  8. Seronoknya berjalan ke China. Cuya ada simpan matawang kecil negara China...

    Berhajat dengan kumpul matawang negara lain bolehlah jalan2 ke sana nanti. Aamin

    ReplyDelete
  9. dulu masa belajar sejarah China jew semua nama ne ade ...

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!